********
"Weh korang. Aku nak cakap something ni" ujar aku secara tiba-tiba. Sehingga membuat semua yang dimeja makan tertumpu kearah aku.
Para kanak-kanak semua dah pergi main dekat laman rumah aku.
"Kau nak cakap apa?" Tanya Hanisa dan Zulaika serentak. Aleesya,Aleeya dan Alia masih diam menunggu.
"Aku nak cakap thanks kat korang sebab sudi jadi sahabat aku since aku kecik sampaila sekarang. Seriously,I really mean it. Korang ada disaat aku susah,senang,gembira,sedih dan semuanya. Yang paling penting,korang setia ada disisi aku disaat aku memerlukan teman. I can't imaging kalau korang takde dengan aku. Memang banyak benda yang kita dah lalui bersama dan berenam. Saat suka dan duka. I will never forget those moment. Aku harap kita akan kekal menjadi sahabat sampai keakhirnya. And aku hope,korang akan kekal jadi member paling bongok aku sampai bila-bila. Dah tuje aku nak cakap. KBYE!" Aku terus duduk dikerusi tanpa memandang reaksi diorang. Malu!
"Mely! Kau buat aku nangis!!" Aleesya menjerit kuat sambil mengelap hingus dia. Eii!
"Kau nak kena sepak ke,Mely? Kau dah buat aku nangis tau tak?!" Hanisa juga turut menjerit sambil mengesat tubir mata dia.
"Mely!!! Awatla hang buat ucapan sedih laguni? Meh peluk meh!" Alia segera memeluk aku. Diikuti oleh Aleeya,Zulaika, Hanisa dan Aleesya.
"Of course kita akan kekal jadi sahabat sampai bila-bila! Takde sape leh pisahkan kita. Even pakcik-pakcik ni!" Kata Zulaika sambil menunjuk kearah Hakimi,Haikal,Fariez,Ameerul,Arriel dan Haris.
"Yapppp! Betul tu! Kahwin bukan bermakna kena berpisah" kata Aleeya pula.
"Jadi,ucapan korang kat aku pulak ape?" Tanya aku. Sesaja.
"Aku nak sepak kau sebab buat aku nangis" Hanisa.
"Aku nak datang rumah kau hari-hari untuk makan masakan kau" Alia.
"Aku nak kau tengok show got7 dengan aku hari-hari sebab kau buat aku menangis sampai berhingus" Aleesya.
"Kau kena belanja aku roti kopi sebab buat aku menangis" Zulaika.
"Aku sayang kau. KBYE!" Aleeya.
"Korang ni! Tak sweet la! Yeya je sweet! Tanak kawan!" Aku berpura merajuk.
"Kesah pe aku. Takde sweet-sweet. Kau dah buat aku nangis dengan dorang ni sampai berhingus-hingus. Eii menjijikkan. Lagi-lagi,si Aleesya. Hingus banyak siot!" Hanisa mengutuk.
Aku dan lain dah ketawa tepuk-tepuk meja dah.
Haihlah. Seriously,Aku sayang gila dekat korang. Kalau korang takde,maybe aku tak sekuat sekarang. Tak kuat nak hadapi cabaran dulu.
Benarlah kata orang;
Setiap perkara yang berlaku,pasti ada hikmah disebaliknya.
Dan.
Sahabat sejati adalah insan yang akan setia disisi kita disaat kita susah dan senang.
Aleesya,Aleeya,Hanisa,Alia dan Zulaika.
Sejujurnya,aku insan yang amat bertuah kerana mendapat mereka sebagai sahabat sejati aku. Sungguh aku sayang mereka semua.
Alhamdulillah.
---
Semua sudah pulang ke rumah masing-masing. Afriel dah tertidur. Fariez sudah naik keatas.
Aku pula,baru hendak memasuki bilik aku tika ini. Baru je tutup pintu,tetiba Fariez memanggil aku.
"Sayang" Panggil Fariez. Aku menoleh. "Ye,B" jawab aku.
Fariez menghampiri aku. Seraya itu,tangan aku dipegangnya. Dia menarik aku supaya duduk dibirai katil. Sementara dia pula,mengambil kerusi lalu duduk dihadapan aku.
"B,you kenapa ni?" Tanya aku pelik. Yela,tadi okay. Ni tetiba cam buang tebiat pulak dah.
Tangan aku digenggam kemas. Soalan aku pulak,tidak dijawabnya.
"Sayang. B tau dulu,B banyak sakitkan hati sayang. B terlalu banyak melukai sayang sampai B still rasa menyesal even now" Ujar Fariez sambil mengenggam erat jari-jemari aku.
"B,you cakap apa ni?"
"Sayang. Sejujurnya waktu kita baru habis spm, yang waktu sayang accident sebab nak selamatkan B dulu. Perasaan waktu tu, B langsung tak boleh lupa. Sampai sekarang. Perasaan takut dan sesal tu masih terasa" Tangan aku,dia usap perlahan.
"Waktu sayang tutup mata,B menyesal sangat. Menyesal sebab tak percayakan sayang. Menyesal sebab hiraukan sayang waktu tu. And waktu sayang tidur atas katil hospital, B rasa nak menjerit untuk suruh sayang bangun. Sebab B rasa takut. Takut kalau sayang tak bangun. B takut bila sayang bangun,sayang akan jauhkan diri dari B" Pipi aku pula, dia usap lama. Air mata aku,dia sapu lembut.
"Dan bila sayang sedar, B rasa syukur sebab Allah bagi B satu lagi peluang. Peluang untuk menghargai dan mencintai sayang"
"Since that, B berjanji akan jaga sayang sebaik mungkin. Akan cinta sayang buat selamanya. Akan setia dengan sayang selamanya. Dan akan percaya sayang dengan sepenuh hati" Fariez menyelitkan rambut aku dibelakang telinga.
"I love you, Sayang. And Insha allah,till jannah, Sayang" Fariez mengucup ubun-ubun aku dengan lembut dan lama.
"B.." Aku memeluk Fariez dan menangis.
"Sayang,takmo la nangis" Fariez memujuk lembut. Aku masih menangis.
"You buat I nangis. I taknak kawan dengan you,B" Aku merajuk.
"Kalau taknak kawan,kita couple la" Fariez menjawab dengan nada bergurau dia.
"B ni!" Aku menolaknya perlahan.
"Ala ala! B gurau jela sayang" Fariez menarik aku kembali kedalam pelukannya. Aku tersenyum.
Ingatkan panas akan berpanjangan. Rupanya Allah turunkan hujan dipertengahannya. Tapi Allah juga turut wujudkan pelangi dipengakhirannya.
Dan kini aku yakin.
Yakin bahawa,
Dia Pilihan Hati Aku.
--------
TAMAT❤⛄
Hope you guys berpuas hati dengan ending DPHA. Now, 'Dia Pilihan Hati Aku' ingin melabuhkan tirainya. Jika berkesempatan,hopefully dapat bertemu dilain chapters🌻.
Bye from; Syurafar/Syuda❤
ANDA SEDANG MEMBACA
Dia Pilihan Hati Aku ✔
Teen FictionAmeliya Nasuha. Dahulunya seorang gadis yang ceria. Namun semua keceriaannya bagaikan diragut sekelip mata. Dan kini dia menjadi seorang yang pemendam. Kerana satu peristiwa hitam yang dirahsiakan. Dan prinsipnya hanya satu. Jangan mudah percaya lel...
