44

475 48 15
                                    

Imbas Kembali

Zhou Wei Yan, seorang perempuan yang sangat anggun dalam setiap perkara yang dia lakukan. Gadis yang berasal dari Empayar Fenghua itu digilai oleh ramai lelaki, terutama Loo Guang Ji. Saat itu dia masih cuma seorang tentera biasa tanpa sebarang pangkat. Zhou Wei Yan pula merupakan anak pembesar di salah satu wilayah Empayar Fenghua.

Pangkat.

Perkara yang telah memisahkan mereka berdua. Pada tahun berikutnya, dikatakan Putera Mahkota Empayar Haoxia, Mu YuCheng akan datang melawat ke wilayah mereka. Hubungan persahabatan antara dua Empayar bakal dikukuhkan dengan lawatan tersebut.

Zhou Wei Yan masih muda. Begitu juga dengan Putera Mahkota, Mu YuCheng. Saat pertama kali mereka bertemu, mereka telah jatuh cinta pandang pertama. Mu YuCheng telah menyatakan hasrat hati mahu memperisterikan Zhou Wei Yan. Sebagai Putera Mahkota, dia boleh mempunyai ramai perempuan namun cuma mempunyai seorang isteri yang sah.

Zhou Wei Yan sangat bertuah. Dia kemudiannya ditabal sebagai Puteri Mahkota Empayar Haoxia. Hubungan dua empayar ini semakin rapat selepas perkahwinan mereka. Cinta pertama Mu YuCheng.

Kehidupan mereka sangat bahagia sehingga ramai yang menjadikan mereka sebagai sumber inspirasi lukisan dan seni. Dua mempelai yang mempunyai kisah cinta paling agung. Namun bahagia itu tidak lama apabila Maharaja jatuh gering dan mangkat.

Mu YuCheng ditabalkan sebagai Maharaja dan tempat permaisuri masih kosong. Mu YuCheng mahu menjadikan Zhou Wei Yan sebagai permaisuri namun tidak mendapat sokongan pembesar istana. Ini kerana Zhou Wei Yan berasal dari Empayar Fenghua dan tidak mempunyai kuasa besar di Empayar Haoxia.

Maharani Yi kemudiannya telah mengahwinkan Mu YuCheng dengan Yi FengJi dan diberi gelaran Noble Consort. Pembesar istana mahu menjadikan Yi FengJi sebagai permaisuri namun tidak lama selepas itu berita mengenai Zhou Wei Yan mengandung tersebar.

Maharaja Mu sangat gembira. Ini kerana jika Zhou Wei Yan melahirkan anak lelaki, dia boleh ditabalkan sebagai permaisuri. Maharaja Mu boleh menutup mulut semua pembesar istana dengan hakikat tersebut. Tidak ada perkara yang boleh menghalang impiannya tercapai.

Tapi cemburu seorang perempuan tidak boleh dipandang rendah. Maharaja Mu lupa hakikat bahawa dirinya tidak mungkin boleh setia pada yang satu. Dia adalah Maharaja. Dirinya bercinta dengan ramai perempuan. Yi FengJi yang telah diabaikan itu mula merancang untuk menyingkirkan Zhou Wei Yan.

Dalam diam, dia telah berbuat baik pada Zhou Wei Yan. Zhou Wei Yan yang tidak pernah merasai dengki orang lain langsung tidak perasan akan kepura-puraan Yi FengJi. Bagi Zhou Wei Yan, Yi FengJi merupakan kawan baiknya di istana. Maharaja Mu pula sangat gembira apabila mendapat tahu hubungan baik mereka berdua.

Tiada siapa yang dapat lihat penipuan tersebut. Semua orang percaya akan lakonan Yi FengJi. Dia yang dikatakan seperti adik-beradik kepada Zhou Wei Yan. Sangat rapat. Tapi di belakang, Yi FengJi telah meracun Zhou Wei Yan sedikit demi sedikit semasa dia mengandung.

Akibatnya, selepas sembilan bulan sepuluh hari, bayi yang dilahirkan Zhou Wei Yan cacat. Bayi lelaki yang dinamakan sebagai Mu XiLian. Disebabkan itu, Zhou Wei Yan tidak dapat ditabalkan menjadi permaisuri. Rancangan Maharaja Mu musnah berkecai. Mu YuCheng kecewa.

Putera Pertama Mu XiLian dikatakan mempunyai masalah mental. Semasa putera itu berumur 5 tahun, dia masih belum mampu untuk bercakap. Malah, Putera Pertama itu juga mempunyai masalah apabila bertemu orang yang tidak dikenali. Dia akan bertindak agresif. Semuanya kerana 'racun' yang telah diberi oleh Yi FengJi.

Beberapa bulan kemudian, Yi FengJi disahkan hamil. Kedudukannya kini tidak boleh digugat oleh sesiapa pun. Tempatnya sebagai permaisuri sudah terbentang luas di hadapan mata. Walaupun begitu, satu perkara yang dia tak mungkin dapat adalah cinta dari Maharaja Mu. Lelaki itu terlalu cintakan Zhou Wei Yan.

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Where stories live. Discover now