33

526 45 45
                                    

XiHua berjalan mundar mandir di dalam bilik membaca istana Mingzhuo. Bukan apa, dia serabut. Tak tahu apa yang patut dia buat. Dah tiga hari dia bersembunyi di situ. Lari dari masalah? Dia contoh terbaik. Akhirnya dia yang tak tahu apa patut dibuat itu berbaring di atas lantai. Mengerekot macam anak kucing jalanan.

Ru Ruo yang masuk ke dalam bilik bacaan untuk mencari rujukan, terkesima. Langkah kakinya kaku terlekat di situ. Matanya tertancap pada sekujur tubuh yang terbaring macam dah lama meninggal dunia.

"Putera Kelima?!" Ru Ruo yang tersedar dari lamunan terus meluru ke arah 'mayat' tersebut.

"Putera Kelima~" Ru Ruo terus mengalirkan air mata. Bukan apa, dia muda lagi. Tak mahu jadi janda.

"Kau dah kenapa?" tegur XiHua yang berpaling untuk melihat Ru Ruo yang melutut di tepi kepalanya itu.

"Eh?"

Ru Ruo kaku. Dia rasa telinga dia dengar suara. Lantas dia melihat sekeliling.

"Oi." panggil XiHua.

Mata Ru Ruo membulat. Dia memandang lelaki yang mana wajahnya berbalut dengan kain balutan di hadapannya itu penuh takjub. Putera Kelima...bercakap??!!

Shingg!!

Sekilas, tubuh Ru Ruo kembali mengeras dan kaku saat putera di hadapannya itu mengacukan pisau belati ke lehernya. Air liur ditelan dengan payahnya.

"Kau dengar sini. Apa kau dengar, apa kau nampak, semuanya tak pernah berlaku lepas kau keluar dari sini. Faham?" ugut XiHua.

Ru Ruo cepat-cepat mengangguk. Sayang nyawa lagi dia.

"Bagus." XiHua menarik pisau belati tadi jauh dari leher putih Ru Ruo. Pisau itu kemudiannya kembali dimasukkan ke dalam sarung dan disimpan ke dalam bajunya.

Ru Ruo menghela nafas lega. Rasanya dia seorang saja dalam dunia ni yang berpeluang melihat Putera Kelima macam ni. Baring atas lantai lepas tu bergolek-golek macam orang gila. Jatuh maruah seorang putera. Tak cukup dengan tu dia merengek lagi macam budak kecil sambil cakap 'apa aku nak buat? Mak..mak..nak balik dunia asal..' lepas tu menangis.

(Warning!! Spekulasi andaian dalam fikiran, minda dan otak Ru Ruo sahaja!! Tak ada kena mengena dengan watak novel ni yang masih hidup atau mati.)

Walaupun Ru Ruo tak faham apa yang Putera Kelima ni merapu, tapi dia faham suaminya itu sedang berada dalam kesusahan. Putera yang selalu menolaknya itu kini tak pula menghalau Ru Ruo pergi. Pelik. Dia cuma cakap jangan beritahu sesiapa tentang apa yang berlaku. Ru Ruo tahu satu rahsia. Eh, dua. Putera Kelima ni macam budak kecil dan dia sebenarnya tak bisu.

Dia cuma berpura-pura berlakon menjadi orang bisu dan bodoh. Berlakon tak berminat pada takhta untuk melindungi XiYue. Supaya orang tak dapat gunakan dia untuk berlawan mendapatkan tahkta. Ru Ruo faham satu perkara di sebalik apa yang berlaku. Otaknya itu pantas cekap menangkap maksud sebenar yang Putera Mahkota beritahu saat hari perkahwinannya.

Saat dia masuk ke Istana Mingzhuo sebagai isteri Putera Kelima, Putera Mahkota XiYue ada pesan.

"Mika tak mungkin akan dapat apa yang Mika mahu dari XiHua. Adikanda XiHua tak akan suka perempuan."

Ahh.. Ru Ruo pada asalnya ingat Putera Mahkota ingin kenakan dia. Tak sangka..

(Warning!! Spekulasi andaian dalam fikiran, minda dan otak Ru Ruo sahaja!! Tak ada kena mengena dengan watak novel ni yang masih hidup atau mati.)

Putera Kelima sebenarnya sukakan lelaki. Mungkinkah orang itu abangnya sendiri??

(This Author has something to say: "This girl is crazy~")

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Where stories live. Discover now