Chapter 8: A Rejection

693 35 0
                                    


STRICTLY NO COPYPASTE
*Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata
*contain explicit words and scene 🔞


TITLE: BETRAYAL
Chapter 8: A Rejection.

Saya menolak Aaron dan dia seakan terkejut dengan perlakuan saya. Saya menjauhkan diri darinya dan berjalan perlahan-lahan ke darat. No,it shouldn't be like this..

"Jolina.." panggil Aaron.

Saya tidak mempedulikannya lalu pijak ke darat. Saya memakai kasut saya semula dan mengambil beg saya sebelum saya berpusing menghadapnya.

"Jom..balik.." ajak saya tanpa apa-apa reaksi.

Aaron melihat saya dengan wajah yang kecewa lalu tersenyum.

"okay.." balasnya.

Kami bersama-sama berjalan keluar daripada Poring Ranau tanpa bersuara dengan pakaian dan badan yang masih basah. Kami juga tidak bersuara semasa dalam perjalanan balik.

Setibanya di rumah, Rose menyambut kami dengan kejutan pada wajahnya. Dia menuju ke satu bilik lalu mengambil tuala.

"ya tuhan.. kenapa kamu basah ni?" tanya Rose.

"Kami mandi sana waterfall di poring tadi.." balas Aaron dengan senyuman.

Rose menghulurkan tuala kepada saya dan Aaron. Aaron mengelap rambutnya yang separuh kering manakala saya menutup badan saya menggunakan tuala itu sambil menaiki tangga menuju ke bilik saya. Sya segera mandi air suam untuk melegakan kesejukan pada badan.

Pada waktu makan malam,masing-masing melayan makanan kecuali Casey yang mengada-ngada.

"Bibik,ni makanan tidak sedap." Rungut Casey.

"Saya minta maaf ,puan Casey. Saya hanya menurut permintaan Jolina." Kata Rose.

"baby, makan sajalah.." pujuk Chad.

"Kenapa kau arah-arah bibik untuk masak? Sebab kau saya tidak dapat makan makanan saya sudah." kata Casey kepada saya.

Matanya tajam melihat saya tanpa memikirkan tentang Aaron sebagai tetamu.

"kita ada tetamu ni,Casey.." kata Chad.

Saya dan Aaron berdiam diri sepanjang makan malam itu ditemani dengan rungutan dan kata cacian dari Casey.

Selepas itu, saya pun terus masuk ke bilik saya dan baring di katil. Adegan berkucupan bersama dengan Aaron tidak hilang dari kota fikiran. Sya meniarap dan membungkamkan wajah saya pada bantal.

Tok tok tok..

Tok tok tok..

Saya bangun dan berganjak dari katil. Saya pergi ke pintu dan membukanya dan Aaron sedang membelakang saya.

"Yes?" tanya saya.

Aaron pusing menghadap saya dan tersenyum manis.

"we...need to talk.." kata Aaron.

"Can we talk tomorrow?" tanya saya.

I don't have the mood for this now..

"saya tidak akan berganjak dari sini.." balas Aaron.

BETRAYALWhere stories live. Discover now