Chapter 16

6.5K 304 30
                                    

Dominic

Akhirnya setelah 4 hari bertungkus lumus mencari Eric, Jozkey dan Sumo, saya bersama geng saya berjaya mengesan di mana mereka berada. Rupa-rupanya mereka bersembunyi di Macau. Saya telefon Issac dan maklumkan tentang hasil pencarian saya. Dia punyalah bersemangat dan tidak sabar mahu balas dendam untuk Tiara. Kami dua rajin berhubung sejak balik dari misi menyelamatkan Hana. Dialah jadi mata-mata saya sekarang kalau saya mahu tahu perkembangan Hana. 

"Esok kami akan ke Macau, Issac. Kau pasti mahu ikutkah?"

"Ya. Tiara sekarang stay bersama dengan Hana juga. Lagipun bodyguard yang kau hantar untuk jaga Hana bukan main banyak lagi. Kau ne kan memang takut betul Hana kena culik lagi kan."

"Hahaha.. Banyakkah? Baru 20 orang saja pun. Macam mana dengan Hana sekarang? Dia ok jugakah? Susah betul mahu pujuk adik sepupu kau ne kan."

"Marah betul Hana bila tahu kau yang hantar bodyguard begitu banyak lepas tu yang mengawal di luar rumah pegang senjata lagi. Hana bilang kau gila. Hahaha.."

"Memang pun saya gila. Haha.. Kau send dulu gambar Hana. Saya rindu betul sama dia."

"Datanglah sini kalau rindu dia."

"Bukan saya tidak mahu datang tapi Hana sudah ugut saya supaya jangan datang jumpa dia lagi. Kalau saya berkeras juga, dia sendiri akan serah diri sama dorang Eric. Jadi kau rasa pilihan apa yang saya ada. Arghh.."

"Dia cakap macam tu? Tu budakkan tidak pandai jerak oh. Kau tahukah dia bakal kahwin dengan Datuk Wan Ho. Nanti malam keluarga Datuk Wan Ho akan datang ke sini. Saya cabar kau, Dom. Kalau kau betul-betul sayang Hana, datanglah sini dan halang majlis merisik keluarga Datuk Wan Ho."

"What!! Damit.. Ok. Kau tunggu saya datang ne malam. Jangan harap saya akan lepaskan Hana dan biarkan dia kahwin dengan lelaki tua tu. Jam berapa keluarga lelaki tu datang?"

"Entahlah. Kau datanglah awal sikit jam 5.00 petangkah macam tu."

Issac terpaksa matikan talian sebab Hana panggil dia. Kalau Hana tahu Issac berada di pihak saya pasti dia marah sama Issac dan saya. Saya panggil Lokman masuk ke dalam bilik kerja saya. Sejak balik dari misi menyelamatkan Hana, saya hanya tinggal di gudang saya sebab banyak kerja yang perlu saya selesaikan terutama misi mencari 3 orang setan tu.

"Lok, hantar orang kau ke rumah Datuk Wan Ho. Suruh orang kau pancitkan semua tayar kenderaan yang ada di rumah Datuk Wan Ho."

"Datuk Wan Ho? Bos bermusuh dengan diakah? Setahu saya, dia tiada masalah pun dengan geng kita bos."

"Just do it, Lok. Dia cuba rampas Hana dari saya. Sudah tua pun ada hati mahu kahwin dengan orang muda lagi. Fuck.. Cepat."

Kelam kabut Lokman keluar bila saya berteriak. Marah betul saya sekarang ne. Mana lagi si Monica tu berhabis cuba minta perhatian dari saya. Mentang-mentang saya stay sini, dia buat pelbagai alasan semata-mata mahu jumpa saya. Kadang mengadu sakit, kadang menangis macam orang gila. 

Saya tengok jam 2.50 petang. Tidak lama lagi jam 5.00 petang. Saya cepat-cepat pergi bersiap dan jalan pergi rumah Hana. Ini kali jangan harap saya biarkan kau kena risik sama lelaki tua tu, Hana. Kau adalah milik saya. Saya pandu laju kereta saya. 

Sampai depan rumah Hana, automatic semua bodyguard yang saya upah berbaris sambil tunduk hormat sama saya. Dorang ucap selamat datang kepada saya. Hehehe.. Bestkan kena hormat macam raja pula. Belum sempat saya ketuk pintu sudah kena buka dan paling sandi bila kena siram air lepas tu kena tabur garam lagi tu. Pedih mata saya bila terkena semburan garam yang Hana buang dari atas kepala saya. 

"KELUAR!! Kenapa kau datang sini? Saya benci kau, Dom. BENCI. Pergi!! Kau betul-betul cabar saya kah ne? Baiklah. Biar saya cari Eric dan pergi tempat dia."

Wrong Target - CompletedWhere stories live. Discover now