"Mei Mei!" Ru Ruo berlari ke arah Mei Mei sebelum memeluk kawan baiknya itu.
"Ru Ruo~" Mei Mei membalas pelukan Ru Ruo.
Mereka berdua duduk di meja gazebo. Pembantu Mei Mei lantas menyediakan snek dan minuman buat mereka berdua.
"Mei Mei, Mika tak tahu apa yang dah jadi sepanjang bulan ni. Sob..sob.." mata Ru Ruo mula bergenang dengan air mata.
Mei Mei memandang Ru Ruo dengan pandangan sayu. Tangannya mengusap belakang Ru Ruo, cuba menenangkan kawannya yang seorang itu. Dia tahu yang Ru Ruo telah dikahwinkan dengan Putera Kelima. Sebab tu juga Mei Mei telah pun berputus asa. Lagipun Putera kelima si hati batu tu! Tak pandai jaga hati perempuan langsung! Mei Mei sendiri tak pasti macam mana dia boleh jatuh hati dengan lelaki pelik tu sebelum ni.
Nasib saja Mei Mei kini telah berputus asa dan cuba untuk mula mencari cinta yang baru. Kini dia cuma ada XiYue pada pandangan matanya. Macam masa dia kecil dulu. Lagipun dia dan XiYue memang dah bertunang. Bila kahwin nanti lelaki tu akan jadi suami dia juga. Jadi Mei Mei dah berputus asa nak mencari. Dah ada depan mata nak buat apa cari?
"Mei Mei~" Ru Ruo mencebik. "Lelaki tak guna tu! Dia tak pernah pun sentuh Kita. Datang jumpa pun tak pernah. Sekarang ni dia menghilangkan diri pula. Tak tahu ke Istana sekarang dah bergolak sebab apa yang berlaku pada Permaisuri Li JianSu? Putera Kelima dah jadi suspek utama. Kalau dia betul bersalah Kita akan ikut sama mati dengan dia tau tak!"
"Ru Ruo, Mika percaya Putera Kelima membunuh ke? Mika percaya ke yang Putera kelima bunuh bondanya sendiri?" soal Mei Mei.
Dia tahu kawannya itu takut. Kalau Putera Kelima disahkan bersalah, maka seluruh keluarganya dan mereka yang bekerja di Istana Mingzhuo turut terkena tempias. Ru Ruo sebagai isteri Putera Kelima yang sah terpaksa mengikut sekali si suami menjalani hukuman mati. Kasihan.
"Mana la Kita tahu! Kita tak kenal pun dengan Putera Kelima tu. Mei Mei, minta la Putera Mahkota lakukan sesuatu. Mika tunang Putera Mahkota bukan?"
Mei Mei mengeluh. Payahnya macam ni. Apa yang patut dia buat? Kalau boleh dia tak mahu masuk campur dalam urusan Istana. Pergolakan kerana kuasa ini adalah sesuatu yang sangat menyeramkan. Jika tersalah langkah, dia juga yang menempah maut. Orang yang bersalah atau tidak langsung tidak akan diambil kira. Semuanya hanya untuk manfaat semata-mata.
"Ru Ruo, Mika ada berbincang dengan mereka di Istana Mingzhuo? Wen Chong?" soal Mei Mei.
"Wen Chong? Lelaki itu cuma mendengar arahan Putera kelima." balas Ru Ruo.
"Tapi semua ni untuk kebaikan Putera kelima juga. Mika minta tolong dia. Kita pasti yang Wen Chong akan setuju jika Mika lakukan semua ni untuk Putera Kelima." nasihat Mei Mei lagi, cuba meyakinkan Ru Ruo.
Akhirnya Ru Ruo mengangguk. Dia pulang ke Istana Mingzhuo bagi bertemu Wen Chong. Orang setia Putera Kelima itu sedang meneliti dokumen dan surat rasmi kerajaan. Wajahnya nampak lesu dan penat dengan semua perkara yang berlaku. Sedikit sebanyak Ru Ruo kasihan dengan Wen Chong. Segala urusan dia yang selesaikan bagi pihak Mu XiHua.
Apalah nasib dapat suami tak bertanggungjawab. Ru Ruo masih ingat pada malam perkahwinan dia. Saat masuk ke dalam bilik, cuma ada sehelai kertas di atas katil. Tulisan Putera Kelima pada atas kertas itu menarik perhatian Ru Ruo. Tulisan yang sangat kemas dan cantik. Namun isi kandungannya menghancurkan hati Ru Ruo.
Putera Kelima mengatakan bahawa dia tidak pernah berkahwin dan tidak punya isteri. Dia mengatakan bahawa Ru Ruo bebas melakukan apa saja yang Ru Ruo mahu lakukan. Dia juga bebas untuk suka dan bercinta dengan mana-mana lelaki lain. Putera Kelima tidak kisah.
