3

1.2K 95 35
                                    

Sunyi

Tangannya mengenggam erat palang kayu yang menjadi penghadang antara dirinya dan kolam ikan di hadapan. Dahulu, kolam tersebut tidak ada penghadang. Selepas kejadian tiga tahun yang lalu, kesemua kawasan kolam diletakkan penghadang untuk keselamatan.

Mengeluh.

Tak ada perkara lain yang dia boleh buat. Topeng di wajah disentuh dengan jari-jemari. Sejuk. Topeng itu kini menjadi penghadang bagi orang lain supaya tidak dapat melihat wajahnya. Sama seperti palang kayu. Diri dia dan kolam ikan ni lebih kurang sama.

"Putera.. Putera Kelima!" suara Qing Qing semakin kuat memanggilnya.

Mu XiHua akhirnya menoleh ke tepi. Baru tersedar yang ada orang panggil. Terlalu tenggelam dalam fikiran sendiri hingga tidak dengar namanya diseru berulang kali oleh dayang istana yang seorang itu, merangkap teman sepermainannya. Umur mereka tak adalah jauh mana beza. Qing Qing tua enam tahun darinya.

".....????....."

"Qing Qing nak ke tandas sekejap. Putera jangan pergi tempat lain ya?" pesan penjaga anak kecil itu.

Mu XiHua hanya mengangguk.

Selepas Li JianSu menjadi Permaisuri, dia tidak punya masa bagi menjaga Putera Kelima. Sebagai pampasan ke atas perkara yang berlaku sebelum ini, Noble Consort Li JianSu telah dinaikkan pangkat dan anaknya, Putera Ketiga, Mu XiYue telah di jadikan Putera Mahkota.

Putera Kelima pula telah diberikan istananya yang tersendiri. Sebagai hadiah, Maharaja juga telah memberikan mandat bahawa ke semua arahan Putera Kelima di dalam istana tersebut perlu dipatuhi. Orang lain tidak berhak bersuara di situ dan istana itu merupakan istana aman kerana tidak dibenarkan bergaduh atau berbuat kasar.

Istana Putera Kelima telah diberikan nama sebagai Istana Mingzhuo. Istana Mutiara. Disitu dia mempunyai kuasa yang sama seperti Maharaja Mu. Disebabkan itu, semua orang boleh nampak betapa sayangnya Maharaja kepada si kecil. Dia begitu dimanjakan sehingga ramai yang cemburu. Nyawa si kecil semakin terancam.

Mu XiHua tak perlukan kuasa hebat. Dia tak perlukan rupa yang cantik. Dia cuma mahukan teman. Macam dulu-dulu. Tapi sekarang semua orang takutkan dia. Sebab Maharaja yang terlalu melindungi. Sebab wajahnya yang menakutkan. Dia tidak punya kawan.

Apa gunanya jika sebelum ini dipuji dan dipuja? Apa gunanya jika semua orang ikutkan arahan tapi tidak setia?

Dirinya juga terpaksa mengikut kehendak orang lain. Bonda. Mu XiHua terpaksa menjadi orang lain dan bukannya diri dia yang sebenar disebabkan nafsu seorang wanita. Arahan bonda perlu dituruti. "Pakai topeng ni dan jangan tunjukkan muka kamu pada orang lain." Dia ikut. "Pakai baju ni, jangan pakai baju lain selain yang begini." Dia ikut.

Mu XiHua tidak bebas. Dari hidup begini bukanlah lebih baik jika dia mati? Adakah dengan kematian baru dia dapat bebas dari sangkar istana ni?

Apa guna pangkat sebagai putera. Dia tidak mahu menjadi seorang putera. Dia bukannya putera seperti yang orang lain fikirkan. Dia tidak layak.

Sunyi.

Ahh..

Sunyinya.

"Oi! Mika ni siapa?" soal satu suara, mengejutkan Putera Kelima dari lamunan.

Seorang anak gadis, barangkali sebaya dengannya sedang berdiri bercekak pinggang. Bajunya yang sarat dengan perhiasan melambangkan dia juga anak bangsawan atau keluarga diraja. Wajahnya dimasamkan saat melihat Mu XiHua.

Mu XiHua: "???"

"Hei, Kita bercakap dengan Mika la. Pekak ke?!" marah anak gadis itu apabila persoalan dirinya tidak dijawab.

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Where stories live. Discover now