BAB 58

798 25 5
                                    

********
Ameliya POV.

      Sudah seminggu aku dan Fariez berbaik selepas konflik kecil yang berlaku antara kami.Dan Syafiq pula tak henti-henti curi perhatian aku walaupun aku tak layan dia.

Fariez mencuit bahu aku.Aku menoleh ke sebelah dan tersenyum kearah Fariez.

"Auwww baby I senyum kat I la pagi ni" kata Fariez terharu.

"Eh macam first time pulak orang senyum kat dia" ejek aku sambil jalan bersebelahan dia.

"Weh kau,nanti balik dengan aku eh?" kata Fariez.

"Okay tapi aku kena hantar laporan rakan media untuk bulan ni.so,lambat sikit tau" pesan aku.

"Riez teman eh?" pelawa Fariez.

"Emm takpayahla.lagipun sekejap je" kata aku dengan nada memujuk.

"Okay bye baby! Riez kena arrange perhimpunan pagi ni" kata Fariez.

"Bye Riez" kata aku pula.

"Bye sayang!" kata Fariez lagi lalu bergerak ke pejabat sekolah untuk mengambil teks.

End Ameliya POV.
---
Syafiq POV.

      "Huh.kau tunggu je.aku akan start plan aku tu harini" kata aku sendirian dengan nada yakin.

End Syafiq POV.
---
Ameliya POV.

     Aku berjalan laju menuju ke perpustakaan untuk menghantar buku laporan rakan media dengan segera sebab aku nak balik dengan Fariez!

Aku masuk ke dalam library. Kosong.

"Cikgu takde ke?" soal aku sendirian.

"Takpelah aku letak jelah atas meja ni" kata aku sendirian lagi sambil tangan memulas tombol bilik cikgu perpustakaan.Setelah meletakkan laporan aku melangkah keluar.

Langkah aku terhenti dengan kehadiran Syafiq dihadapan aku.

Aku kekiri. Dia kekiri. Aku kekanan. Dia kekanan.

"Pe masalah kau?!" bengang pula aku dengan jantan ni.

"Aku nak kau" kata Syafiq dengan nada yang menakutkan sambil langkah dia semakin dekat dengan aku.

"Ka—kau nak buat apa ni Syafiq?!" marah aku dalam nada ketakutan.

Langkah dia semakin dekat dengan aku.Dia lantas memegang tangan aku.Kuat.

"Lepasla! Tolong!!" jerit aku kuat.Namun,tiada sahutan dari sesiapa.

"Awak ingat ada orang akan tolong awak? Takkan ada sayang" kata dia sinis.

"Hanya kita berdua kat sini sayang" kata dia lagi.Dia hampir memeluk aku.Aku menolak badan dia kuat lalu kaki segera mengorak langkah seribu menjauhi dia

Tapi

Badan aku ditarik kuat dari belakang oleh Syafiq sehingga menyebabkan dia mendapat peluang memeluk aku.Aku meronta-ronta minta dilepaskan.

Kedengaran pintu perpustakaan dibuka dari luar.

Fariez!

Dia kelihatan terkejut. Serentak itu pelukan tadi dilepaskan oleh Syafiq.

"Ni kau kata nak hantar laporan?!" Fariez menjerkah aku kuat. Aku terkedu.

Dadanya jelas turun naik menandakan dia tengah marah dan bengang.

"Tak Riez! Ni bukan apa yang kau sangka! Dia yang masuk tiba-tiba! Dia yang pel—"

Pang!!!

Bergema library ini dengan bunyi tamparan.

Aku terjatuh sambil tangan memegang pipi yang baru saja mendapat tamparan kuat dan padu dari

Fariez!

Syafiq terdiam.Fariez memandang aku dengan pandangan jijik.

"Riez.." aku memandang dia dengan pandangan tak percaya.

Tolong sedarkan aku dari mimpi jika ini ialah mimpi!

Tolong!

"Kau dah mengatal dengan jantan ni kan?!!!! Takpayah kau nak pandang aku dengan muka mintak simpati kau!!!!" tengking Fariez sehingga bahu aku terhinjut akibat terkejut.

"Riez..ka—kau kena dengar penjelasan aku.kau salah faham" kata aku separuh merayu.

"Aku salah faham? Aku? salah faham?" kata Fariez dengan nada berbaur sindiran.

Aku mendongak memandang dia sambil mengangguk laju bersama linangan air mata.

"Dah terang-terang aku nampak kau peluk dengan dia!!! Tu kau kata salah faham!!! Dasar perempuan murah!!Depan lain belakang lain!!" tengking Fariez lagi.

Aku bangun dan pegang baju dia.kuat seperti tidak mahu melepaskan dia.

"Kau..kau kena percaya aku.A—aku tak salah! Syafiq kau yang ran—"

Pang!!!

Sekali lagi tamparan kuat dari Fariez hinggap di pipi aku sampai terteleng kepala aku.aku mengesat hujung bibir aku.terdapat darah dihujung jari aku.

Aku terdiam.

"Ni ke orang yang aku sayang selama ni?" tanya aku perlahan.

"Ni ke orang yang sanggup percayakan aku even satu dunia tak percaya aku?" tanya aku lagi.

"Ni ke orang yang akan jaga aku sepanjang hidup dia tanpa menyakiti aku? Ni ke?" kata aku dengan nada yang semakin perlahan namun masih dapat didengari oleh Syafiq dan Fariez.

Fariez terkejut begitu juga dengan Syafiq yang terdiam.

"Puas hati kau sekarang Syafiq? Puas tengok kejadian yang sama macam tiga tahun lepas? Puas tengok aku malu lagi? Puas tengok hidup aku musnah lagi? Puas hati tak dengan rancangan kau? Puas? Tahniah Syafiq. Once again.You won" kata aku perlahan lalu tangan mengambil beg sekolah yang terjatuh dilantai.

"Dah tiada guna aku hidup dekat dunia yang kejam ni" kata aku lagi.

Dah tiba masanya untuk aku melangkah pergi.

Pergi meninggalkan semuanya.

End Ameliya POV.

TBC🎈

Please put some vote and comments.siesly berat hati syuda nak publish part ni😭 tapi apakan daya. Tunggu next chap kayh!

Dia Pilihan Hati Aku ✔Where stories live. Discover now