Chapter 3: Digging the Past

855 46 0
                                    

*STRICTLY NO COPYPASTE
*Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata
*contain explicit words and scene  

Chapter 3: Digging the Past

Tap tap tap tap tap tap tap..

Kedengaran bunyi seseorang dari sebelah kanan semakin mendekat.

PAAAAAAP!

bunyi file dihentak dengan kuat pada meja saya mengejutkan saya dan Anne and the gang.

"Kamu semua ni tiada kerjakah?" tanya Aaron.

Dia tersenyum melihat mereka tetapi senyuman yang tidak ikhlas.

"Oh, hai Aaron." Tegur Anne yang menggedik.

"ENCIK Aaron." Kata Aaron yang menekan perkataan 'Encik'.

Wajahnya berubah serius seperti bersedia untuk telan seseorang yang membuatkan Anne terkejut dan tersenyum kelat.

"En-Encik Aaron,saya minta diri dulu." Kata Anne.

Dia beredar dari situ bersama-sama dengan rakannya. Saya hanya diam selama kejadian itu berlaku. Saya berpusing melihat Aaron dan menunduk sedikit.

"Saya minta maaf atas apa yang berlaku ,Encik Aaron. Perkara tadi tidak akan berulang lagi. Saya juga minta maaf sebab ga.." kata saya terputus saya tunduk semula.

Aaron melihat saya dengan wajah yang susah untuk saya ungkapkan. Wajahnya seakan-akan sedih and kesian? Eh..?

"Go to my office.." kata Aaron.

Dia berpusing dan beredar ke bilik pejabatnya. Saya hanya berdiam diri sebelum mengeluh. Saya sendiri tidak tahu apa akan jadi selepas ni. Sabar saja lah.

Saya mengetuk pintu bilik pejabat Aaron sebelum membuka pintu itu. Kelihatan Aaron sedang menyandarkan punggungnya pada meja dan sedang melihat saya.

"kenapa kau tidak melawan?" tanya Aaron.

Saya hanya berdiam diri. Saya tidak tahu hendak menjawab soalan Aaron.

"Jolina William.." panggil Aaron.

Aaron melangkah ke hadapan saya dan jarak kami adalah sangat dekat. Dia menyentuh dagu saya dan mengangkatnya untuk melihatnya.

"ada sesuatu yang kau sembunyikan dari saya.." kata Aaron.

"sekiranya ada,kenapa saya perlu bagitau Encik Aaron?" Balas saya.

Saya dalam keadaan "tiada mood" sejak berlakunya perkara tadi.

"why not?" tanya Aaron.

"None of your business.." jawab saya.

"Kenapa kau sangat misteri? You makes me want to know more about you.." kata Aaron.

Pandangan dari mata ke mata. Renungan yang boleh membuatkan jantung saya berdebar-debar tanpa sebab. It's here again,my heartbeat won't stop beating so fast until I feel a sudden hurt.

Saya menolak Aaron dan mengundur diri. Sya memegang dada saya dan melihat Aaron. This guy is a poison.

"Jolina?" panggil Aaron.

Dia mengangkat kening sebelah kirinya dengan wajah yang bingung.

"Um..Encik Aaron ada apa-apa mahu cakap lagi? Kalau tiada,saya minta diri dulu.." balas saya.

Saya keluar daripada bilik pejabat Aaron dan memegang dada saya. Saya menampar kedua pipi saya lalu menuju ke meja saya semula.

Saya tiba di rumah pada tepat jam 7 petang. Saya masuk ke bilik saya lalu menghempaskan diri di atas tilam yang empuk. Sekejap sahaja,saya tertidur.

BETRAYALWhere stories live. Discover now