Chapter 12: Forgiveness

719 32 0
                                    

*STRICTLY NO COPYPASTE
*Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata
*contain explicit words and scene 🔞🔞


Chapter 12: Forgiveness

Aaron masih lagi di posisinya dengan wajahnya yang sedikit sayu. Saya tidak berasa bersalah tetapi perasaan teringin tahu dalam diri semakin membuak-buak. I might be selfish but ..I am curious enough.

"Pasal tu.." Kata Aaron.

"Nevermind about that. Let's get back to work." Balas saya.

"Saya akan bagitahu tapi bukan sekarang." Balas Aaron sebelum dia kembali ke mejanya.

" Okay." Balas saya singkat.

Tok Tok Tok

Bunyi ketukan pada pintu pejabat Aaron kedengaran sebelum dibuka perlahan. Muncul seorang lelaki ,salah seorang pekerja di syarikat juga.

"Selamat pagi ,Encik Aaron dan Cik Jolina." Ucapnya.

Saya hanya mengangguk lalu membuka file yang berada di meja saya ,tidak mempedulikan lelaki itu.

"Morning,Heidi." Balas Aaron.

"Saya minta maaf sebab mengganggu tapi saya perlukan Jolina sekejap untuk menguruskan setiausaha baru." Kata Heidi.

Saya menoleh melihat Heidi lalu berdiri.

"Hari ni first day dia mula bekerja kah?" soal saya.

"Ya,cik Jolina."

Saya menggigit bibir bawah saya lalu tersenyum kelat.How can I forgot about that..?

"Oh,I'm sorry.." balas saya.

Saya segera meninggalkan bilik itu dan mengikuti Heidi ke meja setiausaha di mana meja yang pernah menjadi meja saya. Gadis itu duduk di kerusi dan sejurus dia terlihat saya dan Heidi,dia segera berdiri dan menunduk sedikit.

"Good Morning." Ucapnya.

"Morning." Balas saya dengan sopan.

Saya memberitahu gadis itu tugas-tugas yang perlu disiapkan dan ianya mengambil masa sejam. Saya kembali ke bilik pejabat Aaron dan membuka pintu itu. Aaron yang sedang menaip di PC hanya menoleh lalu menyambung kerjanya.

" Jolina, boke flight to Canada for two persons." Pinta Aaron.

Saya hanya mengangguk lalu duduk di meja saya semula. Seperti biasa, kami sibuk menyiapkan kerja yang berlambak ,ditambah lagi saya perlu hasilkan schedule harian semasa di Canada. Saya juga menetapkan tarikh dan tempat mesyuarat bersama dengan syarikat Shining Fash di Canada.

"Encik Aaron,meeting dengan pihak Shining Fash adalah di bangunan mereka pada jam 9 pagi,Jumaat." Beritahu saya.

"awalnya. Tidak boleh petang?" soal Aaron.

BETRAYALWhere stories live. Discover now