Chapter 30:Guilty and Forgiveness

581 27 0
                                    


*STRICTLY NO COPYPASTE
*Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata
*contain explicit/curse words 🔞🔞


Chapter 30:Guilty and Forgiveness (Road to Final)

PAAANG

Bunyi tembakan kedengaran yang membuatkan saya terkejut.

"Hands Down! Bethany!" Jerit Levin.

Saya menoleh ke arah pintu dan seakan ternampak Levin yang memegang pistol bersama dengan polis-polis belakangnya. Saya melihat ke depan semula dan melihat Bethany yang terkejut.

"Jolina!" Panggil Aaron.

Dia datang mendekati saya dan saya masih boleh cam badannya walaupun mata saya mula kabur,badan mula lemah..Perlahan-lahan saya kehilangan kesedaran dan rebah ke lantai.

Saya membuka mata saya perlahan-lahan dan mencuba untuk menggerakkan badan saya tetapi sakit. Badan rasa lemah dan kaki pula sakit disebabkan luka . What happen after that?

"Jolina..?" panggil Azalea.

Saya menoleh dan melihat Azalea dengan wajah sedihnya.
Dia memeluk saya dengan erat.

"Saya sangkakan kau tidak mahu bangun sudah.." kata Azalea.

"Apalah yang kau mengarut ni." balas saya.

Azalea memukul kepala saya.

"Aduh! kau kenapa?" soal sya.

"Kau tahukah kau hampir mati?!!" Balas Azalea.

"really? apa yang terjadi?" soal saya terkejut dan duduk perlahan-lahan.

"Lepas Levin,Aaron dan pihak polis tiba di kilang tu,you lost consciousness. Kau kekurangan darah,almost die and syukur ada Jasmine yang sama darah dengan kau and dia penderma darah untuk kau." balas Azalea.

Saya mengangguk.

"Kau tidak pernah berubah. Even Aaron pun marah dengan kau." balas Azalea.

"Mana dia?" soal saya.

"Sekarang ni dia di pejabat dia." balas Azalea.

Pintu bilik dibuka dan saya mengharapkan Aaron muncul tetapi hampa,Jasmine dan keluarganya yang muncul.

"Jolinaa.." panggil Jasmine.

Jasmine segera memeluk saya dengan gembira! Saya hanya memaksa senyuman kerana masih hampa ianya bukan Aaron yang muncul. Levin menurunkan Michael dan dia memanjat kerusi untuk mendekatkan dirinya pada saya.

"Mummy kuat ohhh!" kata Michael.

"tidaklah. Mic yang kuat sebab dengar cakap mummy!" balas saya.

BETRAYALWhere stories live. Discover now