Chapter 11

9.9K 335 54
                                    

Hana Maylina

"Silakan duduk Hana. Kau keluar."

Mak ai.. Cara daddy Dominic bercakap tu seolah-olah orang yang mempunyai dua perwatakkan. Mula-mula masa dia suruh saya duduk daddy dia senyum dan cakap pun baik jak tapi bila dia suruh Dominic keluar terus suara dia pandai jadi tinggi dan muka dia berubah jadi garang. Dominic pun keluar lepas dengar arahan dari daddy dia. Kurang asam ne lelaki tinggalkan saya sendiri. Makin nervous lah saya ne. Nanti dia lepas ne saya kasih kena dia balik.

"Sorry buat kau terkejut tadi. Budak tu.. Eh.. Silap.. Dominic tu susah mahu dengar cakap jadi terpaksa saya cakap kasar baru dia mendengar."

"Hehe.. It's ok uncle."

"Berapa lama sudah Hana kenal dengan anak saya?"

Sekarang lain lagi suara daddy. Dia kelihatan sangat serious. Macam orang yang sedang bincangkan pasal masalah politik. 

"Emm.. Baru 2 bulan uncle."

"Apa! 2 bulan saja kamu kenal terus mahu kahwinkah? Kau pregnant kah?"

Sikit lagi jatuh jantung saya bah. Terkejut saya tiba-tiba daddy Dominic kasih tinggi suara dia. Sudahlah saya nervous sekarang ne. Beginikah ne perasaan kalau kena interview oleh bakal bapa mertua? Kamu pernahkah? Seram oh. Kena salah anggap lagi saya pregnant. Kenapa tu arrh kalau orang mahu kahwin cepat jak mesti orang fikir sudah mengandung? 

"Tidak uncle. Bukan saya pregnant ba. Sebenarnya ini cuma perancangan Dominic. Saya ada juga nasihatkan dia supaya kami kenal dulu lama sikit tapi dia mahu juga kalau kami terus kahwin."

"Anak saya yang mahu kahwin cepat-cepat? Hahaha.. Mustahil. Dia tu jenis yang suka enjoy. Perempuan pun asyik tukar sana sini. Dan kau tahu kah perangai anak saya macam mana"

"Tengok dari muka dia, saya tahu anak uncle memang suka enjoy dan tukar-tukar perempuan tapi kalau sudah anak uncle yang mahu saya kahwin dengan dia, saya ikut saja."

"Kahwin ne bukan perkara main-main young lady. Kau sanggup kalau lepas kahwin dan dia ada pasang perempuan lain diluar?"

Inilah yang saya takut kalau kahwin lepas tu suami pasang spare part di luar. Macam mana bah mahu jawab soalan daddy Dominic ne? 

"Emm.. Ada bagusnya kita panggil Dominic ke sini dan uncle tanya dia sendiri sebab dia yang beriya-iya mahu kahwin dengan saya."

"Betul juga tapi sebelum saya mahu tanya betulkah kau sanggup terima segala baik buruk bila sudah kahwin dengan anak saya?"

"So far saya tengok anak uncle bersungguh-sungguh untuk dapatkan saya. Saya akan cuba jadi yang terbaik untuk dia dan terima segala kelemahan yang dia ada."

"Good. Tunggu kejap."

Daddy Dominic tekan butang intercom di talian telefon atas meja dia.

"Ruby, kau suruh anak saya masuk sekarang dan saya mahu kau atur temu janji saya dengan Datuk Joseph McFin besok malam.''

Datuk Joseph McFin? Macam nama daddy saya saja tu. Baru saya perasaan memang itu nama daddy saya. Kenapa pula daddy Dominic mahu berjumpa dengan daddy saya? Tidak senang sudah saya duduk sekarang. Hati saya tidak tenteram sekarang. Dominic masuk dan duduk sebelah saya. Boleh-bolehnya ne lelaki pegang tangan saya depan daddy dia. Saya semakin geram sama dengan dia sekarang. Semua ini tidak akan berlaku kalau dia tidak bawa saya berjumpa dengan daddynya. Mati saya macam mana mahu explain sama daddy saya lepas ne. 

"Son, are you sure want to get marry with this lady?"

"Ya dad. 100% sure. She is the one for me."

Wrong Target - CompletedWhere stories live. Discover now