Chapter 26: Marry?

618 32 0
                                    


*STRICTLY NO COPYPASTE
*Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata
*contain explicit words and scene 🔞🔞


Chapter 26: Marry?

Saya memegang lengan Aaron untuk membuatnya melihat saya tetapi dia enggan. Saya menoleh semula kepada Baron dan mengangguk.

"Jomlah Makan. Saya rasa sudah siap tu pembantu rumah saya masak." kata Baron yang cuba menukar topik.

Saya hanya mengangguk dan kami bersama-sama menuju ke meja makan. Sepanjang makan tengahari dengan suasana yang sunyi membuatkan saya berasa janggal.Saya tidak sepatutnya ungkit pasal tu tadi sehinggalah Baron bersuara.

"Jolina,kenapa tiba-tiba jadi model?" soal Baron.

"hmm..cuba benda baru." balas saya.

"Kau tidak mahu tolong urus syarikat bapa kau?" soal Baron.

"Mahu,Uncle. Sebab saya satu-satunya pewaris syarikat dia." balas saya.

"Baguslah.." balasnya.

"Daddy,Besok kami mahu pergi Ranau." beritahu Aaron.

Daddy? saya tergelak sedikit lalu menggigit bibir saya. gosh,geli hati saya dengar dia panggil bapa dia daddy.

"Malam ni Jolina tidur sini,boleh kan? Supaya senang kami mahu gerak pergi ranau esok." kata Aaron lagi.

"Heh,itu alasan kau. padahal kau mahu Jolina stay sama kau." balas Baron

"it's okay,Aaron. Saya plan mahu balik rumah malam ni." balas saya.

"Tidak apa,nak. Tidur saja sini,ada juga bilik tetamu ." balas Baron.

"Um,okay." balas saya.

Wait a minute,Uncle Baron tahu pasal hubungan kami kah? Saya mengambil segelas jus oren lalu meminumnya perlahan.

"Bila kamu mahu kahwin?" soal Baron.

air yang hendak ditelan hampir tidak dapat telan dan saya segara menunduk. Aaron mengusap belakang saya perlahan-lahan.

"On the way,Daddy." balas Aaron.

Bi-bila masa kita bincang pasal ni,Aaron?! sembarang saja buat keputusan ohhh!

"Wah! kahwinlah cepat. Saya mahu cucu. Tua sudah saya niiii.." balas Baron lagi.

Saya melihat Aaron dengan wajah panik. Kenapa dia nii? Tanpa bincang dengan saya!

"But..selepas semuanya selesai di mana tiada apa-apa halangan lagi baru kami plan betul-betul." balas Aaron sambil dia melihat saya dengan senyuman manis.

BETRAYALWhere stories live. Discover now