Chapter 13

7K 281 36
                                    

Dominic

Saya terima panggilan dari Lokman. Dia cakap Hana jadi samseng serang orang di Villa Grace Apartment. Saya mula risau tapi Lokman sempat suruh saya bertenang sebab kes di Villa Grace Apartment sudah selesai. Hana cederakan orang bukan dia yang cedera. Sebagai bukti, Lokman hantar kepada saya beberapa keping gambar Hana beraksi bersama lagi dengan seorang perempuan. Macam kenal saja perempuan yang berada di sebelah Hana. Mesti best friend dia.

Saya minta Lokman siasat dan maklumkan kepada saya mengenai lelaki yang dipukul oleh Hana bersama kawannya. Saya pun mahu tahu apa sudah tu lelaki buat sampai boleh naikkan api kemarahan bakal wife saya ne. Saya tengok lagi balik gambar Hana beraksi dengan kayu baseballnya. Bikin takut juga bakal wife saya ne. Garang bukan main lagi. Kalau saya buat hal kali dengan kayu baseball ne juga dia akan pukul saya.

Ada 1 jam lagi sebelum perjumpaan family saya dengan family Hana. Daddy ada sudah di rumah saya. Semua barang-barang sudah saya siapkan. Ini hari saya pakai baju lengan panjang supaya dapat cover sikit tattoo. Anting-anting di telinga saya pun sudah saya buka. Rambut tidak payah cakap lah. Saya simpan minyak rambut biar nampak kemas. Hahah.. Berubah terus penampilan saya. Daddy puji lagi. Mesti Hana terkejut nampak saya. Biasakan tu rambut saya kasih buat messy saja.

"Dom.. Kita jalanlah. Nanti lambat kita sampai."

"Ok. Daddy masuk dulu dalam kereta. Kejap saya datang. Saya jawap dulu panggilan dari Lokman."

Kacau daun betul si Lokman ne. Saya sudah juga bagitahu dia tadi jangan cari saya ne malam.

"Ah.. Ada apa?"

"Bos.. Anak buah Eric kerjakan orang-orang kita yang spy dorang."

"Lokman, hal begini kau call saya. Kau tahukan malam ne saya mahu jumpa family bakal wife saya. Kau kasih mati saja anak buah Eric tu. Lepas tu lupuskan mayat mereka semua."

"Ok bos. Satu lagi bos. Saya sudah email maklumat lelaki yang Miss Hana pukul tadi.''

"Bah.. Terus perhatikan gerak geri Eric."

Lepas matikan talian, saya cepat-cepat masuk dalam kereta. Dalam kereta baru saya buka email yang Lokman kirim. Holy Shit.. Kebetulankah ne? Gilbert Sumo. Sumo adalah musuh ketat saya. Shit.. Shit.. Macam-macam sudah ayat yang keluar dari mulut saya. Hana dan kawan dia pukul Gilbert sampai koma. Pasti orang-orang Sumo akan cari orang pukul anak dia.

"Jaga sikit tu mulut kau, Dom. Jangan sikit-sikit mahu sebut shitlah, fucklah. Kalau bakal mentua kau atau family lain dia dengar pasti jatuh saham kau nanti."

"Tadi Hana sama kawan dia pukul anak Sumo sampai koma. That's why saya maki-maki. Daddy pun tahukan macam mana Sumo dan saya bermusuhan."

"What! Hana pukul orang sampai koma? Biar betul anak Joseph begitu kuat. Nampak lembut saja depan daddy."

"No dad. Dia tahu seni mempertahankan diri. Makin saya risau keselamatan Hana, Dad."

"Nanti kita bincang lagi. Kita mahu sampai sudah."

Saya mesej Hana bila kami sampai sudah. Ada juga family terdekat saya ikut sama-sama. Adalah lebih kurang 15 orang yang datang. Sengaja daddy jemput family terdekat kami supaya daddy Hana tidak marah bila nampak daddy saya. Hahaha.. Teknik daddy saya tu harap berkesanlah.

Hana berdiri depan pintu bersama kawan dia yang join pukul anak Sumo. Saya tengok saja Hana. Mampukah saya akan lindunginya di masa akan datang. Kini dua orang sudah musuh ketat saya. Eric + Jozkey dan Gilbert + Sumo. Pengaruh Jozkey dan Sumo bukan calang-calang hebat juga. Kalau mereka berdua bergabung pasti saya akan tumpas.

Hana berlari ke arah saya dan peluk sementara kawan dia sudah menjemput family saya yang lain masuk ke dalam. Daddy cubit pinggang saya. Saya faham juga hint si daddy. Hahaha..

Wrong Target - CompletedWhere stories live. Discover now