BAB 67

1.5K 31 6
                                        

********
Ameliya POV.

Beberapa bulan kemudian ~

"B,jom cari laksa Johor petang ni nak tak? Liya teringin nak makan laksa tu. Patukan B,Liya teringin nak makan waffle la..nanti kita cari eh B?" tanya aku manja sambil menyandarkan kepala dibahu Fariez.

"Macam-macam la sayang ni. Yela petang nanti kita pergi cari kayh" Fariez hanya bersetuju dan mengucup ubun-ubun aku.

Aku bersorak gembira. Aku tahu Fariez akan melayankan sahaja apa yang dingidam oleh aku. Fariez lah orang yang paling gembira bila aku disahkan hamil dan dia selalu sangat memanjakan aku sejak akhir-akhir ini.

Alhamdulillah,diharap kehadiran cahaya mata ini akan lebih menyerikan rumah tangga kami.

Tangan laju mencapai asam dimeja yang telah diambil oleh Fariez tadi. Emmm sedapnya asam ni.

"Sayang! B dah cakap kan yang sayang tak boleh makan asam dah. Dah banyak sangat asam sayang makan tahu tak!" Fariez dah mula membebel.

"Alaaaa sikit je B! Sikittttt je" aku menjawab. Fariez memicingkan mata dan aku pula mengedip-gedipkan mata.
---
9 bulan kemudian~

Perut yang semakin membesar disebalik gaun labuh warna pink lembut diusap perlahan. Senyuman manis terukir dibibir sambil memandang tetamu yang hadir ke majlis ini.

Umi Fariez dan Mama aku yang nak sangat buat majlis doa selamat ini memandangkan tarikh bersalin aku pun susah berbaki lagi 1 minggu.

Aku duduk di kerusi yang disediakan khas untuk aku sambil berborak bersama Hanisa, Alia,Aleesya,Zulaika dan Aleeya.

Kelihatan Hakimi mendukung anak lelaki dia dengan Hanisa. Dan Haikal pula mendukung anak perempuan dia dan Alia. Manakala Arriel pula mendukung anak perempuan dia dan Aleesya.

Ameerul pula tengah mendukung anak lelaki dia dan Aleeya. Haris pula sedang memegang anak lelaki dia dengan Zulaika. Fariez pula hanya bermain dengan anak-anak kawan dia.

Aku tersenyum melihat anak-anak mereka. Tiba-tiba,rasa sesuatu yang menyakitkan dibahagian perut. Seolah-olah sedang memulas.

"Weh kau kenapa ni weh?! Kau sakit ke?! Aku kena call apa ni?! Kau nak aku call ape weh?!" Tanya Zulaika gelabah apabila melihat aku seperti menahan sakit. Aku memejamkan mata apabila sakit itu datang semula.

"Weh kau dah nak beranak ke?! Aku call JPJ eh weh?!" Tanya Alia pula dengan gelabahnya.

"Weh bukan due date kau minggu depan ke?! Nak aku call polis tak?!" Tanya Aleesya pula yang turut sama gelabah.

"Weh cakap la weh! Jangan buat aku cuak doh! Nak aku call bomba tak?!" Tanya Aleeya gelabah kearah aku.

"Weh weh! Tunggu jap! Aku panggil laki kau! Weh mangkuk call ambulans!" Kata Hanisa yang juga sama gelabah patu dia berlari pergi.

Persoalan aku,apahal diorang gelabah sangat ni?!

Aku masih menahan sakit yang teramat ini. Fariez terkocoh-kocoh menghampiri aku. Riak mukanya jelas terpancar kerisauan.

"B,Liya rasa dah sampai time dia" kata aku lemah. Semua terkejut dan mata para tetamu semua tertumpu kearah aku. Kebetulan pula ambulan tiba tepat pada masanya.

Fariez segera mengangkat aku dan meletakkan diatas stretcher ambulans itu. Fariez diarah menaiki ambulan bersama aku.

Dia memegang tangan aku seolah-seolah cuba menenangkan aku. Zikir dan doa yang dibacakan ditelinga aku membuatkan aku lupa akan kesakitan ini sedikit.
---
"Ok puan bila saya sebut push,puan kena push" kata doktor tersebut."Ok puan,push!" arah doktor tadi. Aku meneran sehabis daya.

"Sikit lagi puan! Push!" arah doktor itu lagi. Aku meneran lagi sepenuh tenaga dan daya yang berbaki.

Dan akhirnya,kedengaran suara bayi memenuhi ruang bilik bedah.

"Sayang,baby kita sayang" kata Fariez teruja. "Tahniah puan,its baby boy" kata doktor tadi kepada aku.

"Baby kita nama Afriel Adrian,sayang" kata Fariez sambil mendekatkan bayi tadi kepada aku.

Aku tersenyum lemah dan mengangguk lemah sambil memandang muka gembira Fariez. Perlahan-lahan mata aku tertutup akibat kepenatan.

Afriel Adrian.

Alhamdulillah,Yaallah.

TBC🎈

Muahahahahah! Don't forget to put some vote and comments!🌻🔥

PROMOTE🌻

LOVE QUOTES
SANTAPAN HATI

BY: AM05_AI03

Pergi check it out story nih lelaju! Siesly best quotes-quotes dia🔥 syuda pun dah baca dah story ni!

Dia Pilihan Hati Aku ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang