63

440 34 22
                                    

XiChen mengeluh. Perkara yang paling menyusahkan adalah rampasan kuasa. Dia yang malas masuk campur terus melarikan diri dan keluar dari dewa majlis saat semua orang sedang sibuk dengan apa yang berlaku. Saat-saat macam ni, lebih baik dia selamatkan diri sendiri dulu.

Sedang dia mempercepatkan langkah untuk pulang, dia ditahan oleh seseorang yang berpakaian serba hitam.

"Ah, kau dah sampai. Bawa Kita balik ke Istana sekarang." arah XiChen kepada orang tersebut yang dikenalinya.

Namun saat dia berpaling untuk pergi, dia merasakan akan belakangnya yang tiba-tiba kebas. Sesaat kemudian, rasa sakit mula merebak ke seluruh tubuh. XiChen rebah ke atas tanah dan lopak darah mula terbentuk. Mata XiChen memandang kaki yang berjalan semakin jauh daripadanya sebelum matanya perlahan-lahan tertutup. Belakangnya telah robek dengan garisan yang terbentuk dari bilah pedang. Darah semakin membasahi tanah tempat dia terbaring. Malam yang gelap menyebabkan tidak ada satu nyawa pun yang menyedari akan perkara pelik itu.

Kalau ada perkara yang XiChen menyesal, dia cuma menyesal kerana orang dia percaya itu adalah pembunuhnya. Di lain kehidupan, dia tidak patut mempercayai sesiapa pun. Sejak awal, dia tidak patut percaya pada orang lain. Percaya dan kemudiannya dikhianati adalah perkara yang sangat menyakitkan. Lebih sakit dari luka di belakangnya. Lebih sakit dari nyawanya yang semakin terpisah dari jasad.

.
.
.
.
.
.

"Oh! Lihat, lihat, lihat!" Bing Huang nampak teruja sambil melihat ke arah jasad kaku yang terbaring tidak jauh dari tempat atas bumbung dia melepak.

"Tuan Bing Huang.." pembantu Yao nya menggelengkan kepala sambil mengurut dahi.

"Ahaha! Lemah! Manusia memang lemah!" kutuk Bing Huang sambil ketawa terbahak-bahak. Seronok dia apabila melihat kekecohan yang berlaku. Dia berharap akan lebih ramai yang mati.

"Sui Yao (water demon), cepat pergi tengok apa yang terjadi." arah Bing Huang selepas dia berhenti ketawa.

"Hahh.." Sui Yao memusingkan bebola matanya namun masih tetap melakukan tugas yang disuruh.

Dia pergi untuk melihat apa yang telah berlaku di dalam dewan majlis. Saat kehadirannya, tidak ada sesiapa pun boleh melihatnya. Umpama tidak wujud, macam bayang-bayang. Dia ada namun seorang pun tidak sedar. Sambil bersandar di tepi dinding, dia memerhatikan keadaan sekeliling.

"XiHua? Apa yang adikanda cakap ni?" soal XiYue dengan senyuman hambar.

XiHua ketawa sekali lagi. "Macam yang kau cakap, kalau Maharaja mangkat atau Maharaja tak mangkat..kau boleh saja naik takhta. Sama la macam aku. Tapi, kalau Maharaja mangkat lagi senang untuk aku rampas takhta kau."

Saat itu, sekumpulan lelaki berpakaian hitam menyerbu ke dalam dewan majlis dengan senjata di tangan. Jeritan demi jeritan para tetamu mula kedengaran. Pertumpahan darah mula berlaku. Lain dari apa yang dirancang namun semuanya setakat ini berlaku dengan mudah ke arah yang dia mahukan. Penghujung yang dia inginkan semakin tiba.

Zhong Yi yang memerhati sejak tadi ditarik oleh pengawal yang menahannya dan ditolak ke tepi dinding sebelum diikat tangannya dengan rantai besi.

"XiHua!" wajah XiYue berubah. Sungguh tidak sangka akan pertumpahan darah yang telah berlaku. Bukan ini yang dia mahukan.

XiHua menggelengkan kepalanya. Dia berpaling untuk menuju ke arah singgahsana maharaja. Orang di sekelilingnya berlawan antara satu sama lain. Suasana kecoh dan kelam kabut. XiYue menarik pedangnya dan berlari ke arah XiHua. Sebelum sempat pedang itu mengenai XiHua, XiHua terlebih dahulu menahan dengan pedangnya. Masing-masing mula berlawan. Bunyi besi berlanggaran antara satu sama lain membingitkan telinga.

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Where stories live. Discover now