XiHua membuka matanya. Dunia yang gelap tanpa cahaya namun dia dapat melihat dengan jelas orang yang berada di hadapannya.
"Dewa Agung Fu Hann Li." tegur XiHua.
"Masa kau dah tamat." beritahu Hann Li.
"Masa?" XiHua masih keliru.
"Pulang la. XiHua, Dewi Bunga yang baru." Hann Li mendekati XiHua lalu menyentuh dahinya. Satu cahaya kecil menyelinap masuk ke dalam fikiran XiHua.
Memori.
"Argh!!" XiHua meraung. Kepalanya sakit akibat ke semua memori yang datang menerjah secara tiba-tiba. Selpas satu, satu lagi memori dia teringat. Dari kecil hingga dia dewasa. Dari mana Dewi Bunga Ye Hua melahirkan dia, sehinggalah dia terpisah dua. Bayi kecil yang terkapai-kapai mahu mendapatkan ibunya.
Air mata XiHua mengalir. Dia menangis tersedu-sedu.
"Bonda.. Bonda.." panggil XiHua.
Selama ini, dia dan Mu XiHua yang difikirnya berbeza adalah orang yang sama. Mereka adalah orang yang sama. Roh mereka terpisah menjadi dua kerana tekadnya yang kuat mahu mencari cebisan Dewi Bunga yang hancur dalam lohong awan. Dia sejak awal adalah anak Dewi Bunga.
"Bonda.. Maafkan XiHua.. Bonda.. XiHua dah lupakan bonda.." XiHua meraung macam budak kecil.
Hann Li yang melihat dari tepi hanya mampu mengeluh.
Selepas itu, memori tentang lelaki bernama Zhong Yi pula datang menerjah. Semakin deras air mata XiHua mengalir. Dia memegang kepalanya yang terasa sakit. Sebelah lagi tangan memegang dada yang sesak dan tidak mampu bernafas. Sakit. Seluruh tubuhnya sakit.
"Xiao Yi.." panggil XiHua namun sesaat kemudian, dunianya berubah.
XiHua kini berada di satu kawasan luas yang penuh dengan bunga. Tempat sama yang pernah YiFan bawa dia sebelum ini.
"Ah, jadi tempat ini di Kayangan." bisik XiHua.
Dia memandang sekeliling. Tidak jauh darinya, ada sepohon pokok. Daunnya serta bunganya berwarna emas. Seorang lelaki berambut putih berdiri di bawah pokok tersebut.
"Pernah dengar tentang tiga alam dunia?" soal lelaki itu.
XiHua menggeleng.
"Dunia Manusia, Dunia Kayangan dan Dunia Kegelapan. Dunia Manusia ada tiga lapisan. Lapisan Bawah, Lapisan Tengah dan Lapisan Atas. Setiap satunya ada aliran waktu yang berbeza." cerita lelaki tersebut.
XiHua hanya mendengar.
"Namun disebabkan satu kesilapan yang dilakukan Dunia Kayangan dan Dunia Kegelapan, tiga alam dunia ini musnah." sambung lelaki itu.
"Musnah? Apa berlaku selepas itu?" XiHua yang mula berminat untuk tahu, menyoal.
"Selepas beratus tahun, aliran tenaga kembali bersatu selepas dunia dimusnahkan dan dunia yang baru mula wujud. Kehidupan mula terbentuk dari sisa aliran tenaga tersebut." terangnya dengan lebih lanjut.
"......" XiHua kembali terdiam.
"Kesilapan kali kedua yang dilakukan Dunia Kayangan dan Dunia Kegelapan hampir memusnah tiga alam dunia ini buat kali kedua. Bermulanya di Wilayah Beku yang disumpah. Namun mujurlah berjaya diselamatkan." lelaki itu nampaknya masih mahu bercerita.
"Kesilapan kedua.. Apa kesilapan yang mereka buat sebenarnya?" soal XiHua selepas itu.
"Memisahkan dunia mereka." jawab lelaki itu.
XiHua menarik nafas dalam. Entah kenapa, dia rasa sesuatu yang pelik apabila bercakap dengan lelaki tersebut. Sesaat kemudian, lelaki itu hilang begitu saja dan pokok itu bergoyang apabila angin bertiup. XiHua kembali terdiam. Sisa air matanya sudah kering.
YOU ARE READING
Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)
Historical Fiction#A SIDE STORY, BEHIND THE SCENE siri tiga alam dunia. XiHua seorang loner yang tak ada kawan dan tinggal berasingan daripada keluarga. Setiap hari dia kerja, kerja dan kerja. Tak ada perkara lain untuk berseronok. Suatu hari semasa dia dalam perjal...