Dominic
Sejak saya halau keluar perempuan gila itu, saya asyik teringatkan dia sampai Ronica sendiri tegur saya. Saya tidak tahu kenapa asal teringatkan dia mesti saya rasa sakit hati dan kasihan. Semakin hari keadaan saya makin pulih dan saya sudah dibenarkan pulang semula ke negara saya cuma nanti saya perlu ikut terapi supaya ingatan dan kecederaan fizikal saya boleh pulih dengan cepat. Saya rasa bersyukur Ronica sentiasa ada bersama dengan saya semasa saya di hospital. Sehari sebelum keluar hospital, tiba-tiba Ronica pengsan. Punya saya panic tu time.
Doktor bagitahu saya yang Ronica hamil dan perlukan rehat yang cukup. Saya berfikir sekejap. Seingat saya walaupun kami tinggal satu rumah, saya tidak pernah sentuh dia tapi kenapa dia boleh hamil pula sekarang. Hampir 1 jam baru Ronica sedar. Memang muka dia pucat juga.
"Sayang hamil. Kenapa tidak bagitahu saya?"
"Sa.. Saya.. tidak.. Sebenarnya.. Saya bukan tidak mahu bagitahu dear. Saya takut dear tidak akan percayakan saya."
"Apa maksud sayang cakap macam tu? Saya tunang sayang. Mestilah saya akan bertanggunjawab tapi...."
Baru saya mahu tanya bila kami pernah make love tiba-tiba Ronica menangis. Saya terus rasa bersalah. Mungkin saya tidak ingat sebab doktor cakap saya hilang ingatan. Saya segera peluk dia dan minta maaf.
"Janganlah nangis ok. Saya percaya sama sayang. Sorry. Nanti balik kita urus perkahwinan kita ok. Saya janji."
Baru Ronica diam dan balas balik pelukan saya. Saya telefon Lokman sediakan kapal terbang kami untuk balik semula ke rumah saya setelah doktor benarkan saya keluar dari hospital. Dalam kapal, bukan main lagi Ronica bermanja dengan saya sampai saya rasa rimas pun ada juga. Seingat saya Ronica tidak semanja ini bah dan bagi saya gaya Ronica sekarang macam perempuan gedik pula.
"Sayang, apa kata baring dulu di kerusi tu. Saya mahu bincang pasal business dengan Lokman."
"Ala.. Biarkan dulu business dear bolehkah? Bukan selalu dapat bermanja-manja dengan dear pun."
Makin saya hairan tengok gaya dia ne. Saya baru keluar dari hospital dan kami pula dalam kapal sekarang tapi dia dengan beraninya pergi buka butang baju saya lepas tu gosok-gosok dada saya lagi. Apa sudah jadi sama tunang saya ne? Saya yang seram. Saya tolak dengan lembut tangan Ronica. Dia merajuk dan berdiri pergi duduk di kerusi dekat dengan tingkap. Lokman pula hanya tengok kami berdua. Tiba-tiba Lokman sebut nama perempuan gila tu. Hampir 1 bulan saya tidak mendengar nama dia terus saya pandai rasa rindu pula. Dominic, sedar diri. Kau tu bakal jadi bapa dan suami orang. Jangan menggatal mahu rindu perempuan gila itu. Saya tengok Lokman dan terus marah dia.
"Buat apa lagi kau sebut nama perempuan tu? Kau ne tidak takutkah dengan ugutan saya tempoh hari."
"Bukan macam tu bos. Saya cuma mahu tanya betulkah bos tidak ingat siapa dia?"
"Saya tidak ingat, Lok tapi entah kenapa perasaan saya lain macam saja. Kau cerita sama saya kenapa dia boleh kenal saya dan apa hubungan kami sebenarnya."
"Begini bos. Sebenarnyakan..."
Tiba-tiba Ronica menyampuk sambil duduk di atas paha saya. Muka Lokman berubah macam orang yang tidak puas hati.
"Dear betul mahu tahu siapa perempuan itu? Dia perempuan simpanan dear. Dear curang di belakang saya. Sekarang dear tahu sudah siapa dia. Dear mahu balik sama diakah?"
Perempuan simpanan? Saya tengok Ronica kemudian tengok Lokman. Susah saya mahu percaya saya curang belakang Ronica. Setahu saya, saya sangat mencintai Ronica dan memang niat mahu jadikan dia sebagai isteri saya.
YOU ARE READING
Wrong Target - Completed
RomantikWarning sign 🔞🔞🔞 Hana seorang wanita yang sangat kuat berkerja dan kalau ada masa terluang mesti berparty. Social life dia sangat bebas sebab tu dia langsung tidak berminat untuk ada kekasih apalagi seorang lelaki yang bergelar suami. Bagi Hana m...