********
Aku melangkah masuk rumah dengan laju dan terus menuju kearah mama aku."Mama sape yang datang tadi? Mama tak bagitahu ke yang adik dah tunang? Mama kenapa terima? Mama tau tak Fariez dah minta putus? Mama mama mama!" aku hampir menangis
Mama aku pandang aku pelik seolah-olah macam hanya perkara biasa yang tengah berlaku.
"Bukan um-" ayat Puan Amalina terpotong.
"Mama adik pakai phone rumah untuk call mamat tu tau! Sebab adik nak jimatkan bil telefon" aku lantas bergerak kearah telefon rumah. Nombor atas kertas didail dengan geram. Dalam kepala dah ada macam-macam mukadimah dah.
Tapi asal nombor cam familiar eh? Ah lantakla yang penting call dulu!
"Hello! Assalammualaikum!" sapa aku.
"Hello and waalaikumsalam" jawab dia.
"Wahai saudara! Saya nak cakap yang sebenarnya tindakan saudara ni salah tahu tak? Saya ni tunang orang! Mana boleh saudara sesuka-suki datang rumah saya patu tetiba jumpa mama saya! Are you insane ke? Saya tak kenal saudara pun okay! Ke saudara salah masuk pinang orang? Sebab saya dah jadi tunang orang! And saya nak ulang lagi sekali yang saya ni tunang orang! Tunang orang! Faham tak?! Kalau saudara nak tahu saya ni tunang sape meh saya bagi tahu nama tunang saya! Nama dia Fariez Arsyad bin Fahrin Adnan! Sebabkan perkara gila saudara nila yang buat Mr fiance saya nak putus tahu tak?! Hah tu je! Saya penat nak terang bebanyak" akhirnya aku menutup mukadimah aku yang terlalu panjang tu sebab semput cakap lelaju.
Orang dihujung talian hanya senyap.
"Saudara senyap means saudara salah pinang orang kan? Hah ngaku jela nanti saya cakap dengan mama saya yang saudara salah orang. Wokayh bye ciao adios! Jangan lupa tarik balik pinangan saudara tu eh" aku dah nak jauhkan telefon tu dari telinga tapi terbantut sebab..
"Sayang....." meleret suara dia ditalian.
"Hello!!! I'm not your 'sayang' lah!" aku menjerit kuat sebab geram biar pekak telinga saudara ni. Yela dahla tak kenal patu terus 'sayang'kan aku. Apa niiiiiii!
"Sayang please jangan menjerit" tegur dia lembut.
"I'm not your 'sayang! Saudara silap orang ni! Saya tak kenal saudara tahu tak?!'" nada aku rendahkan sedikit.
"Miss fiance.." panggil dia lembut. Jap! Suara ni aku kenal!
"Fariez!! Is that you?!" soal aku sambil tengok nombor diatas kertas tadi.
"Yes sayang.. It is me. Your Mr fiance.. Your Fariez Arsyad bin Fahrin Adnan" kata Fariez lagi.
"Jadi kaula yang datang-" aku tidak menghabiskan ayat aku.
"Yeah umi I yang datang tadi" jawab Fariez sambil ketawa.
"Kau gelak?! Hei kau tahu tak aku cuak gila tadi time kau cakap nak putus?! Kau ni memang nak kena kan?! Aku takmau kawan kau lepas ni! Aku bagitahu mama yang aku takmau jumpa kau! Aku takmau call dengan kau!" aku mengugut. Padan muka! Nak sangat buat prank kan?! Meh Ameliya Nasuha bagi ganjaran prank tu!
"Apa ni sayang? I nak putus tunang sebab I nak ikat perkahwinan pulak. My fiance ni memang savage betul la" kata Fariez dengan ketawa yang bersisa.
"Ohhhh...gelakkan orang lagi eh? Okay bye Mr fiance!" aku terus matikan talian. Biar padan muka dia!
"Mama kalau Fariez call cakap adik takmau kawan dia!!" jerit aku sambil menaiki tangga. Mama dari bawah hanya pandang pelik.
---
Aku berlegar-legar diruang dapur mencari makanan. Telefon yang berdering sejak tadi dibiarkan. Mata masih fokus mencari makanan.Telefon yang bising tetiba senyap. Bukan senyap sebab orang nun sana giveup tapi sebab Asyari pergi angkat call tu.
"Hei angah! Kenapa angkat?!" aku memarahi dia. Dia buat tak tahu.
"Ni dia ada je tengah selongkar dapur cari makanan" Asyari tengah bercakap dekat telefon aku.
"Adik aku? Hah okay jap!" kata Asyari lagi. Dia menghulurkan telefon aku semula.
"Dah-dahla tu merajuk" perli Asyari sambil menyerabaikan rambut aku. "Heii you shadap la" aku memarahi dia sementara tangan tengah tuang jus oren.
"Hah de pe? Kan aku dah cakap aku takmau call kau?" soal aku macam gangster.
"Sayang........" panggil Fariez meleret.
"What sayang-sayang hah?" nada marah tapi muka sekarang tengah senyum suka.
Angau sangat dah ni!
"My sweetheart.. My girlfriend aka Miss fiance.. My sayang.. My everything" suara Fariez seperti tengah memujuk.
"Dahla tu mengayatnya.. Aku tak layan. Kayla aku maafkan kau this time" kata aku lagi sambil tersenyum.
"Sayang! Kan I dah cakap yang no more kau-aku and start biasakan diri dengan i-you" Fariez berleter dekat aku.
"Haish! Tak biasala panggil i-you ni! Nak tergeliat lidah ni hah" aku merungut manja.
"You kena biasakan sayang! Sebagai langkah pertama menjadi isteri I " kata Fariez dihujung talian.
Uhuk uhuk!
Aku tersedak air.
"Eh you okay tak sayang?" tanya Fariez risau.
"Jap jap tersedak ayaq" jawab aku.
"Baru cakap pasal first step menjadi isteri I,pun dah tersedak ye sayang? Camne nak move ke step seterusnya ni?" kata Fariez mengusik.
Sekali lagi aku tersedak!
Wayar otak Fariez tengah putus ke?
TBC🎈
Like usually! Please vote and comments!💃🔥
YOU ARE READING
Dia Pilihan Hati Aku ✔
Fiksi RemajaAmeliya Nasuha. Dahulunya seorang gadis yang ceria. Namun semua keceriaannya bagaikan diragut sekelip mata. Dan kini dia menjadi seorang yang pemendam. Kerana satu peristiwa hitam yang dirahsiakan. Dan prinsipnya hanya satu. Jangan mudah percaya lel...