Dominic
Gila sakit betul kepala saya. Badan pun terasa sangat lemah. Bila saya cuba buka mata dan melihat sekeliling saya sepertinya saya berada di hospital. Apa yang terjadi sama saya ne? Ada doktor dan beberapa jururawat sedang memeriksa saya.
"Hi En. Dominic, saya Dr. Law. Ada rasa sakit di bahagian mana-mana?"
"Kepala saya sakit. Kenapa saya boleh berada di sini, Doktor?"
"Encik mengalami kemalangan dan kepala Encik terkena hentakkan yang kuat. Akibat hentakan itu Encik kehilangan memori tapi hanya sementara. Jadi Encik tidak perlu risau."
Kemalangan? Hilang ingatan? Mustahil. Saya masih ingat Ronika.. Astaga.. Mana dia? Saya risau kalau dia pun terbabit dalam kemalangan bersama saya. Saya mesti tanya Doktor pasal Ronika.
"Ada perempuan bersama dengan sayakah masa kemalangan tu, Dok?"
"Perempuan? Oh.. Maksud En. Dominic, Cik Hanakah? Encik tidak perlu risau. Dia ada tunggu di luar sementara kami lakukan pemeriksaan tadi. Syukurlah Encik sudah sedar. 2 bulan sudah En. Dominic koma dan Cik Hana yang sentiasa menjaga Encik."
"Apa? 2 bulan? Siapa Hana? Mana Ronika? Aduh.. Kepala.."
"Encik.. Jangan paksa untuk mengingat. Take your time. Lama-lama Encik akan ingat kembali. Kalau Encik terus memaksa untuk mengingat, Encik mungkin totally lost memori Encik selamanya. Encik rehat dulu. Cik Hana pasti tidak sabar berjumpa dengan Encik. By the way. Congrate yah Encik."
Tahniah? Saya binggung. Ada seorang perempuan masuk ke dalam selepas doktor tu keluar. Dia tengok saya sambil air matanya mengalir. Kenapa juga ne perempuan menangis. Sudahlah saya tidak kenal dia.
"Kau siapa? Mana Ronika? Daddy.. Ron.."
Kepala saya. Aduh.. Saya pegang kepala saya dan perempuan tu cepat-cepat peluk saya. Rimas pula saya rasa kena peluk macam ne. Berhabis saya cuba tolak dia. Mengambil kesempatan oh ne perempuan. Saya takut Ronika akan salah faham kalau melihat saya. Sudahlah saya rancang mahu berkahwin dengan dia.
"Hoi perempuan.. Saya sakit ne kenapa kau peluk saya lagi sampai hampir saya sesak nafas. Jangan dekat saya. Mana Ronica? Daddy saya? Kau siapa? Keluar kau dari sini. Saya tidak mahu tengok kau. Doktor.. Nurse.."
Saya berhabis picit butang merah yang ada di tepi saya. Walaupun badan saya masih lemah tapi mesti kuatkan diri saya depan ne perempuan. Bila jururawat masuk ke dalam, saya terus suruh mereka usir ne perempuan. Saya benci tengok perempuan yang cuba-cuba mahu ambil kesempatan terhadap diri saya yang masih sakit.
Akhirnya perempuan tu pun keluar. Tidak lama selepas tu, masuk seorang lelaki. Yang ini saya kenal. Pembantu saya, Lokman.
"Bos, akhirnya bos sedar juga. Macam mana keadaan bos? Cik Hana ada di luar tu. Bos tidak mahu jumpa dia?"
"Perempuan tu nama dia Hanakah? Saya tidak pun kenal siapa tu perempuan. Jangan benarkan perempuan tu masuk ke dalam bilik saya lagi. Faham!"
"Tapi bos.. Diakan..."
"Agghh.. Tiada tapi.. tapi.. Pokoknya saya tidak mahu jumpa dia lagi. Faham. Awas kalau saya nampak muka dia. Siap kamu semua."
"Ok bos.. Ok.. Janganlah bos teriak-teriak. Boskan baru sedar. Bos rehat dulu. Saya keluar bagitahu Cik Hana dulu."
"Ngamlah. Cakap dengan dia, perempuan macam dia tu tidak layak untuk saya. Murahan betul. Saya tidak pun kenal then suka hati saja pergi peluk saya. Lepas ne saya mahu kau bawa Ronika ke sini."
"Ronika? Tapi bos.."
"Iskkk.. Apa lagi tapi tapi kau ne? Sejak bila kau mengingkari perintah saya?"
YOU ARE READING
Wrong Target - Completed
RomanceWarning sign 🔞🔞🔞 Hana seorang wanita yang sangat kuat berkerja dan kalau ada masa terluang mesti berparty. Social life dia sangat bebas sebab tu dia langsung tidak berminat untuk ada kekasih apalagi seorang lelaki yang bergelar suami. Bagi Hana m...