Dominic
Setelah Ronica sihat semula, kami pun melangsungkan perkahwinan kami. Satu orang keluarga saya pun tiada ada yang datang. Mungkin daddy sudah bagitahu family member yang lain supaya jangan datang. Saya rasa bersalah sama Ronica. Nasib dia tidak kisah juga. Dia cakap janji dapat kahwin dengan saya itu sudah cukup. Yang paling saya tidak sangka dia cakap keluarga saya tidak penting untuk dia. Betul-betul sikap Ronica sudah berubah oh. Saya pandai curiga juga dengan dia ne.
8 bulan telah berlalu dengan pantas. Hubungan saya dengan Ronica tidak semesra yang kamu fikirkan. Perasaan saya setiap hari makin pudar. Sayang tu masih ada tapi entahlah kenapa saya pandai rimas bila bersama dengan dia. Ini disebabkan gaya dia yang bikin saya meluat. Seingat saya dulu dia tidak begini. Gaya dia sekarang ini buat saya teringat dengan kembar dia si Monica. Bayangkan kalau di rumah pakai seluar dalam dan singlet tipis tanpa guna bra lagi. Nasib tiada orang lain dalam rumah kami tu. Kadang kalau saya tegur dia, terus dia buka baju dia sampai bogel. Stress saya geng. Dia ingat saya sukalah tu ataupun tergoda.
Kamu percayakah saya tidak pernah make love dengan Ronica sejak saya keluar dari hospital? Saya berani bagi jaminan saya belum sentuh dia lagi. Pandai hilang nafsu saya kalau nampak dia berbogel. Hahaha.. Ronica mesti merajuk kalau saya tidak mahu make love dengan dia. Kalau berkiss tu lain cerita. Itu pun saya kiss bukan dengan penuh perasaan.
Ini sikap baru Ronica sejak kami kahwin, sikit-sikit minta duit. Kalau saya bagi $1k mesti dia marahlah atau merajuk. Dia cakap mana cukup kalau mahu shopping. Jadi terpaksa bagi $5k baru dia gembira. Selain itu, Ronica suka datang pergi pejabat saya dan goda-goda saya. Ini yang paling saya tidak suka sebab walaupun ada Lokman di office saya masih juga dia mengetek. Pernah Lokman tegur dia supaya jangan buat pejabat saya macam di rumah dia. Ronica lagi marah sebab saya tidak back up. Hahaha...
Sepanjang tempoh 8 bulan juga, saya ada ikut terapi dan rawatan susulan. Perlahan-lahan ingatan saya pulih. Asal selepas buat rawatan terapi mesti Lokman tanya saya kalau saya ada teringat pasal Hana. Saya cakap tidak dan sampai bila tidak mahu ingat pasal perempuan tu.
Cakap pasal perempuan tu, dia masih lagi belum di jumpai. Lokman cakap Hana mempunyai connection yang kuat jadi susah mahu kesan dia di mana sekarang. Saya betul-betul tidak puas hati selagi belum jumpa dia. Mustahil sudah 8 bulan belum lagi dapat jumpa dia. Ada juga saya upah penyiasat dari luar tapi mereka pun 2 x 5 belum juga dapat kesan kedudukan Hana.
"Lokman, belum ada khabar berita pasal Hana?"
"Belum lagi bos. Ini tiket bos ke Jepun esok. Saya sudah check in untuk bos."
Saya ambil tiket tu. Saya macam mahu stay lebih lama di sana. Saya perlukan ruang untuk diri saya bernafas dan bebas dari Ronica untuk sementara waktu. 3 hari memang tidak cukup. Saya suruh Lokman tempah tiket baru yang balik punya. Saya mahu stay 1 bulan di sana. On the balik rumah, saya singgah beli bunga untuk Ronica. Saya perlu ambil hati dia sekiranya saya mahu stay 1 bulan di Jepun. Saya takut dia akan curiga dengan saya. Hehehe.. Lepas pilih bunga, saya pergi kedai emas lagi untuk belikan dia gelang emas.
Masa on the way keluar dari shopping mall, saya ternampak daddy saya baru keluar dari kereta dia. Saya pergilah tegur dia. Saya rindu bah sama daddy saya. Sejak saya kahwin, saya langsung tidak pernah nampak daddy saya sebab dia sendiri tidak mahu jumpa saya. Harap kali ini daddy saya cool down sikit sudah.
"Hi dad.. How are you?"
"Oh.. Fine. I have to go."
"Dad.. Please.. I miss you."
Daddy pusing tengok saya baru dia tarik nafas dalam-dalam.
"Jom kita minum dulu di dalam."
Yes. Kami masuk dalam cafe dan order minum. Daddy saya nampak kurus sudah.
YOU ARE READING
Wrong Target - Completed
RomanceWarning sign 🔞🔞🔞 Hana seorang wanita yang sangat kuat berkerja dan kalau ada masa terluang mesti berparty. Social life dia sangat bebas sebab tu dia langsung tidak berminat untuk ada kekasih apalagi seorang lelaki yang bergelar suami. Bagi Hana m...