Kereta kuda yang dinaiki olehnya itu terhenti di separuh jalan dalam perjalanannya untuk ke istana. Wen Bai Cheng menjenguk dari tingkap yang telah disingkap kainnya. Tidak jauh dari situ, kelihatan seorang perempuan berpakain orang suruhan dan seorang..lelaki? sedang memilih manisan gerai makanan ringan. Lelaki yang sangat cantik pada pandangan mata Bai Cheng. Di Empayar Fenghua, dia tidak pernah melihat lelaki seelok itu rupa parasnya.
"Kau, pergi tanya tentang identiti lelaki tersebut dan orang suruhannya." arah Bai Cheng kepada lelaki yang menunggang kuda di sebelahnya. Lelaki itu merupakan antara salah seorang orang suruhan yang dibawa dari Empayar Fenghua bersama dengannya.
"Eh? Kenapa nak tahu tentang lelaki tu?~" saat itu, satu suara lunak dan menggoda seorang wanita kedengaran dari dalam kereta kuda Bai Cheng.
"Huh? Suka hati aku la." balasnya sambil menolak wanita yang cuba mencapai tubuh Wen Bai Cheng.
Lelaki itu memang begitu. Kalau dia suka, dia akan ambil dengan apa cara sekalipun. Kalau tak suka dan sudah bosan, dia akan buang. Apa guna menyimpan sesuatu yang sudah dia jemu? Wen Bai Cheng adalah jenis orang yang ikutkan kata hati dan perasaan. Semua yang membuatkan dia rasa seronok dan gembira, dia akan terima.
"Bai Cheng~" wanita itu mencuba sekali lagi untuk menggoda lelaki yang berpengaruh itu.
Namun Bai Cheng yang sudah jemu dengan wanita itu mengeluh. Dia menolak wanita itu dengan kasar supaya jauh daripadanya. Dia sudah memiliki tubuh wanita itu untuk satu malam. Satu malam yang membosankan. Boleh cakap yang dia sudah tidak berminat dan tidak suka pada wanita itu. Harap muka saja cantik tapi perangainya, sama saja macam perempuan lain. Gila kuasa dan harta.
"Keluar." arah Bai Cheng. Saat itu, orang suruhan Bai Cheng membuka pintu kereta kuda tersebut sebelum mengheret wanita itu keluar.
"Bai Cheng! Bai Cheng! Kau tak boleh buat aku macam ni! Lepas apa yang aku bagi.. Lelaki tak guna!!" wanita itu menjerit dan meronta namun mulutnya cepat saja ditekup oleh orang suruhan Bai Cheng.
"Hapuskan dia. Kalau dia sebarkan cerita tak elok, susah la nanti." arah Bai Cheng.
"Baik." orang suruhannya kemudian membawa wanita itu ke hujung jalan yang sunyi.
Kereta kuda yang dinaiki oleh Bai Cheng memulakan perjalanannya kembali untuk ke istana. Sedikit pun tidak ada sebarang masalah sepanjang perjalanannya kerana Bai Cheng telah memastikan orang suruhannya untuk melakukan yang terbaik bagi membuatkan perjalanannya tenang. Tidak lama selepas itu, dia tiba di pintu utama istana.
.
.
.
.
.
.
.XiHua yang langsung tidak bersiap sedia itu mula kelam kabut. Kenapa duta dari Empayar Fenghua itu datang lebih awal dari yang sepatutnya?! Masa yang dijanjikan adalah minggu hadapan. XiHua yang baru saja mahu keluar bagi mencari Zhong Yi terus tidak jadi. Mahu atau tidak, dia perlu menyambut kedatangan duta itu ke Istana Utama.
"Wen Chong, bawa Xie Shaoye dan Qing Qing pulang segera. Walau apa yang berlaku sekalipun, jangan benarkan Xie Shaoye keluar dari bilik Kita!" arah XiHua yang sudah tidak keruan sehingga tidak sedar akan arahannya yang kedengaran pelik.
"Baik.. Tuan XiHua." balas Wen Chong, sedikit rasa ragu namun cepat saja dia kembali serius.
Bawa pulang Qing Qing.. dan kurung Xie Shaoye dalam bilik Putera Kelima. Wen Chong mengangguk selepas fikirannya berjaya mentafsir arahan XiHua.
Tidak berjaya sama sekali!!!!
Kalau XiHua tahu Wen Chong dah salah anggap akan arahannya saat itu tentu saja dia akan berpatah balik dan mengetuk kepala anak muridnya yang lembab itu. Tapi saat itu XiHua telah pun berjalan ke arah pintu utama istana. Sebelum itu, sempat dia meninggalkan pesan untuk seseorang memanggil Putera Mahkota untuk turut serta.
YOU ARE READING
Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)
Historical Fiction#A SIDE STORY, BEHIND THE SCENE siri tiga alam dunia. XiHua seorang loner yang tak ada kawan dan tinggal berasingan daripada keluarga. Setiap hari dia kerja, kerja dan kerja. Tak ada perkara lain untuk berseronok. Suatu hari semasa dia dalam perjal...