21

585 47 20
                                    

Sambil dia duduk, tangannya bergerak mengipas diri sendiri dengan kipas tangan. Kipas yang diperbuat dari kertas tebal dan berkualiti itu kelihatan sangat menarik terutama lukisan yang dilukis sebagai hiasan di atasnya.

Orang bawahannya yang setia berdiri di tepi itu pula hanya mampu mengerling ke arah kipas tangan tadi. Lukisan pada kipas itu dilukis oleh artis terkenal di Wilayah Haoxia. Kalau dijual, duit yang dia boleh dapat mampu menampung hidupnya selama lebih kurang 6 tahun.

Hmph! Orang kaya memang suka membazir duit. Orang bawahan itu mengutuk majikannya di dalam hati. Tapi dia kutuk macam mana pun, orang di tepinya itu juga la yang merupakan sumber pendapatannya. Nak tak nak kena juga layan.

Tidak lama selepas itu, seorang perempuan yang merupakan orang gaji di Istana Baitang, datang membawa sedulang minuman.

"Hm.. Jadi?" soal lelaki yang sejak tadi bermain dengan kipas di tangannya. Sekejap dilipat, sekejap dibuka semula.

"Dengar cerita ada kekecohan di bandar tadi. Seorang lelaki bertopeng dengan sekumpulan pahlawan bergaduh." cerita orang gaji itu sambil tangannya sibuk menghidangkan minuman yang dibawanya tadi.

"Oh? Lelaki bertopeng lagi? Sejak akhir-akhir ni dia terkenal betul." lelaki itu tersenyum.

Pap! Kipas tadi kembali dilipat dan lelaki itu bangun.

"Putera Kedua nak ke mana?" soal orang gaji itu kerana terkejut si lelaki tiba-tiba bangun dari tempat duduk.

"Rindu pula dengan seseorang ni. Kebetulan, dia pun 'lelaki bertopeng' juga." balas si dia sebelum berlalu pergi.

Minuman yang telah dihidang sedikit pun tak disentuh. Orang bawahan yang setia mengekori Putera Kedua itu menjeling orang gaji tadi sebelum laju kaki melangkah pergi. Hmph! Dasar orang kaya membazir. Mentang-mentang la putera raja.

Mu XiChen berjalan ke Istana Mingzhuo. Sampai saja di pagar utama istana itu, pengawal istana yang menjaga pagar menahan Mu XiChen.

"Hm? Kenapa? Melawat adik sendiri pun tak boleh?" perli XiChen.

"Ampun, Tuanku Putera Kedua. Kami telah menerima arahan yang Putera Kelima tak mahukan pelawat pada hari ini. Jadi sila pulang. Kami hanya mengikut arahan." pengawal tadi menjawab dengan sopan namun tegas.

XiChen tersenyum.

"Oh? Adikanda XiHua tak mahukan pelawat? Kenapa? Putera Kelima tak sihat ke?" dia menyoal lagi.

Saat itu, pintu pagar utama Istana Mingzhuo dibuka dari dalam. Wen Chong keluar bagi menghadap Putera Kedua.

"Putera Kedua." dia bersuara sambil memberikan XiChen tunduk hormat.

"Wen Chong? Hah!" XiChen ketawa hambar.

"Putera XiHua tidak sihat. Kedatangan Putera Kedua pada waktu yang tidak sesuai. Putera XiHua telah menghantar Wen Chong untuk meminta maaf." ujarnya dengan lancar seolah-olah sudah biasa menipu dan menghalau tetamu dari pagar Istana Mingzhuo.

Dalam hati Wen Chong menyumpah seranah Putera Kelima kerana asyik menyusahkannya. Asyik mencampakkan segala masalah ke atas kepalanya. Walaupun dia terhutang budi pada XiHua kerana telah mengambilnya sebagai anak angkat, mengajarnya berlawan, menjaganya sejak kecil...

Wen Chong tetap nak merungut. Bila XiHua balik nanti, siaplah dia. Wen Chong nak membebel.

XiChen masih tersenyum namun kali ini senyumannya sinis. "Sebelum ni kalian menghalau permaisuri yang mahu melawat. Lepas tu maharaja. Sekarang Kita nak melawat pun kena halau? Sakit apa yang teruk sangat sampai tak boleh melawat?"

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Where stories live. Discover now