Chapter 14

6.6K 304 31
                                    

Dominic

"Bangun bitch.."

Saya tendang belakang Monica yang sedang tidur di atas lantai. Saya benci dan teramat benci dengan dia. Hampir 6 tahun saya cari dia setelah dia menipu dan membunuh orang yang saya cintai.

"D..omm.."

"Jangan buat muka kesian sana. Kau tahu apa sebab saya tangkap kau kan. 😠 6 tahun, Mon. Kau ingat boleh hidup senang selepas kau bunuh Ronica."

Monica menangis. Saya tarik rambut dia terus tolak sampai kepala dia  terhantuk dengan dinding. Ada darah keluar dari tepi telinga Monica. Rasakan. Dia sepatutnya mati. Mana ada orang sanggup bunuh kembar sendiri semata-mata cemburu.

"Napa diam? Sakitkah? Kesian.. Ini baru sikit Mon. Saya akan seksa kau sampai kau putus asa untuk hidup lagi."

Saya suruh Lokman rawat luka di kepala Monica. Saya tidak dapat tahan perasaan marah saya bila melihat Monica tapi bila melihat dia, saya pandai rindu dengan Ronica. Mereka adalah kembar seiras dan susah betul mahu bezakan muka mereka berdua.

Ronica adalah tunang saya. Kami bercinta sejak zaman sekolah lagi dan bertunang selepas kami berjaya mendapat ijazah. Monica mula berubah sikap bila Ronica pindah dan tinggal bersama saya. Boleh dikatakan setiap hari Monica akan datang dan kadang bermalam di rumah kami sampai berminggu-minggu tidak balik.

Malah lebih teruk lagi kalau Ronica pergi berjalan dan kami tinggal berdua di rumah. Macam-macam teknik dia guna untuk goda saya sampai sanggup serah dirinya sama saya lagi tu. Ronica pun belum pernah saya sentuh walaupun kami tinggal bersama. Stress saya dibuatnya oleh si Monica. Nasib saya ne bagus. Bila penyakit getek Monica datang dan Ronica tiada di rumah, saya apa lagi berkunci saja dalam bilik.

Sudah 8 bulan pertunangan saya dan Ronica. Masa ne saya sedang sibuk mahu tubuhkan group underground saya dan saya jarang dapat luangkan masa dengan Ronica. Kalau saya pulang malam mesti Ronica tidur sudah. Pagi saja kami berjumpa time sarapan.

Suatu malam iaitu hari ulang tahun Ronica yang ke-25. Saya sengaja balik lambat sebab mahu bagi kejutan sama Ronica. Saya ingin melamar dia dan sekaligus sambut hari jadinya. Cincin berlian sudah saya beli bersama dengan sejambak bunga rose putih, bunga kegemaran Ronica. Saat saya memusing tombol pintu rumah kami dan masuk, bunga di tangan saya terjatuh. Saya melihat Ronica terbaring kakuh di atas lantai dengan mulutnya yang penuh berbuih. Cepat-cepat saya berlari dan angkat Ronica. Masa tu dia masih bernafas lagi tapi sangat lemah. Saya hantar Ronica ke hospital tapi sayangnya doktor sahkan Ronica sudah meninggal dunia. Saya tanya doktor apa punca kematian Ronica. Dia cakap over dose makan ubat pil tidur dan lebih mengejutkan doktor cakap alat sulit Ronica turut terkoyak.

Masa tu saya tidak boleh fikir dengan waras lagi. Selepas pengebumian Ronica, Monica terus hilang dari radar. Saya tidak kisah pun apa yang terjadi sama Monica sehinggalah saya terbaca nota Ronica. Masa tu saya masih bersedih dan masuk dalam bilik tidur Ronica untuk mengubat sedikit rasa sedih dan rindu saya. Tergerak hati saya untuk buka laci almari kecil yang berada di sebelah katil Ronica. Ada diari Ronica di sana. Saya buka dan baca setiap lembaran kertas diari Ronica. Ada satu keping nota terselit di belakang diari Ronica.

"Adik kembar kau ada dalam tangan kami. Kalau mahu dia selamat, datang ke hotel Lucky dan cari bilik no. 70."

Cepat-cepat saya cari catatan terakhir Ronica. Air mata saya mengalir masa baca nota terakhir Ronica.

- Pagi (20.09.20XX)

Hari ini saya perlu selamatkan Monica. Saya mahu bagitahu Dom tapi saya tengok dia sibuk saja. Harap tiada perkara buruk akan berlaku.

- Malam (21.09.20XX)

Saya tidak sangka kembar saya sendiri sanggup menipu saya. Semalam saya patut menyelamat dia sebaliknya saya ditipu. Dia beri saya minuman yang sudah dicampur dengan ubat. Saya sedar saja tadi tengahari dalam keadaan bogel dan kemaluan saya sakit teruk. Saya dirogol. Saya tidak suci lagi. Monica sudah tiada dalam bilik tu lagi. Sanggup dia tidak menolong saya. Saya kecewa dan dalam yang sama teringat Dominic.

Wrong Target - CompletedWhere stories live. Discover now