Zhong Yi berjalan di sekitar Istana Mingzhuo sambil melihat struktur binaan kediaman mewah itu. Taman yang ada di Istana Mingzhuo turut menjadi tarikan buatnya lantas Zhong Yi terus menjadikan taman itu sebagai tempat kesukaannya. Macam mana dia boleh berada di Istana Mingzhuo?
Semuanya kerana arahan Maharaja. 'Zhong Yi' yang semua orang tahu telah mati dihukum bunuh kerana menceroboh ke dalam bilik Maharaja. Jadi Zhong Yi kini tak ada pilihan lain selain jadi budak baik supaya tak tarik perhatian dengan duduk diam di Istana Mingzhuo. Sambil dia duduk bergoyang kaki di taman, seorang pembantu istana datang mendekatinya.
"Xie Shaoye, ada apa-apa yang boleh saya bantu?" soal perempuan yang kelihatan manis tersenyum.
"Awak ni..?" Zhong Yi berkerut.
"Qing Qing. Pembantu di Istana Mingzhuo." balasnya.
"Ah, XiHua ada beritahu. Ah.. Maksud saya.. Putera Kelima.." Zhong Yi bersuara kelam-kabut. Wajahnya mula bertukar sedikit merah.
Qing Qing hanya tersenyum. "Jangan risau, Qing Qing tak akan beritahu sesiapa." ujarnya sebelum mengenyitkan sebelah mata.
Zhong Yi menggigit bibir bawahnya sebelum tertunduk. Tangannya menyimpul dan bermain-main dengan kain bajunya.
"Xie Shaoye, perlukan apa-apa?" sekali lagi Qing Qing menyoal.
Zhong Yi mengangkat wajahnya dan menggeleng. "Tak perlu. Terima kasih. Semuanya dah disediakan oleh Putera Kelima."
"Baiklah. Kalau Xie Shaoye mahukan apa-apa, sila beritahu Qing Qing." dia tersenyum sebelum berjalan ke belakang beberapa tapak dan berdiri diam disitu.
Zhong Yi menghela nafas lega. Dia kembali menikmati suasana di taman namun beberapa minit kemudian dia menoleh untuk melihat Qing Qing yang masih setia berdiri di situ. Rasa serba bersalah pula dia dalam hati. Tak penat ke Qing Qing berdiri lama tunggu dia?
"Urm..awak duduk la." tegur Zhong Yi.
Qing Qing tersenyum. "Terima kasih, Xie Shaoye."
Kemudiannya dia mengambil tempat duduk tidak jauh dari Zhong Yi. Suasana kembali sunyi. Boleh dikatakan Istana Mingzhuo agak aman. Ini kerana tak pernah berlaku sebarang konflik seperti di kediaman istana yang lain. Tapi itu adalah dari sudut pandangan orang lain. Tiada sesiapa tahu, kisah sebenarnya.
Seperti kediaman istana yang lain, setiap satunya mempunyai harem tersendiri. Cuma bezanya di Istana Mingzhuo, Putera Kelima tak ambil kisah dan sejak dulu Permaisuri Balu atau nendanya yang uruskan. Kini, Puteri Ru Ruo yang merupakan isteri sah XiHua yang mengambil alih.
Macam biasa, ada XiHua kisah?
Dari jauh, gadis-gadis yang sudah lama berada di Istana Mingzhuo memerhatikan kelibat Zhong Yi. Ada tiga orang semuanya tidak termasuk pembantu mereka. Tiga orang itu merupakan anak bangsawan yang telah terpilih sebagai calon isteri buat pemilik Istana Mingzhuo. Siapa lagi kalau bukan Putera Kelima?
"Itu ke lelaki yang dikatakan telah meracun fikiran Putera Kelima?" soal gadis berbaju hijau cair.
"Xie Shaoye. Sungguh tak sedar diri!" kutuk pula gadis berbaju merah jambu.
"Hmph! Ada hati nak memikat Putera Kelima. Sudah la lelaki. Kita tak akan menyerah kalah! Malulah kalau Kita kalah dengan lelaki murahan macam tu!" marah gadis berbaju biru pula.
Mereka bertiga menjeling ke arah Zhong Yi sebelum masing-masing mula merancang sesuatu. Sedang sibuk mereka berbual, Ru Ruo yang baru selesai menyiapkan rekod kewangan pada bulan itu keluar dari bilik bacaan. Dia meregangkan badannya yang terasa lenguh. Wen Chong pula sejak awal pagi lagi sudah keluar untuk menguruskan kes yang masih belum selesai bersama Putera Mahkota.
YOU ARE READING
Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)
Ficción histórica#A SIDE STORY, BEHIND THE SCENE siri tiga alam dunia. XiHua seorang loner yang tak ada kawan dan tinggal berasingan daripada keluarga. Setiap hari dia kerja, kerja dan kerja. Tak ada perkara lain untuk berseronok. Suatu hari semasa dia dalam perjal...