Zhe Yuan Di memandang Lu Feng tanpa sebarang perasaan. Wajahnya tenang tanpa sebarang riak. General itu memang sudah dikenali sebagai manusia tak berperasaan. Mungkin kerana telah banyak kali melihat orang mati di medan perang menyebabkan dia jadi begitu. Sejak kecil pun dia seorang yang tak banyak bercakap.
Mata Lu Feng bertentang dengan sepupunya yang seorang itu. Cuma lelaki itu, orang yang paling dia tak mahu jumpa. Bukan apa, sejak kecil sampai sekarang dia tak pernah sekali pun menang kalau berlawan dengan Yuan Di. Seolah-olah semua kelemahannya dapat dilihat oleh lelaki itu. Antara sebab mengapa Lu Feng mahu menjadi seorang general.
Dia mahu mengejar langkah lelaki itu yang sentiasa laju meninggalkannya dibelakang. Sakit hati? Entah. Lu Feng pasti dia tak suka lelaki itu. Perasaannya pada Yuan Di terlalu rumit. Beberapa saat selepas itu, Lu Feng melarikan pandangan matanya. Tak sanggup dia untuk terus merenung sepupunya itu.
Klak!
Pintu penjara dibuka. Lu Feng sekali lagi menoleh ke arah Yuan Di. General itu tak bercakap apa-apa tapi dari pandangan matanya Lu Feng faham yang lelaki itu mahu dia keluar dari situ. Dengan mudah Lu Feng mengikuti arahan si general yang langsung tak membuka mulutnya. Saat kaki Lu Feng melangkah keluar dari penjara, dia rasa macam nak hantuk kepala pada dinding.
Baru dia sedar sesuatu. Kenapa dia ikut arahan Yuan Di?! Lagi satu, sepupunya itu tak cakap apa-apa pun tapi Lu Feng tetap ikut apa yang Yuan Di mahu dia lakukan?! Bodoh, bodoh, bodoh, lembab, lembab, lembab!!!
Sedang dia sibuk berfikir, Yuan Di mendekati Lu Feng dan menarik tangan sepupunya itu dan diheret keluar dari penjara bawah tanah tersebut. Lu Feng memerhati keadaan sekeliling. Tiba-tiba pelik apabila dia perasan yang tak ada seorang pun pengawal disitu. Lagi satu, kenapa Yuan Di bawa dia keluar dari penjara?
Lu Feng nak tahu tapi dia tak nak bercakap dengan Yuan Di. Jadi dia tahan saja perasaan ingin tahu dia. Wajah Lu Feng masam mencuka sepanjang perjalanan. Dibiar saja dirinya diheret oleh Yuan Di kesana dan kesini. Akhirnya mereka berdua tiba di sebuah kediaman yang agak besar. Dahi Lu Feng berkerut sedikit.
"Selamat pulang, Tuan General." tegur seorang lelaki separuh umur yang menanti di hadapan pintu kediaman.
Lu Feng dan Yuan Di yang baru turun dari kereta kuda itu disambut oleh beberapa orang pembantu rumah. Yuan Di hanya mengangguk kepada lelaki separuh umur itu.
"Tuan General..ini.." lelaki itu menyoal sambil menunjuk ke arah Lu Feng.
"Tetamu. Layan dia dengan baik." balas Yuan Di sebelum sekali lagi memegang tangan Lu Feng dan diheret masuk ke dalam.
Sampai saja di dalam bilik, Lu Feng terdiam. Dia memandang Yuan Di, meminta penjelasan. Wajah sepupunya itu memang sukar untuk dibaca.
"Perintah Maharaja, aku keluarkan kau dari penjara dan jatuhkan hukuman. Hukuman kau.. Perintah berkurung dalam ni. Tanpa kebenaran aku, kau tak boleh keluar dari sini." ujar Yuan Di.
"Hah?!" Lu Feng terkejut. Matanya membulat. Gila ke? Apa Yuan Di ingat dia ni haiwan peliharaan ke?!
Yuan Di: "........"
Lu Feng menggigit bibir. Tangannya digenggam erat. Kena kurung dalam kediaman Yuan Di?! Hah..
"Sampai bila?" akhirnya Lu Feng meregangkan tangannya yang digenggam erat tadi dan menyoal.
"Sampai aku rasa nak lepaskan kau." balas Yuan Di dengan selamba sebelum keluar dari bilik dan menutup pintu.
"Hah?! Oi! Oi! Apa maksud kau?!" Lu Feng cuba mengejar namun dia mendapati pintu telah dikunci dari luar. Pintu itu mula diketuk olehnya dari dalam dan ditendang namun akhirnya Lu Feng mengalah dan berjalan ke arah katil sebelum berbaring.
YOU ARE READING
Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)
Ficção Histórica#A SIDE STORY, BEHIND THE SCENE siri tiga alam dunia. XiHua seorang loner yang tak ada kawan dan tinggal berasingan daripada keluarga. Setiap hari dia kerja, kerja dan kerja. Tak ada perkara lain untuk berseronok. Suatu hari semasa dia dalam perjal...