Abang paling baik
XiHua yang baru saja pulang ke Istana Mingzhuo merasakan bagai nyawanya melayang dari tubuh saat melihat orang yang sedang duduk di atas katilnya itu.
XiHua: "........"
Masing-masing tidak bersuara. Tapi XiHua tahu dia telah tertangkap. Cis..
"Tuan XiHua dari mana?" soal Wen Chong. Wajahnya boleh dikatakan agak muram saat itu.
"Flower House." jawab XiHua, jujur. Lagipun dah kantoi dia keluar diam-diam. Beritahu je la.. Kan??
Wen Chong mengelipkan matanya beberapa kali sebelum kembali menyoal perkara yang sama.
"Tuan dari mana?"
XiHua mengeluh.
"Flower House." balasnya dengan nada mendatar tak ada perasaan.
Saat itu, Wen Chong menelan liur. Dia tak salah dengar. Putera Kelima baru saja curi keluar dan balik tengah malam dari Flower House aka rumah pelacuran.
XiHua: "........."
Wen Chong: ".........."
XiHua kemudiannya membuka jubah luarnya dan menggantungkan ke atas sebatang kayu di tepi pintu. Topeng wajahnya dibuka menampakkan kain balutan yang membalut seluruh wajahnya. Cuma mata dan sedikit ruang di hidung untuknya bernafas saja yang kelihatan.
"Haish.."
XiHua menoleh ke arah Wen Chong apabila terdengar keluhan yang agak kuat dari mulut lelaki itu.
"Apa?" soal XiHua.
"Kalau Tuan suka sangat dengan perempuan, kenapa tolak lamaran nenda untuk kahwinkan Tuan dengan puteri-puteri semua tu sebelum ni?" Wen Chong menyoal.
Baru saja XiHua nak buka mulut untuk menjawab soalannya, Wen Chong menyambung lagi.
"Tuan kena ingat, Tuan XiHua adalah Putera Kelima. Dari cari perempuan di rumah pelacuran, kenapa tak minta saja? Nenda pasti akan bawakan perempuan yang lebih baik dari yang ada di Flower House tu."
Giliran XiHua menelan liur. Kenapa dia rasa macam kena bebel ni? Tak cukup dengan tu, dia kena bebel dengan budak kecil yang dia jaga ni? Huh? Oi, oi.. This old woman doesn't like another woman. She likes man.
Salah faham apakah ini semua?
"Tuan XiHua, lepas ni jangan buat macam ni. Putera Mahkota XiYue datang cari Tuan tadi tapi Tuan XiHua tak ada di Istana Mingzhuo." Wen Chong masih meneruskan bicaranya.
Apabila nama XiYue disebut, XiHua pantas memotong percakapan Wen Chong.
"XiYue datang?!" dia menyoal.
"Un." Wen Chong mengangguk.
"Habis, kau beritahu apa pada XiYue?" XiHua menyoal lagi.
Wen Chong mengerutkan dahi sambil menggeleng. Dah kenapa dengan Putera Kelima ni? Kelam kabut semacam. Belum sempat Wen Chong bersuara, dia sudah pantas berlari keluar dari bilik. Terlupa yang dia hanya memakai baju nipis berwarna putih sehelai, tanpa topeng wajahnya.
"XiYue!" jerit XiHua saat menceroboh masuk ke dalam Istana Haomei, milik Mu XiYue.
XiYue yang sedang menukar pakaian untuk tidur, terkejut. Dia hanya menyarungkan sehelai baju nipis untuk tidur. Wajahnya dipaling ke arah pintu.
"Adikanda XiHua?" matanya berkelip-kelip. Sudah tengah malam, apa yang adiknya ini buat?
"Ahh..." XiHua terdiam. Sekarang apa? XiYue cari dia siang tadi tapi dia yang tak ada. Sekarang dah tengah malam, dia menceroboh bilik abangnya itu pula.
YOU ARE READING
Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)
Historical Fiction#A SIDE STORY, BEHIND THE SCENE siri tiga alam dunia. XiHua seorang loner yang tak ada kawan dan tinggal berasingan daripada keluarga. Setiap hari dia kerja, kerja dan kerja. Tak ada perkara lain untuk berseronok. Suatu hari semasa dia dalam perjal...