BAB 59

826 24 4
                                    

********
Zulaika POV.

Telefon aku menjerit minta di angkat.Aku melihat nama panggilan.

Ameliya💕 is calling..

Aku slide ke ikon hijau."yow kenapa" kata aku seperti biasa.Namun orang dihujung talian hanya senyap tanpa kata.

"You're not going to say anything, Mely?" tanya aku bergurau.sebab Ameliya kadang-kadang suka kacau aku malam macam ni.

Bunyi esakan kedengaran.

Aku dah cuak.Asal doh!

"Weh weh kau asal ni nangis-nangis ni?" tanya aku gelabah.

"Ika..." tangisan Ameliya semakin kuat.

"Ye kenapa weh yaallah jangan buat aku gelabah weh" aku yang duduk tadi kini mundar-mandir.

"Fariez..Di-dia tampar a-aku" kata dia tersedu-sedan.

"Di-dia tak percaya aku"

"Dia tam-tampar a-aku"

"Dia kata aku perempuan mu-murah"

Kuat tangisan dia.

Aku dah sebak semacam dah campur dengan geram.

"Dia nampak Syafiq peluk aku.Syafiq saja nak hancurkan hubungan aku" nangis Ameliya lalu dia menceritakan semuanya.

"Yaallah macam mana boleh jadi ni?" kata aku terkejut."aku tak tahu" nangis Ameliya lagi.

Kedengaran talian tiba-tiba terputus.

Dah sudah kenapa ni!

End Zulaika POV.
---
Ameliya POV.

Sengaja aku mematikan talian supaya tangisan aku tidak kedengaran.Aku taknak Zulaika dengar tangisan aku.

Pipi aku lebam teruk tapi Mama dah tuamkan dengan ais petang tadi.Abah pun marah juga dengan tindakan Syafiq dan Fariez.Asyraf dan Asyari pun sama.

Hampir je dorang nak pergi rumah Fariez.Tapi dihalang oleh aku.

Jenuh juga Asyraf dan Asyari dengar tangisan aku sambil menuam pipi aku.

Aku beruntung dikurniakan dua abang yang penyayang.

Aku kena kuat dan buktikan yang aku bukan perempuan murah! Aku kena buktikan yang aku dianiaya!

Tapi aku tak kuat.nak berdepan dengan Fariez lagi.

Hati ni.

Hati ni dah cukup sakit dengan parut pertama.sekarang berdarah balik dengan luka yang baharu.
---
Keesokan Harinya~

Aku datang sekolah dengan pipi yang lebam teruk dan dihantar oleh Asyari.Asyari kata dia nak naik pejabat minta tukarkan aku ke kelas persendirian buat sementara waktu dan meminta perkara semalam disiasat oleh pihak sekolah

Semua tu ialah arahan daripada Abah.

Aku menunggu dipejabat sementara menunggu proses pertukaran aku.

Seorang guru menghampiri aku."Ameliya,pipi awak ni teruk sangat ni.betul tak nak kenakan tindakan keatas dia?" soal guru tersebut.

"Takpe cikgu biar lebam ni jadi peringatan untuk kejadian semalam" kata aku perlahan.

"Jom ikut saya ke bilik pembelajaran persendirian" kata guru tersebut.

Kebetulan bilik pembelajaran tu kena melintas kelas 5 sina.Semua murid dalam kelas tu memandang kearah aku.

"Cikgu saya nak ambil buku teks bawah meja" kata aku dan guru itu mengangguk faham.

Aku masuk dan berjalan ke meja aku yang terletak bersebelahan Fariez. Dia melihat aku.

Bukan pandangan jijik seperti semalam tapi pandangan penuh dengan kebencian.

"Gosh!! Why pipi kau lebam teruk weh?" tanya Athirah iaitu classmate aku.Aku pandang kearah Fariez seketika sebelum menjawab pertanyaan Athirah.

"Aku kena tampar" jawab aku ringkas tanpa berselindung.Athirah senyap barangkali terkejut dengan jawapan aku.

"Jumpa rehat ye guys" aku berkata kepada six icons lalu melangkah keluar dari kelas tanpa menoleh memandang dia.
---
Pipi aku berdenyut sakit.berdenyut kuat.Tapi tak sesakit hati ini.

Aku menelek jam.Dah tiba waktu rehat.Aku keluar dari bilik pembelajaran itu.

Kelihatan six icons dimuka pintu. Mereka terus memeluk aku erat.seakan memberi semangat.

"I..I miss all of you guys" kata aku sambil menahan air mata dari jatuh.

Aku mengatakan rindu seolah-olah aku baru bertemu mereka selepas bertahun padahal baru semalam aku jumpa diorang.

"Mesti sakitkan" kata Aleesya Hazwani sambil menyentuh perlahan pipi aku.

"Gila kau tak sakit! Padu kut" gurau aku sambil kaki semua menuju ke kantin.

"Tolong belikan makanan aku tau.aku jaga tempat" kata aku dengan ceria supaya dapat kekal tenang tika ini.

"Kalau sedih just lepaskan je.Aku janji akan siasat kejadian tu" kata Hanisa Dahlia.

Aku hanya tersenyum kosong.

Untuk apa siasat benda tu?

Semua dah musnah dah beb.

Aku.

Fariez.

Semua dah musnah.hancur.

TBC🎈

So,did I do well for the conflict part? If yes,please vote and comments as the reward for me! I will appreciate that! Thank you very much🌷

Dia Pilihan Hati Aku ✔Where stories live. Discover now