CS18 - 18

304 58 2
                                    

Freya terus ke toilet untuk mencuci mukanya. Macam mana nak masuk dalam kelas dengan muka macam ni. Nanti orang tahulah dia menangis. Banyak kali juga dia cuci muka. Tapi too bad. Dia tak dapat sembunyikan matanya yang sudah bengkak.

Dengan terpaksa dia keluar sebab sebentar lagi pembelajaran yang pertama untuk hari ni akan bermula. Subjek Cikgu Jin. Itu yang dia terlebih berani kalau dia terlewat.

"Emm senior"

Siapa pulak yang panggil aku senior ni. Mimpi apa malam semalam.

"Eh korang rupanya. Ada apa?"

Freya cakap baik baik. Tak ada mood nak cakap kasar. Kira Jiho and the gang bernasib baik hari ni. Dia tak ada mood nak bergaduh.

"Kitorang datang sini sebab nak minta maaf. Kali ni kitorang betul betul minta maaf. Kami janji yang kami tak akan ganggu senior lagi. Lagipun esok kami dah nak pindah sekolah"

"Oh ya. Sekolah mana?" soal Freya. Tak sangka dia Jiho and the gang sampai pindah sekolah. Teruk sangat ni.

"Xavey High School" jawab Hana.

"Oh. Pergi sana jangan cari pasal dengan orang pulak. Saya dengar ada group macam crazy Squad18 juga. Tapi dorang tiga orang. Kalau tak silap, Hazel, Melissa dengan Gowon. Trylah cari pasal dengan dorang"

Freya memberi amaran. Heejin lah yang bagitahu dia semalam.

"Tahu. Kitorang pergi sana pun untuk ubah perangai kami. Thanks sebab bagitahu dengan detail" kata Bella pula.

"Kalau macam tu kami masuk kelas dulu" kata Jiho dengan senyuman ikhlasnya.

Freya mengangguk lalu melangkah pergi. Tak sangka geng tu berubah sampai macam tu sekali.

"Fuh! Aku ingat dia nak marah kita tadi"

Jiho memegang dadanya.

"Tulah pasal" tambah Bella.

Freya masuk ke dalam kelas dengan menunduk sedikit kepalanya. Tak nak bagi orang nampak mukanya. Cikgu Jin yang tengah mengajar kat depan pun dia tak peduli.

"Oit! Siapa suruh kamu duduk Freya. Keluar daripada kelas saya sekarang!"

Perlahan tapi tegas. Freya tanpa banyak bunyi terus bangun dan keluar. Tak mood nak lawan cakap Cikgu Jin. Kalau dia ada mood, dah berbakul bakul dia lawan.

"Alahh cikgu. Dia bukan sengaja lambat. Dia pergi tandas tadi"

Jaemin cuba memepertahankan Freya. Freya pula sudah keluar dari kelas itu. Semua merengus geram melihat Cikgu Jin. Selepas Cikgu Jin membelakangi mereka untuk menulis sesuatu, Jinyoung mengangkat sehelai kertas.

' our target today '

Mereka semua melihat sesama sendiri sambil tersenyum sinis. Habislah Cikgu Jin hari ni.

"Kau kenapa ni Eya?"

Jaemin melabuhkan punggung di tempat duduk sebelah Freya. Sekarang ni waktu rehat. Semua orang tuju ke kafe tapi Jaemin memilih untuk mencari Freya. Dan disinilah dia, di taman belakang bangunan sekolah. Dia tahu sini salah satu tempat lepak Freya.

"Aku okey. Just tak cukup tidur" jawab Freya. Dia tersenyum tawar.

"Lagi? Jangan tipu boleh tak? Aku tahu ada something yang tak kena dengan kau"

"Aku cakap aku okey..."

"Sebab lelaki sial tu kan" potong Jaemin.

"Lelaki mana pulak ni?" soal Freya dengan malas.

[C] Crazy Squad18 | HYUNJIN+00sWhere stories live. Discover now