XiHua yang sedang makan malam dengan Ru Ruo tak tenang jadinya. Bukan apa, walaupun mereka boleh kata sekarang ni bercakap la juga antara satu sama lain, tapi mesti penghabisannya adalah pergaduhan. Macam minyak dengan air, tak boleh campur.
"Ah! Kau ni mana boleh campur mi dalam kuah tu!! Tak sedap!!" marah XiHua.
"Kau la pelik! Mana ada orang makan mi dengan sos merah tu! Kau hancurkan cili buat apa?!" Ru Ruo tak mahu mengalah. Dia tak suka sos yang XiHua buat. Pedas.
"Ni sambal! Kau la pelik tak tahu yang ni sambal!" XiHua mencampakkan pinggan berisi sambil ke arah Ru Ruo.
Ru Ruo pantas mengelak namun pinggan tadi masih terjatuh ke sisinya menyebabkan bajunya terlekat sambal merah.
"Arghhhh!!!!" Ru Ruo menjerit lantas mencapai pinggan berisi kuah sup dan membaling ke arah XiHua.
Tindakan refleks XiHua adalah mengeluarkan pisau belati di dalam lengan bajunya apabila diri dirasakan dalam bahaya.
Prangg!!
Pinggan pecah dipotong dua oleh XiHua. Kuah sup tumpah merata.
"Kau?!!" XiHua bangun dari duduknya di meja makan.
"Kau!!" Ru Ruo turut sama bangun dan menuding jari ke arah XiHua.
"Berhenti!!!!!" Wen Chong yang sejak awal berada di meja makan tersebut menjerit. XiHua dan Ru Ruo macam dah lupa kewujudannya disitu dan mula berlawan macam budak kecil.
"Berhenti!!!!" Wen Chong menarik Ru Ruo ketepi dengan sebelah tangan manakala sebelah tangan lagi menolak XiHua supaya jauh dari Ru Ruo.
"Huh! Ceraikan aku!" jerit XiHua.
"Kau la ceraikan aku!" balas Ru Ruo sebelum keduanya berpaling dan membelakangi antara satu sama lain.
Wen Chong menepuk dahi. Bajunya dah basah dengan kuah sup bercampur sambal.
"Dasar budak!" komen Wen Chong sebelum keluar dari bilik menjamu selera untuk menukar pakaian.
"Kau, bukan isteri aku! Aku tak pernah kahwin dengan kau!" ujar XiHua.
"Huh! Aku pun! Kita tak pernah berkahwin! Anggap tak pernah jadi! Dasar lelaki tak guna!" Ru Ruo mendengus. Penat dia bergaduh dengan Putera Kelima ni. Semuanya minat mereka bertentangan antara satu sama lain. Menyampah, meluat.
"Kau!" XiHua menoleh sambil menuding ke arah Ru Ruo. Sakit hati bila dengar Ru Ruo cakap dia 'lelaki tak guna'.
"Apa?!" Ru Ruo turut sama menoleh dan berhadapan dengan XiHua sambil angkat dagu tinggi. Lagak sombong.
"Hah!" XiHua melibas lengan bajunya sebelum berjalan melepasi Ru Ruo dan keluar dari situ. Dia nak tukar baju. Rasa melekit.
Selesai saja XiHua menukar baju, Wen Chong masuk ke dalam biliknya.
"Ada apa?" soal XiHua sambil duduk di meja belajar.
"Dah tiga minggu berlalu sejak Tuan XiHua menghilangkan diri." ujar Wen Chong.
"Hm." XiHua mengangguk. Dalam erti kata lain dah tiga minggu juga pembunuhan permaisuri berlalu. Sekarang dah masuk minggu terakhir sebelum genap sebulan. Tapi kes ni masih belum berakhir.
"Apa yang Tuan fikir?" soal Wen Chong.
"Dalang di sebalik kes ni. Apa yang dia mahu sebenarnya? Dia buat aku jadi kambing hitam. Lepas tu tak berjaya, dia tukar pada Putera Kedua. Sekali lagi tak berjaya sebab tak cukup bukti. Jadi sekarang apa rancangan dia yang seterusnya?" XiHua menyuarakan keraguannya.
YOU ARE READING
Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)
Historical Fiction#A SIDE STORY, BEHIND THE SCENE siri tiga alam dunia. XiHua seorang loner yang tak ada kawan dan tinggal berasingan daripada keluarga. Setiap hari dia kerja, kerja dan kerja. Tak ada perkara lain untuk berseronok. Suatu hari semasa dia dalam perjal...