Tak ke hancur hati Ru Ruo yang baru berkahwin tu? Ada ke patut suami suruh dia curang dengan lelaki lain?? Hei!!!
"Wen Chong." panggil Ru Ruo selepas menarik nafas dalam dan menghembuskannya.
"Hm? Ah.. Puteri Kelima." Wen Chong mengangkat wajahnya dari kertas di tangan sesaat sebelum kembali melakukan tugasnya.
"Masih belum ada berita tentang Mu XiHua?" soal Ru Ruo.
Mendengar pertanyaan tersebut, Wen Chong mengeluh. Dokumen di tangan diletakkan di atas meja dan dia mengurut dahi yang terasa pening. Ru Ruo rasa serba salah pula apabila melihat Wen Chong begitu. Dia dan Putera Kelima selalu menyusahkan lelaki itu.
"Maaf." Ru Ruo tertunduk.
"Hm? Kenapa minta maaf? Puteri, ini tugas yang memang sejak dulu Wen Chong buat. Tak perlu rasa bersalah." ujarnya sambil melihat ke arah Ru Ruo. Perempuan itu tak adalah teruk mana sebenarnya. Walaupun pada awalnya Wen Chong tak suka pada Ru Ruo kerana fikir Ru Ruo mahukan pangkat dan kuasa, tapi sekarang dia ubah fikiran.
Ru Ruo betul-betul risaukan Putera Kelima dan dia juga selalu bantu Wen Chong untuk selesaikan urusan di Istana Mingzhuo. Memang betul macam seorang isteri. Walaupun Putera Kelima tak pedulikan dia, Ru Ruo masih menjalankan tugasnya sebagai isteri dengan menguruskan rumah tangga mereka. Buat Wen Chong rasa cemburu kadang-kadang.
"Mu XiHua.. Di mana dia berada agaknya?" bebel Ru Ruo sebelum mengeluh. Dia duduk di sebelah Wen Chong lalu mencapai beberapa dokumen untuk membantu lelaki itu menyelesaikan kerja yang ada.
Wen Chong hanya memerhati dari tepi saat Ru Ruo mencapai buku akaun dan mula mengira. Tangannya yang satu lagi pula mencatat apa-apa yang patut. Sekejap-sekejap mata Wen Chong fokus pada dokumen, namun sesaat kemudian dia kembali perhatikan Ru Ruo. Perempuan ni sebenarnya boleh dikatakan agak cantik. Jadi kenapa Putera Kelima tak suka dia?
Wen Chong tak faham apa yang ada dalam fikiran XiHua. Tuannya yang seorang itu sangat pelik. Ah.. Bila fikir balik, tiga hari lagi adalah masa XiHua berjumpa dengan doktor untuk rawatan. Tapi Putera Kelima itu sudah hilang pula.
"Apa yang Mu XiHua selalu buat kalau keluar dari istana ya? Haish.." suasana sunyi di antara mereka di pecahkan dengan keluhan dari mulut Ru Ruo.
"Apa.. yang Tuan buat.." Wen Chong mengulang kata-kata Ru Ruo.
Saat itu dia bagai terkena renjatan elektrik. Macam mana dia boleh lupa perkara ni?!
"Puteri Kelima!" jerit Wen Chong yang saat itu berasa teruja. Dia memegang kedua belah bahu Ru Ruo dan mencengkamnya dengan erat.
"Hah?" Ru Ruo terkedu. Takut. Tapi melihat Wen Chong yang tersenyum riang itu buat dia rasa turut sama gembira walaupun dia tak faham kenapa.
"Terima kasih!" ucap Wen Chong sebelum bangun dan berlari keluar. Ru Ruo yang ditinggalkan saat itu masih lagi terpinga-pinga. Apa yang berlaku? Kenapa Wen Chong cakap terima kasih? Dia ada buat sesuatu yang membuatkan lelaki itu gembirakah?
Ru Ruo menyentuh bahunya yang saat itu masih kebas. Dia bagai masih boleh merasakan cengkaman Wen Chong pada tubuhnya. Tangan lelaki itu..hangat dan suam. Buat Ru Ruo rasa selamat.
Eh? Apa yang dia fikir ni? Ru Ruo memegang kedua belah pipinya yang panas dengan haba. Sambung buat kerja! Kalau berangan lebih nanti perkara lain pula yang jadi.
***********************************
YOU ARE READING
Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)
Historical Fiction#A SIDE STORY, BEHIND THE SCENE siri tiga alam dunia. XiHua seorang loner yang tak ada kawan dan tinggal berasingan daripada keluarga. Setiap hari dia kerja, kerja dan kerja. Tak ada perkara lain untuk berseronok. Suatu hari semasa dia dalam perjal...