XiYue memandang pintu yang hampir reput dihadapannya dengan wajah yang sukar digambarkan. Kunci mangga yang sebesar penumbuk itu dibuka dengan kunci yang diambil olehnya pada malam sebelum ini dari bilik ayahandanya. Perlahan dan penuh berhati-hati dia menolak pintu tersebut supaya tidak roboh.
Satu lorong yang tidak berapa luas terdedah dari sebalik pintu. Bersawang. XiYue menutup hidungnya sebelum berjalan masuk ke dalam. Lorong tersebut tidak berapa gelap dan tidak berapa terang kerana ada pelita pada sepanjang jalan. Siapa yang pasang? XiYue tak pasti.
Paling penting, kenapa ada lorong di sebalik pintu lama di Istana Beku ni? XiYue tak tahu. Asalnya dia cuma nak siasat tentang Yi FengJi kerana dia dikurung di Istana Beku. Siapa lagi kalau bukan bonda kepada XiChen? Tapi nampaknya dia dah jumpa benda yang lagi menarik.
Sampai di hujung lorong, XiYue berhenti kerana ada satu pintu besi disitu. Penghujung lorong tersebut. Pada pintu besi itu terdapat lubang-lubang kecil. XiYue mendekati pintu tadi lantas mengintai ke dalam dari lubang kecil pada pintu. Sebuah bilik.
"Aawaaaawwaa!!"
XiYue lantas melangkah beberapa tapak kebelakang. Terkejut. Hampir saja dia tersadung dan terjatuh. Jantungnya berdegup kencang. Apa benda yang dia nampak dalam tu?
Dung! Dung!
Pintu besi itu diketuk dari dalam. Mata XiYue membulat sambil merenung ke arah pintu besi yang tertutup rapat. Baru XiYue perasan akan rantai besi yang memagari pintu itu berserta kunci mangga yang lebih dari 5 buah.
"Awaaawaaawaa!!" suara tadi masih kedengaran dari dalam.
Meremang bulu roma XiYue. Rasa seram sejuk. Lantas dia terus berpaling untuk cepat keluar dari situ. Tak pasti apa yang dia lihat. Manusia? Tapi terlalu...pelik untuk dikatakan sebagai manusia. Mahkluk apa yang dikurung disitu? XiYue tak tahu dan tak pasti.
"Awawaaawaaa!!" suara tadi masih sayup kedengaran sebelum akhirnya hilang selepas XiYue keluar dari lorong tersebut.
Pintu yang hampir reput itu kembali ditutup dan dikunci. XiYue kemudiannya kembali semula ke istana kediamannya. Perkara mengenai Yi FengJi? XiYue tolak belakang dahulu. Apa pun yang dikurung di bilik bawah tanah di Istana Beku itu, XiYue pasti bukan perkara baik. Kalau tak macam mana boleh berada di situ?
.
.
.
.
.
.
.
.Di sebalik pintu besi yang dipagari rantai dan kunci mangga, dia terduduk bersandar pada dinding. Rambutnya yang panjang dan kusut masai semakin berserabut apabila dia menggosoknya dengan tangan.
"Uwaandaa..Wannuuunndaa.." dia bersuara sambil air matanya mengalir.
Suaranya langsung tidak jelas kerana lidahnya telah dipotong dengan sengaja oleh seseorang. Tangannya yang kurus kering umpama ranting kayu itu menggaru kepala yang tidak gatal. Tubuhnya pula dapat dilihat kulit yang membaluti tulang. Rangka kering yang masih hidup.
Apa dosa dia dikurung dan diseksa sebegitu? Dia tak tahu.
Bonda yang dahulunya bersama dengannya sudah pergi tinggalkan dia.
Cuma bonda yang baik dengannya.
Cuma bonda sahaja yang melayannya dengan lembut dan penuh kasih.
"Uwaandaa..Wannuuunndaa.." dia bersuara lagi.
Di celah nyawa yang masih ada, matanya merah menyala memandang ke arah pintu, penuh dengan dendam kesumat. Tapi apa yang mampu dia buat? Dia cuma si bodoh yang kini tak punya apa-apa.
"Shh..shh..anak bonda. Anak bonda yang baik, jangan menangis. Bonda akan keluarkan kamu dari tempat jahanam ni tak lama lagi."
Suara mendayu milik bondanya buat dia semakin tenang. Ya, bonda sudah janji. Bonda akan keluarkan dia dari sini tak lama lagi. Bonda, dimana bonda? Kenapa sampai sekarang bonda masih belum datang? Si anak yang bodoh masih terus menunggu.
YOU ARE READING
Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)
Historical Fiction#A SIDE STORY, BEHIND THE SCENE siri tiga alam dunia. XiHua seorang loner yang tak ada kawan dan tinggal berasingan daripada keluarga. Setiap hari dia kerja, kerja dan kerja. Tak ada perkara lain untuk berseronok. Suatu hari semasa dia dalam perjal...