24

567 44 17
                                    

Melihat Zhong Yi yang tidak senang duduk itu, XiHua menyengetkan sedikit kepalanya sambil berpura-pura tidak faham. Dia memang sengaja tutup pintu bilik lelaki tu sebelum bersandar pada pintu tersebut. Jalan keluar Zhong Yi telah disekat olehnya. Kalau Zhong Yi nak keluar dari bilik, dia cuma mampu terjun dari tingkap.

Tapi mampu ke lelaki yang macam puteri ni melompat terjun dari tingkap tingkat satu? ( ̄Д ̄)┍

Hah.. XiHua ketawa menang dalam hati. Hujung bibirnya terjungkit sedikit. Senyumannya nampak sangat menawan dan menggoda. Walaupun orang tidak dapat melihat rupanya yang sebenar di sebalik topeng itu, tapi melihat bibir dan dagunya sahaja mereka dapat meneka betapa eloknya rupa paras milik XiHua.

_(:зゝ∠)_haish

Zhong Yi menelan liur. Dia berdiri berhadapan dengan XiHua dengan wajah yang masam mencuka.囧orz.

Bibirnya digigit perlahan dan tangannya digenggam erat disisi. Lelaki bertopeng ni asyik nak membuli dia saja kerjanya. Macam tak ada benda lain yang nak dibuat. Saat itu satu idea muncul dalam minda Zhong Yi.

"Awak ni tak ada kerja ke?" soal Zhong Yi sambil kali ini dia bersilang tangan, memeluk tubuh.

XiHua masih dengan senyumannya. "Ada." jawabnya ringkas.

"Kalau macam tu pergi la buat kerja." tegur Zhong Yi. Shuhh shuhhhh~ Matanya menghantar insyarat menghalau.

"Pfftt~ awak la kerja saya. Sebab tu saya ada dekat sini." XiHua menjuihkan bibirnya. Dia masih bersahaja sambil bersandar pada pintu. ARGH!! Gaya dia nampak sangat cool pada pandangan mata Zhong Yi sampai dia rasa macam nak muntah darah!

_:( 'ཀ'」∠):_

Kenapa dia tak pernah sekali pun menang bila berhadapan dengan lelaki bertopeng ni?! Zhong Yi nak protes! Hey, Author! Tulis cerita elok-elok sikit boleh tak?! (Author: Maaf, tapi tujuan cerita ni memang hanya untuk buat XiHua nampak hebat dan cool.)

Zhong Yi: *FLIP TABLE*

(╯°□°)╯︵ ┻━┻

"Apa yang awak fikir?" soal XiHua setelah lama dia perhatikan Zhong Yi. Lelaki di hadapannya itu nampak macam haiwan kecil yang langsung tak bahaya. Walaupun dia cuba tunjukkan taring dan kukunya pada XiHua, XiHua masih mampu jinakkan dia. Heh.. watak utama sentiasa menang sebab watak utama adalah kesayangan Author.

Zhong Yi mengeluh. Dia berpaling dan berjalan menuju ke arah katil sebelum duduk disitu. Gayanya sopan dan penuh etika. Buat XiHua rasa ragu-ragu dengan lelaki tersebut.

"Awak fikir apa?" sekali lagi XiHua menyoal. Hatinya rasa serabut apabila dia tidak dapat meneka tentang apa yang berada di dalam fikiran Zhong Yi. Dia tak boleh duduk dengan tenang. Kakinya melangkah ke arah katil, tidak lagi bersandar pada pintu bilik.

"Kenapa sibuk nak tahu?" Zhong Yi mengangkat sebelah kening. Eh, eh.. kenapa dia rasa macam dia boleh menang kali ni? Uhuhuu~ (Author: I'm just giving you a chance. Don't think too highly of yourself.)

Zhong Yi: *FLIP TABLE*

(╯°□°)╯︵ ┻━┻

Mata XiHua terkebil-kebil dari sebalik topeng yang dipakainya. Dia betul-betul rasa tercabar dengan gaya Zhong Yi yang nampak seperti bangga dengan diri sendiri. Buat XiHua rasa geram. Buat XiHua rasa nak jatuhkan lelaki tu sampai dia melutut dan mengaku yang XiHua lebih hebat. Biar dia merayu minta belas kasihan.(Author: Go! Go! Push him down.)

"Oh? Tadi masa dekat jambatan, apa yang awak tengok?" XiHua menukar soalannya.

"Suka hati la nak tengok apa pun. Awak sibuk kenapa?" bentak Zhong Yi dengan gaya acuh tak acuh saja melayan XiHua. Dia membetulkan pakaian yang dipakainya kerana tidak berani untuk bertentangan mata dengan XiHua. Sejak dua menjak ni lelaki bertopeng ni suka sangat mengacaunya.

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Where stories live. Discover now