XiHua yang sedang memandang Zhong Yi di atas katil itu tersenyum kecil. Dia duduk di atas kerusi bersebelahan katil. Wajah Zhong Yi yang sedang cuba untuk tidur itu mula berubah dan berkerut-kerut. Akhirnya Zhong Yi bangun dan duduk bersimpuh di atas katil sambil berhadapan dengan XiHua.
"Awak tengok apa?!" marah Zhong Yi.
"Ehehe.." XiHua tersengih.
"Hmph!" Zhong Yi mencebik sebelum menoleh ke arah lain. Tangannya disilang di dada. Masih marah tentang XiHua yang tidak menjawab soalannya sebelum ini. Macam biasa, XiHua akan berdolak dalih tentang topik tersebut.
"Xiao Yi~" panggil XiHua.
"Jangan cuba nak pujuk. Saya tak akan layan!" Zhong Yi masih berlagak kuat.
"Haish.. Bukan saya tak mahu jawab. Susah nak terangkan. Tengok ni." beritahu XiHua sambil mengeluarkan sesuatu dari dalam bajunya. Zhong Yi mencuri pandang XiHua yang sedang menyeluk ke dalam kolar baju. Seutas rantai ditarik keluar.
"Loket ni.." XiHua baru saja mahu memulakan cerita namun Zhong Yi cepat-cepat menoleh ke arah lain apabila XiHua memandangnya. XiHua tersengih.
"Loket ni, pemberian bonda pada saya. Bonda yang melahirkan saya." terang XiHua.
"Permaisuri Li JianSu?" Zhong Yi sedikit sebanyak kembali melihat ke arah XiHua.
"Bukan. Bukan Permaisuri Li JianSu." XiHua tersenyum.
Zhong Yi membulatkan matanya kerana terkejut. "Awak.. Bukan pewaris takhta?!"
XiHua mengangguk, mengiyakan perkara tersebut.
"Loket ni juga adalah sesuatu yang berharga. Sebab.." saat XiHua mahu menerangkan tentang kuasa loket tersebut, kata-katanya terhenti di separuh jalan.
"Sebab?---umph!" Zhong Yi yang mahu bertanya lantas ditekup mulutnya dengan tangan XiHua.
"Shh!!" XiHua menolak Zhong Yi ke atas katil.
"Ada orang di sekeliling kita." bisik XiHua. Dia lantas bangun dan mencapai pedangnya di atas meja dan berdiri di tepi pintu dengan belakangnya bersandar pada dinding. Dia menjenguk ke celah lubang yang ada pada pintu. Dilihatnya sekeliling dan dia mendapati mereka telah dikepung.
"Nampaknya kita dah dijumpai." bisik XiHua.
Zhong Yi lantas bangun dari atas katil dan mendekati XiHua. Langkahnya perlahan dan penuh berhati-hati. Lengan baju XiHua dipegang. Riak wajah risau jelas kelihatan.
"Tunggu sini. Jangan keluar. Dari langkah mereka, kira-kira ada enam orang. Mungkin perompak jalanan." beritahu XiHua. Rumah usang yang mereka duduk ini mungkin sarang operasi mereka pada asalnya. Tapi kini perang sudah pun tamat dan mereka mencari tempat untuk berlindung.
"XiHua.." Zhong Yi entah mengapa tidak sedap hati. Dia tahu dirinya pembawa malang namun dia tidak mahu apa-apa terjadi pada XiHua.
"Shh.. Awak tunggu sini." XiHua meyakinkannya sebelum keluar dari rumah kayu tersebut.
Zhong Yi bersembunyi di belakang pintu. Arnab jagaannya diambil dan dipeluk sebagai pemberi semangat. Bunyi pedang berlanggaran kedengaran dan dari situ dia tahu pertempuran sudah bermula. XiHua sedaya upaya menahan perompak yang datang menyerang daripada mendekati rumah tersebut kerana ada Zhong Yi di dalamnya.
"Satu."
"Dua."
"Tiga."
XiHua mengira setiap kali dia menumpaskan pihak lawan.
"Empat."
"Lima."
Seorang saja lagi. Sedang dia sibuk dengan musuh di hadapan, dia mendengar jeritan Zhong Yi. Jantung XiHua berdegup laju saat dia menoleh. Tujuh! Ada tujuh orang sebenarnya perompak tersebut. XiHua dah salah kira!
YOU ARE READING
Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)
Historical Fiction#A SIDE STORY, BEHIND THE SCENE siri tiga alam dunia. XiHua seorang loner yang tak ada kawan dan tinggal berasingan daripada keluarga. Setiap hari dia kerja, kerja dan kerja. Tak ada perkara lain untuk berseronok. Suatu hari semasa dia dalam perjal...