Dominic
Melihat Hana terbaring lemah membuatkan seluruh dunia saya semakin gelap. Kenapa dia yang harus menderita? Baru seminggu lebih berlalu, keadaan seperti ini sudah berlaku kepada Hana. Bagaimana saya mahu meneruskan hidup saya tanpa dia? Saya duduk sambil membelai rambut Hana.
"Saya datang sudah sayang. Bangunanlah.. Jangan buat begini sama saya. Bagi saya peluang untuk tebus kesalahan saya. Saya masih perlukan kau, sayang. Pleaselah bangun. Saya minta maaf sebab tidak ada bersama dengan kau masa kau sakit, masa kau dalam kesusahan, masa kau hamil dan masa kau melahirkan anak kita. Bangun Hana.. Bangunlah.."
Tanpa saya sedari air mata saya makin laju mengalir. Saya terus peluk Hana sebab tidak dapat menahan rasa kesian, rindu dan bersalah dalam diri saya. Kalau saya tahu kejadian seperti ini akan berlaku, pasti saya tidak akan ikut daddy balik ke Cibuya. Setelah hampir 15 minit saya peluk Hana, Issac masuk ke dalam dan dia memanggil saya keluar sebentar.
"Ada apa Issac? Kalau ada hal penting boleh cakap esokkah? Saya mahu luangkan masa bersama dengan Hana dulu."
"Saya faham perasaan kau sekarang tapi kita perlu tangkap penjenayah itu secepat yang mungkin sebelum dia pergi lebih jauh dan susah untuk kita mengesan dia. Saya mahu kau tengok rakaman CCTV ini dulu. Saya rasa kau kenal siapa tu perempuan yang mencerobohi masuk bilik Hana."
Apa yang Issac cakap itu betul. Saya tidak boleh biarkan penjenayah itu terlepas macam itu saja. Saya mahu tangkap dan seksa dia sampai Hana sedar semula dan biar Hana sendiri yang menghukumnya. Saya ikut Issac bersama dengan Takashi serta Daichi masuk ke dalam bilik kawalan security. Bapa Hana yang menjaga Hana sekarang dan ada juga 4 orang pegawai polis yang ditugaskan oleh Takashi mengawal di luar bilik Hana. Kami melihat balik rakaman CCTV pada masa kejadian itu berlaku. Saya perhatikan dengan teliti rakaman CCTV itu. Perempuan yang mengcurigakan masuk ke dalam bilik Hana dan rupa dia seakan-akan mirip Monica. Saya berfikir seketika dan mengimbas kembali kejadian di lapangan terbang sewaktu saya baru sampai di Tokyo tadi.
"Damn.. Issac.. Itu Monica. Saya kenal betul perempuan sial ini. Kali terakhir saya nampak dia sewaktu tiba di lapangan terbang tadi. Jangan.. Jangan.. Dia cuba mahu melarikan diri. Shit.. Kita harus bergegas ke sana sekarang. Saya yakin dia pasti cuba mahu meniggalkan negara ini."
"Bagus, Dom. Takashi, kerahkan anggota kau ke lapangan terbang sekarang. Saya akan call pengurus keselamatan di sana. Dom.. Mari kita bergerak sekarang."
Kami semua bergerak serentak ke lapangan terbang menggunakan kereta Issac. Semasa dalam kereta, saya telefon Lokman. Saya arahkan dia ke lapangan terbang sekarang dan cari Monica tidak kira dengan apa cara pun dia guna. Ini perempuan gila betul-betul mendatangkan masalah dalam hidup saya saja. Sudahlah dia bunuh Ronica, kembar dia sendiri dan sekarang dia cuba mahu bunuh Hana lagi. Menyesal saya tidak bunuh dia awal-awal.
************************************
MonicaSikit lagi jantung saya terhenti saat bertembung dengan Dominic. Tidak saya sangka begitu cepat dia datang ke sini. Nasib saya sempat berdiri dan lari. Lagipun dia kena panggil oleh kawan dia, kalau tidak mungkin dia akan kejar saya dan tangkap saya. Sekarang saya mesti pergi dari sini sebelum terlambat. Saya yakin Dominic pasti sudah tahu apa yang berlaku sama Hana. Saya pun bergegas ke kaunter pembelian tiket. Saya membeli tiket ke Thailand sebab di sanalah tempat yang paling sesuai untuk saya bersembunyi. Hehehe.. Saya tersenyum sudah membayangkan nyawa Hana berada di hujung tanduk. Saya yakin Dominic pasti sibuk berada di samping Hana sekarang dan bolehlah saya melarikan diri dari sini.
Jadual penerbangan ke Thailand tertunda selama 2 jam gara-gara masalah teknikal. Inilah yang saya malas kalau plan saya rosak gara-gara masalah seperti ini yang berlaku di luar jangkaan saya. Saya mulai risau sebab saya takut Dominic akan sedar kejadian yang menimpa Hana disebabkan oleh saya. Shit betul.. Saya ke kaunter pembelian tiket. Bagus saya tukar destinasi saya sebelum terlambat. Saya tanya di kaunter penerbangan ke mana yang akan terbang dalam masa terdekat tapi malangnya semua tempat duduk penuh pula dan terpaksa menunggu kapal saya ke Thailand.
YOU ARE READING
Wrong Target - Completed
RomanceWarning sign 🔞🔞🔞 Hana seorang wanita yang sangat kuat berkerja dan kalau ada masa terluang mesti berparty. Social life dia sangat bebas sebab tu dia langsung tidak berminat untuk ada kekasih apalagi seorang lelaki yang bergelar suami. Bagi Hana m...