5

1.1K 70 22
                                    

Setahun sebelum (Dunia Kayangan)

Beberapa minggu selepas Fu Hann Li menghilangkan diri kerana kematian Xynn Ri...

"Tianzi, apa yang Tianzi fikirkan?" soal DiHou YiFan.

"Haish.. Dewa Hann Li sekali lagi menghilang.. Eh, bukan! Bukan sekali.  Ni kali ke tiga."jawab Tianzi sambil menggelengkan kepala.

"Tianzi risaukan tentang Raja Hann Li? Dia dewa paling kuat, apa yang nak dirisaukan. Pandai la dia menjaga diri." balas DiHou YiFan.

Tianzi menggelengkan kepalanya. Jarinya mengurut dahi yang terasa pening. Dia bukan risau tentang tu. Dia risaukan perkara lain. Berkerut-kerut dahi milik Dewa itu.

"Wilayah Beku telah kembali. Apa yang Dewa Hann Li kurung disitu telah pun melepaskan dirinya. YiFan, Kami mahu kamu pergi siasat di sana.  Boleh?" cadang Tianzi.

Kali ini giliran YiFan pula yang berkerut.

"Tianzi, ada apa-apa ke?"

"YiFan, ada sesuatu yang kamu perlu tahu. Beberapa ratus ribu tahun yang lalu selepas tamat peperangan, Dewa dari Diyu telah mencuba untuk membunuh Dewa Hann Li. Dewa Hann Li hampir kehilangan ke semua kuasanya kalau bukan Kami yang selamatkan dia." keluh Tianzi.

"Sebab Kami berada di atas takhta sebagai Raja Tiga Alam Dunia kini adalah kerana perkara ni. Dewa Hann Li terhutang budi dengan Kami. Dewa Hann Li telah mengurung Dewa tersebut di dalam bilik kurungan Wilayah Beku. Kami risau jika Dewa ini membuat kacau lagi. Jika Dewa Hann Li sendiri tidak boleh membunuhnya, adakah YiFan fikir kamu atau dewa lain boleh?" sambung Tianzi lagi selepas itu.

DiHou YiFan mengangguk.

"Menurut perintah Tianzi. Kita akan siasat perkara ini." jawab YiFan.

Tidak lama selepas Dewa YiFan bertolak pergi meninggalkan kediamannya, seorang dewi datang ke situ.

"YiFan tiada?" soalnya untuk kepastian kepada orang bawahan di kediaman Dewa DiHou YiFan.

"Maaf Dewi Bunga. Dewa Pengadilan dan Hukuman telah berangkat untuk menjalankan tugas." jawab orang bawahan itu.

Dewi Bunga mengeluh. Lan YeHua betul-betul tak tahu apa yang perlu dia lakukan sekarang. Dia cuma ada dewa yang seorang itu sebagai pelindung yang sentiasa membantunya saat dia dalam kesusahan. Tapi kini YiFan telah bertolak pergi untuk menjalankan arahan dari Tianzi.

Dia memegang perutnya sambil tertunduk ke bawah.

"Dewi YeHua, Kita cadangkan Dewi pulang la dahulu. Bila Dewa Pengadilan pulang, Kita akan maklumkan tentang kedatangan Dewi ke sini." cadang orang bawahan tersebut selepas perasan riak wajah Dewi Bunga itu yang dalam kesusahan.

"Beritahu YiFan, walau apa pun yang berlaku selepas ini.. Kita sayangkan dia. Beritahu dia, untuk percayakan Kita.. Dan lagi satu.."

Orang bawahan itu masih menantikan sambungan dari YeHua.

"Tak apa la." akhirnya Lan YeHua berundur diri.

Dia bergegas untuk mencari tempat selamat bagi melindungi dirinya. Kali ini dia benar-benar berharap tidak akan ada sesuatu yang buruk berlaku.  DiHuo YiFan, dia berharap lelaki itu tidak akan membenci dirinya.

"Kau ingat kau boleh lari?" satu suara menegur.

YeHua menoleh. Terkejut. Kakinya berundur beberapa tapak kebelakang.

"Jangan dekat!" jerit YeHua.

Kenapa.. Kenapa lelaki ini masih mampu menjumpai dirinya walaupun dia telah bersembunyi?!

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Where stories live. Discover now