Chapter 22 (Semi Final)

7.4K 315 67
                                    

Monica

Setelah saya dipaksa untuk tandatangani surat cerai, Dominic terus buang saya macam tu saja. Jadi kamu bayangkanlah perasaan saya saat itu. Saya belum bersedia untuk terima semua ini. Dia langsung tidak mahu tengok saya dan sebab itu saya rasa sangat marah. Segala pengorbanan yang saya lakukan untuk dapatkan dia semuanya sia-sia. Arghh.. Sial.. Semua ini gara-gara perempuan bernama Hana tu. Saya yakin Dominic pasti ada terjumpa dengan perempuan sialan tu sebab itu Dominic boleh ingat semula. Saya benci kau, Hana. Saya BENCI!!!! Saya rasa kau patut mati. Kau punca rumahtangga saya hancur. 

Kali ini saya tidak akan biarkan hidup kau tenang, Hana. Api neraka pasti datang menjemputmu setelah aku upah orang untuk membunuhmu. Tidak pun dengan tangan saya sendiri akan bunuh kau. Hahahaha.. Tanpa membuang masa, saya mencari orang untuk menyiasat di mana Hana berada sekarang. Sementara menunggu hasil siasatan dari orang upahan saya, saya berusaha untuk pujuk Dominic dan minta dia maafkan saya serta menerima saya semula sebagai isteri dia tapi sayangnya dia langsung tidak mahu pedulikan saya. Mahu jumpa saya pun dia langsung tidak ingin.

"Jangan salahkan saya kalau terjadi sesuatu sama Hana, Dom. Ini semua disebabkan kau. Sedangkan kembar saya pun saya boleh bunuh ini kan pun orang luar.''

Saya terima panggilan dari penyiasat peribadi saya setelah seminggu ulang alik dari rumah Dominic untuk berusaha mahu berjumpa dengan dia. Kebencian saya sama Hana makin mendalam dan tidak sabar mahu hapuskan perempuan itu dari muka bumi ini.

"Bos, itu perempuan sekarang berada di Hospital dan dia dalam keadaan koma."

"Koma? Yes. Yesss... Ini merupakan satu peluang keemasan untuk saya membalas dendam. Nasib memang menyebelahi saya. Hahahaha..."

"Apa maksud bos?"

"Kau terus perhatikan perempuan koma itu. Tengok siapa yang selalu keluar masuk dalam bilik tu dan bila masa yang tiada orang masuk."

"Ok bos."

Saya terus tempah tiket ke Jepun. Penyiasat saya yang jemput saya di sana dan dia terus bawa saya ke hospital. Dia bilang masa jam 6.00 pagi hingga 6.30 pagi adalah masa yang sesuai kalau mahu masuk ke dalam bilik rawatan Hana sebab masa tu tiada orang yang lalu lalang ataupun yang datang melawat. Dia tunjukkan mana satu bilik Hana kena rawat. Setelah itu, saya minta dia hantar saya ke kedai jual racun rumput. 

"Bos mahu buat apa dengan racun rumput ne?"

"Ini extra dos untuk perempuan yang koma itu. Hahaha.. Tugas kau esok perhatikan keadaan sekeliling. Saya cuma perlukan masa 5 minit saja. Selepas itu, kau hantar saya ke airport. Kau pun perlu lari dari sini jika kau mahu selamat sebab perempuan ini bukan sembarangan orang."

"Janji bos bagi saya extra pocket money, saya akan pergi jauh dari sini."

"Ok.. Eesok saya bagi kau duit habuan. Ingat jangan pernah bocorkan rahsia."

"Siap bos."

Keesokkan paginya, penyiasat peribadi saya datang menjemput saya di hotel dan kami terus menuju ke hospital. Memang betul tiada orang masa jam 6.00 pagi. Ada pun jururawat yang bertugas di kaunter dan bukannya mereka perhatikan setiap masa. Ini memudahkan kerja saya. Hahaha.. 

"Kau tunggu di luar. Saya sekejap saja ne. Kalau ada apa-apa, ketuk tu bilik dan pandailah saya mahu bertapuk nanti."

Saya masuk ke dalam dan melihat Hana terbaling dengan wayar-wayar yang bersambung di badannya. 

"Kesian kau, Hana. Nampaknya sampai di sini saja hidup kau. Jangan risau. Saya pasti akan jaga Dominic dengan baik. Kau nikmatilah hidup kau di neraka. Hahahha.."

Wrong Target - CompletedWhere stories live. Discover now