14

636 51 57
                                    

Membuli

XiHua menyembunyikan pakaian biasa yang dibawa bersama sebelum dia mencuri keluar dari istana. Masih tak serik lagi gayanya. Berjaya saja dia keluar dari Istana, terus dia melangkah ke arah bandar. Masa untuk membuang masa! Hahaha~

Jalan di sepanjang kawasan bandar penuh dengan gerai-gerai sama seperti semalam saat dia keluar. Disebabkan kes kecurian semalam, dia tak dapat merasa semua makanan di gerai tepi jalan tu lagi. Jadi dia perlu tebus semula masa yang terlepas semalam.

Sedang dia sibuk mencuba beberapa manisan yang dibeli, kedengaran suara beberapa orang yang agak kecoh. XiHua melihat ke arah tengah jalan di antara persimpangan empat. Ada beberapa orang lelaki sedang bergaduh. Lantas dia mendekati kawasan tempat orang ramai mula berkumpul.

Apa lagi? Semestinya untuk turut melihat pertunjukan jalanan tersebut. Bukan senang nak tengok orang bergaduh besar-besaran macam ni. Saat orang ramai bersorak, XiHua turut sama bersorak. Terhibur. Namun tidak lama selepas itu, beberapa pengawal dari istana dihantar untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Orang ramai mula bersurai termasuklah XiHua.

Dia yang baru nak menoleh, terlanggar seseorang.

"Kyah!" suara seorang gadis menjerit kerana terkejut membuatkan pandangan mata orang ramai terarah kepada XiHua.

XiHua terkaku di tempat dia berdiri. Matanya ditunduk ke arah seorang perempuan yang kini telah jatuh terduduk di atas jalan. Dari pakaiannya yang dibuat dari kain berkualiti, XiHua dapat agak yang dia merupakan anak bangsawan yang kaya. Lagipun, perhiasan di atas rambutnya saja sudah menunjukkan status si gadis.

"Kurang ajar! Kamu tak tahu ke siapa yang dah kamu langgar?!" seorang lagi perempuan berpakaian seperti pembantu rumah, menuding jari ke arah XiHua.

XiHua membuat bunyi dengan lidahnya bagi menunjukkan bahawa dia malas mahu melayan.

"Tch!"

"Hah! Tak ada adab!"

Perempuan yang tadinya terjatuh kini dibantu oleh pembantunya untuk bangun. Dia mengibaskan pakaiannya yang berdebu. Pembantu rumahnya pula sibuk menjeling XiHua.

"Maaf." ujar XiHua sepatah sebelum berpaling untuk pergi. Tolong la dia tak ada masa nak layan drama wanita dekat tengah jalan. Lagipun salah perempuan tu sebab berdiri belakang dia dengan terlalu dekat. Jadi kalau XiHua terlanggar dia pun nak buat macam mana.

"Nanti!" jerit perempuan kaya tadi.

"Puteri, jangan layan lelaki biadap ni." pembantunya pula sibuk menarik lengan si gadis supaya tidak mendekati XiHua.

Namun begitu, dia masih berjaya melepaskan diri dari pegangan pembantunya seraya berlari mengejar XiHua. Lengan XiHua ditarik olehnya dari belakang menyebabkan langkah XiHua terhenti. XiHua memandang perempuan tersebut tanpa perasaan. Topi jerami dengan kain kerudung yang dipakai oleh si gadis dibuka dan saat itu seluruh tubuh XiHua keras dan kaku.

Cis.. patut la perempuan ni sedaya upaya kejar dia.

"Putera Kelima.." tegurnya dengan suara yang lembut. Wajahnya nampak gembira.

Urgh.. XiHua memusingkan bebola matanya di sebalik topeng wajah yang dipakai. Tak guna. Dia dah ucap maaf dekat perempuan ni. Tidak!!

"Awak salah orang." ujar XiHua.

Saat itu wajah perempuan tersebut bertukar sayu. "Tidak. Kita kenal topeng wajah itu. Kita yang hadiahkan pada Mika. Mika lupa?" soalnya, cuba mengorek rahsia.

"Topeng macam ni ada banyak dijual. Saya tak kenal awak." sekali lagi XiHua menafikan. Cis, macam mana dia boleh lupa topeng yang dia pakai ni dihadiahkan oleh perempuan ni 10 tahun lepas. Siapa je ingat benda 10 tahun lepas hah?! Ada banyak lagi benda lain yang XiHua nak kena ingat.

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Where stories live. Discover now