Kelapan orang mereka masuk ke dalam kelas dengan gembira. Sekali lagi misi mereka berjaya. Yang lain bertepuk tangan. Tak sia sia mereka berlakon macam orang nak mati tadi.
"Wohooo! Kita berjaya" jerit Freya.
"Kan aku dah cakap. Misi ni akan berjaya punya" tambah Jinyoung pula.
"Mana kau kebas rambut palsu ni Jinyoung?" tanya Han.
"Kebas kau cakap. Ey tolong sikit. Aku beli okey. Sejahat jahat aku, aku belum pernah nak buat kerja mencuri"
Jinyoung menaikkan namanya dengan bangga.
"Yelah tu" Felix menyampuk.
"Tapi korang tengok orang tua tu potong rambut"
Freya membuang rambut palsunya lalu ditunjukkan pada rakan kelasnya.
"Eiuwww! Gila ke apa orang tua ni. Hesy! Tak patut betul. Aku tak boleh bayang macam mana kalau tu betul betul rambut korang" tambah Shuhua.
"Itulah. Nasib baik kan"
Freya melabuhkan punggungnya di tempat duduknya. Begitu juga yang lain. Masing masing buang rambut palsu dan membetulkan rambut asli mereka.
"Kau tahu tak Eya. Jiho ada di hospital sekarang ni"
Shuhua mula membawang. Yelah cikgu masuk lewat. Dia pun apa lagi. Membawanglah jawabnya. Haha.
"Iya? Mengada betul minah tu. Jatuh sikit aje pun"
"Itulah pasal. Geng dia yang lain semua ambil cuti rehat dirumah. Tapi dia. Mengada betul"
"Crying baby betul. Dasar bitch. Memang perangai macam tu" kutuk Freya.
Tiba tiba pintu kelas mereka dibuka dari luar. Muncul dak dak junior iaitu Shin Ryujin. Salah satu junior hot di sekolah mereka.
"Wah! Junior hot datanglah" kata Chanhee dengan kuat.
Malu budak itu dibuatnya.
"Sorry sebab ganggu senior senior semua. Saya datang sini cuma nak bagitahu yang Kak Freya disuruh pergi ke bilik pengetua sekarang"
Hah? Bilik pengetua. Buat apa.
"For what?" soal Freya.
"Yang tu saya tak tahu. Saya pergi dulu"
"Kau buat apa Eya?" tanya Jaemin.
"Aku pun tak tahu" jawab Freya.
"Aku rasa sebab bitch tu kot. Dia kan suka mengadu" kata Lua.
"Aku pun rasa macam tu. Takpelah aku pergi dulu"
"Kau nak aku teman?" tanya Jaemin.
"Tak payahlah. Biar aku pergi sorang aje"
Freya tersenyum hambar. Harap harap tak ada masalah serius.
Hyunjin cuma mampu tengok. Kalau dia lebih lebih nanti apa pulak yang classmate dia cakap. Akhir akhir ni dia dan Freya selalu sangat berdua. Takut mereka semua salah faham pula.
Freya melangkah masuk ke dalam bilik pengetua. Orang pertama yang dia nampak ialah wajah papanya. Di sebelah papanya ada Uncle Jaehwan iaitu papa Jiho dan juga ibu Jinyoung iaitu pengetua sekolah ni.
"Duduk Freya" kata Irene.
"Terima kasih cikgu"
Dengan perlahan Freya duduk di berhadapan dengan papanya dan juga Uncle Jaehwan.
"Cikgu panggil kamu ke sini sebab nak bincangkan pasal hal semalam. Kamu yang buat Jiho jatuh semalam?" soal Irene.
Ouh jadi Jiho yang plan semua ni. Okey takpe. Kita tengok apa lagi yang bitch tu mampu buat. Aku pun tak pernah libatkan pengetua sekolah tapi dia libatkan juga.
YOU ARE READING
[C] Crazy Squad18 | HYUNJIN+00s
FanfictionCrazy Squad18 mengisahkan tentang 18 orang pelajar yang berumur 18 tahun dimana masing masing kepalanya masuk air. Perangai semua gila gila dan nakal tahap bangang. Bila nama kelas 8-1 meniti di bibir para guru mahupun pelajar, mulalah guru disiplin...