DiHou YiFan memandang lelaki serba hitam di hadapannya penuh musykil. Tak pasti apa rancangan yang bakal dilakukan seterusnya. Dia masih lagi duduk bersahaja di atas dahan pokok sambil bermain muzik daripada sehelai daun. Daun yang nipis itu ditiup pada mulut dan melodi lagu dimainkan penuh asyik.
"Tuan..ku?" panggil DiHou YiFan, ragu-ragu.
Bunyi seruling daripada daun itu terhenti.
"Ah, jadi kau perasan." balasnya.
YiFan menepuk dahi. Susahnya ada raja yang macam seorang ini. Nasiblah Dewa Agung itu cuma seorang. Kalau ada banyak perangai yang macam ni alamatnya hancur Dunia Kayangan.
"Tuanku, apa yang cuba Tuanku lakukan sebenarnya?" soal Dewa Pengadilan itu.
"Hm..bukankah kau pernah minta tolong aku sebelum ni untuk selamatkan keluarga kau?" ujar lelaki iti dari atas dahan pokok.
"Dewa Fu Hann Li, perkara itu masih belum dilupakan?" YiFan terkejut.
"YiFan, aku tak pernah lupa janji aku. Aku tak pernah mungkir janji. Sebagai ganti aku dah bantu kau, aku nak kau lakukan sesuatu untuk aku." dia membalas.
Sayapnya dikepakkan dan dia mengibas sayap tersebut sambil terbang turun ke bawah. Kakinya mendarat di atas tanah dan Fu Hann Li berjalan mendekati DiHou YiFan. Sampai di hadapan Dewa Pengadilan itu, Hann Li tersenyum. Kemudiannya dia berbisik sesuatu pada telinga YiFan.
Mata YiFan membulat besar. Terkejut. Dia memandang Dewa Fu Hann Li tidak percaya namun lelaki itu cuma tersenyum sebelum menghilangkan diri. DiHou YiFan berdiri kaku di bawah pokok bunga plum itu. Matanya terkebil-kebil.
.
.
.
.
.
.
.
."XiHua, Kita nak cakap sesuatu sebelum tu." YiFan bersuara serius.
XiHua: "Hm? Apa?"
"Tentang anak Kita yang pernah Kita cerita."
"Oh? Siapa?"
"Ingat lagi tentang gadis di tepi sungai?"
Wajah XiHua berubah dari senyum kepada masam.
"Kenapa dengan dia?" suara XiHua mendatar saja saat dia menyuarakan persoalannya.
"Dia sebenarnya.."
.
.
.
.
.XiHua merenung ke arah taman istama, lama. Perkara yang disampaikan oleh YiFan sebelum ini buat dia berfikir panjang sampai sekarang. Dia yang termenung sejak tadi langsung tidak perasan akan kelibat seseorang yang datang mendekatinya.
Ditambah lagi dengan masalah yang berlansung di istana dan Empayar Haoxia buat XiHua semakin serabut. Stress? Mungkin. XiHua dilanda kemurungan. Jiwa yang serabut dan kacau.
"Putera Kelima." panggil seseorang yang sudah beberapa minit duduk di sebelah XiHua. Lelaki bertopeng itu langsung tidak sedar. Kalau ada pembunuh upahan yang serang alamatnya melayang nyawa putera yang seorang ini. Nasiblah dia bukan pembunuh.
"Ah?" XiHua menoleh. Terkejut.
"Termenung apa tu?" soal Zhong Yi sambil berkerut dahi.
"Xiao Yi?!" XiHua terkebil-kebil. Otaknya kosong saat itu.
"Apa yang Putera Kelima fikirkan?" soal Zhong Yi, berbahasa formal di dalam istana.
"Awak ni dah kenapa? Panggil saja la saya macam mana awak panggil saya sebelum ni. Tak perlu la formal sangat." tegur XiHua.
Zhong Yi tertunduk sambil tangannya memintal hujung lengan baju. "Tapi.." bibirnya digigit perlahan.
"Tapi apa?" soal XiHua yang tidak berpuas hati. Dagu Zhong Yi diangkat dengan jarinya supaya lelaki itu memandang wajahnya. Namun Zhong Yi lantas melarikan pandangan mata.
YOU ARE READING
Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)
Historical Fiction#A SIDE STORY, BEHIND THE SCENE siri tiga alam dunia. XiHua seorang loner yang tak ada kawan dan tinggal berasingan daripada keluarga. Setiap hari dia kerja, kerja dan kerja. Tak ada perkara lain untuk berseronok. Suatu hari semasa dia dalam perjal...