Chapter 12

7.7K 283 27
                                    

Dominic

Selepas berjumpa dengan daddy, saya pergi ke gudang saya di atas bukit. Walaupun malam sudah tapi saya mesti tunaikan janji saya untuk lepaskan Eric. Kalau diikutkan hati, mahu saja saya potong tangan dia. Eric duduk dalam sel penjara yang saya sudah buat khas untuk orang-orang yang cari gaduh dengan saya.

"Macam mana dengan service saya? Tip topkan. Hahaha.. Ne akibatnya kalau cari gaduh dengan saya, Eric. Kau tu masih baru dalam bidang ne. Berani betul kau mahu rebut bakal wife saya. Ini baru sikit, Eric."

"Hahaha.. Kau tidak boleh apa-apakan saya, Dom. Saya pasti akan balas balik plus your girl gonna be mine. My dad will support me and I'll destroy you."

Saya suruh Lokman buka pintu penjara. Tanpa membuang masa saya bagi penumpuk di muka dan perutnya. Eric terbaring di atas lantai mengerang kesakitan. Rasakan tumbukan padu dari tangan saya. Tidak cukup dengan itu, saya sepak lagi kepala dia sampai berdarah hidungnya.

"Kau dengar sini bagus-bagus Eric. Jangan sombong dan tolong sedar diri. Hana adalah bakal isteri saya dan tiada seorang pun dalam dunia ne boleh memiliki dia melainkan saya. Kau sentuh saja dia, saya tidak akan teragak-agak untuk hapuskan kau dari muka bumi ne. FAHAM!!"

Saya arahkan Lokman hantar Eric pergi rumah family dia. Kalau di biarkan lama dalam sel penjara ne saya pasti saya tembak sudah dia. Dasar bapa sama anak sama saja perangai. Suka buat masalah. Nasib ada daddy. Kalau tidak dengan bapa dia sekali saya kerjakan. Saya balik rumah untuk berehat. Besok merupakan hari yang penting bagi saya.

Awal pagi lagi Hana hantar mesej. Dia cakap tidak dapat sarapan bersama dengan saya sebab ada kerja dia perlu buat. Ada-ada saja bakal bini saya ne. Tengoklah kalau kami kahwin sudah jangan harap saya akan biarkan dia bekerja lagi. Saya akan buat dia penat setiap malam supaya pagi-pagi dia tidak larat mahu bangun. Hahaha.. Lagipun saya risau nanti tu Ralph a.k.a pondan menggatal lagi dengan Hana. Nah.. Saya terlupa maklumkan kepada Lokman supaya hantar bodyguard untuk mengawasi Hana. Ini semua gara-gara Eric. Saya keluarkan Hp dan dail no. Lokman.

"Lokman, kau hantar anak buah kita untuk awasi gerak geri Eric dan konco-konconya 24 jam ok. Selain tu, saya mahu kau hantar orang terbaik kita untuk menjaga keselamatan Hana. Saya takut Eric pandai-pandai mahu menculik atau apa-apakan Hana."

"Baik bos. Oh yah.. Bos tu kilang memproses dadah di kampung Dodo sudah kami musnahkan dan ketua mereka pun sudah kami serahkan sama Ketua Polis bersama dengan bukti."

Saya tersenyum dengar Lokman lakukan tugasnya dengan baik.

"Good job Lok. Nanti bagi anak buah kita bonus 2 bulan dan kau pula nanti saya bagi extra. Thanks again Lok."

"Sama-sama juga bos. Kalau bukan bos yang jaga keamanan di Cibuya pasti bandar kita ne penuh dengan orang-orang seperti Eric dan Jozkey."

Saya berpuas hati dengan kerja Lokman. Kini tinggal kilang memproses pil perangsang lagi saya mahu musnahkan. Bahaya kalau pil ini masuk dalam pasaran gelap. Bijak betul Eric menambah dose pil tersebut semata-mata untuk cepat kaya. Dia tidak tahu pun kesan sama orang yang memakan ubat tersebut.

Malam ne merupakan perjumpaan antara daddy saya dan daddy Hana. Saya berharap semuanya akan berjalan dengan baik. Paling saya harapkan mereka berdua bersetuju untuk kahwinkan saya dan Hana dengan cepat. Kalau boleh esok pun saya bersedia juga. Hahaha.. Saya masih binggung kenapa daddy saya macam risau betul mahu berjumpa dengan daddy Hana. So far, saya tengok daddy Hana bagus saja orangnya.

Saya buat keputusan untuk bersarapan dengan daddy. Sambil-sambil tu bolehlah saya tanya dia. Saya pergi pejabat daddy. Daddy ne awal pagi memang di office sudah. Entah apa saja bikin dia sibuk. Selalunya saya juga dia suruh kalau ada masalah melibatkan kes-kes jenayah.

Wrong Target - CompletedWhere stories live. Discover now