Chapter 21

7.1K 342 83
                                    

Issac Jr.

Saya sangat senang hati bila Daichi ajak Hana keluar. Sekurang-kurangnya dia boleh ambil angin untuk tenangkan fikiran dia. Saya teringat pasal Dominic yang tiba-tiba muncul di Tokyo. Saya takut kalau Hana terjumpa dengan dia. Saya pun tidak suka dengan Dominic selepas apa dia telah lakukan sama Hana. Tiara yang cerita semuanya semasa mereka mula-mula sampai di sini. 

Daichi pula memang awal-awal pasang niat mahu kahwin dengan Hana selepas saya bagitahu dia yang Hana single mother. Dia cakap mahu cuba untuk pikat hati Hana. Saya ok saja tu asal Hana setuju. Daichi pun kira bagus juga orangnya dan keluarga dia pun kira kaya juga tapi tidak sekaya Hanalah. 

Bila mereka keluar, saya terus tarik tangan Tiara masuk ke dalam bilik tidur kami. Lama sudah kesian kami tidak bermanja-manja macam ne. Sekarang urusan kerja saya tidak banyak macam dulu sudah. Bolehlah saya teruskan niat saya untuk melamar Tiara. Saya tahu juga mesti dia masih tertunggu-tunggu lamaran dari saya. 

Kejadian beberapa bulan laluan telah membuatkan saya nekad untuk jadikan Tiara sebagai isteri saya. Ada masa tu saya ajak dia ikut saya ke Tokyo. Mula-mula hubungan kami baik tapi tidak lama selepas tu dia macam mahu menggelak ne. Bila saya tanya dia cakap tiada apa-apa. Sehingga terbang balik semula ke sini, saya masih tidak mengerti kenapa dia berubah sikap. Nasib Hana yang bocorkan rahsia Tiara. Rupa-rupanya Tiara ternampak kawan perempuan saya tegur saya di lobby office saya. Tiara pula kebetulan ada di sana masa kawan saya kiss pipi saya. Na.. itu namanya dia cemburu. Hahaha.. Saya pun cuba pujuk dia dan terangkan hal sebenar. Nasib berjaya geng. Sekarang tengoklah kami mesra balik. 

"Tiara, 3 hari lepas abang terjumpa Dominic di sini."

"Apa! Di Tokyo? Habislah abang. Macam mana kalau dia terjumpa dengan Hana? Tiara risau keselamatan Hana. Dominic tu sudah salah faham dan anggap Hana puncanya dia kehilangan anak dia konon."

"Emm.. Abang tidak faham kenapa sampai sekarang ingat dia belum pulih juga tu. Dia tidak kenal abang masa kami berjumpa."

"Sedangkan Hana pun dia lupa, inikan abang lagi. Hahaha..."

"Tia..ra.. Kau kasih ketawa abang.. Hah.. Sini abang denda dulu Tiara."

"Eh.. Eh.. Jangan.. Sana.. Busuk stocking abang.. Arghh.. Bau.."

Kami berkejar di dalam bilik tidur kami. Saya terstop bila Hp saya berbunyi. Panggilan dari Daichi. Saya sambutlah. Bila dia cakap Hana mahu beranak sudah, terus saya matikan panggilan Daichi dan tarik tangan Tiara masuk dalam kereta. Daichi telefon lagi dan bagitahu hospital mana satu Hana dirawat. 

"Tiara harap Hana selamat melahirkan anak-anaknya, bang."

"Jangan risaulah ok. Abang yakin Hana mampu. Dia tu kuat. Kita berdoa saja yah agar anak-anaknya lahir dengan sihat dan Hana pun."

Sampai di hospital, saya terkejut nampak muka Daichi lebam-lebam. Saya tanyalah dia kenapa boleh terjadi macam tu. Dia cakap ada seorang lelaki tiba-tiba menyerang dia dan Hana. Saya agak mesti lelaki itu adalah Dominic. Mana ada lagi lelaki lain yang kenal Hana di Tokyo selain saya dan Daichi saja.

"Mana sudah lelaki tu?"

"Masih di Villa sana. Hana macam kenal lelaki tu dan dia cakap lelaki tu adalah bapa kepada anak-anak dia. Issac, saya mahu laporkan kejadian ini. Saya kesian tengok Hana. Lelaki tu sanggup tidak benarkan Hana kena hantar ke hospital. Dia pergi pukul saya lagi kalau saya dekat dengan Hana."

Sialan. Lelaki dayus kau, Dominic. Saya keluarkan telefon saya dan telefon inspector Takashi. Dia kira best friend saya juga. Saya send gambar Dominic dan suruh Takashi tangkap Dominic. Sambil menunggu Hana masih di ruangan bilik bedah, saya call daddy Hana dan bagitahu Hana bersalin sekarang. Rasanya daddy Hana pasti akan terus naik kapal terbang datang ke sini. Sudah 4 jam Hana dalam bilik bedah, baru ada dua trolley baby keluar dan seorang doktor pun datang pergi tempat kami.

Wrong Target - CompletedWhere stories live. Discover now