68

512 40 32
                                    

XiHua tercungap-cungap bernafas. Belakangnya disandarkan pada papan kayu sebuah rumah usang yang terbiar di tengah hutan. Untuk fikir yang dia dan Zhong Yi akan menjadi pelarian sejurus saja keluar dari Empayar Haoxia, hah.. Siapa sangka dia akan kalah dalam permainan sendiri? Sekarang Zhong Yi yang bersamanya turut terlibat.

Pihak dari Empayar Fenghua telah menghantar banyak pasukan bagi memburu mereka atas kesalahan membunuh Wen Bai Cheng dan perkara ini juga turut menjadi alasan Empayar Fenghua untuk melancarkan perang ke atas Empayar Haoxia. XiHua menekup wajahnya. Penat berlari seharian. Zhong Yi disisinya kini telah tertidur. Kepalanya dilentok ke atas bahu XiHua.

XiHua hanya duduk diam disitu, tidak mahu bergerak. Kalau boleh, dia tak mahu kejutkan lelaki itu. Rancangan yang XiHua buat menjadi namun cuma satu dia terlepas pandang, iaitu kehadiran Zhong Yi. Lelaki itu telah menyebabkan segalanya hancur. Macam yang Dewa Agung Hann Li beritahu XiHua, Zhong Yi pembawa malang. Lelaki yang disumpah oleh Taisui.

"Eheh..walaubagaimanapun, aku tetap berkeras untuk bersama kau. Pelik betul. Walaupun aku tahu benda macam ni akan jadi kalau kau terlibat, aku masih lakukannya." ujar XiHua kepada diri sendiri.

Mereka telah berjaya bongkarkan rahsia Zhou Feiyan, mereka telah berjaya selesaikan kes yang berlaku di istana, mereka berjaya rungkaikan misteri tentang Yi FengJi dan banyak lagi masalah lain. Cuma mereka tidak berjaya mengelak perang yang berlaku dengan Empayar Fenghua. Penjenayah dan pengkhianat berjaya ditangkap tapi perang tetap diteruskan.

"XiHua.." dalam tidur, Zhong Yi bercakap sendiri.

Tersentak sekejap XiHua. Fikirnya lelaki itu sudah bangun. XiHua menghela nafas lega. Harapnya malam ini mereka dapat tidur dengan tenang tanpa perlu risau akan sesiapa yang datang mahu membunuh mereka. Nyawa yang sentiasa terancam begini, XiHua tak mahu Zhong Yi merasainya. Dia seorang kini perlu melindungi dirinya dan Zhong Yi. Sejujurnya dia penat dan hampir berputus asa.

Tapi setiap kali dia melihat Zhong Yi disisi, XiHua kuatkan semangatnya. Dia tak mahu jadi penyebab lelaki itu kehilangan nyawanya. Selangkah dia bawa Zhong Yi keluar sebelum ini, dia telah tekad untuk bertanggungjawab ke atas nyawa lelaki itu. Semuanya kerana dia, perkara ini terjadi. Kerana dia tidak peka tentang tipu muslihat musuh dan termasuk dalam perangkap sendiri. Untuk fikir dia dipermainkan dengan ideanya sendiri macam ni, memang memalukan.

.
.
.
.
.
.

Bing Huang mengeluh. "Tch!"

Wajahnya jelas riak tidak berpuas hati. Macam gaya nak makan orang saja. Dia berdiri dengan tangan bersilang di dada dan sebelah kakinya dihentak menjadi irama. Matanya terpejam namun telinganya sentiasa mendengar.

"Ahh.. Tuan Bing Huang?" panggil Sui Yao.

"Apa?!" tanya Bing Huang.

"Perempuan tu dah mati." lapor Sui Yao.

"Huh.. Dasar manusia. Apa-apa sajalah. Perang sudah tercetus. Tugas kita dah selesai. Seterusnya, biar manusia sendiri yang musnahkan antara satu sama lain." balas Bing Huang.

"Hmm.. Kali ini ada penglibatan dewa. Perempuan itu dihukum Dewa Hukuman dan Pengadilan dari Kayangan." Sui Yao sekali lagi melaporkan pengetahuannya.

"Ish! Cakap sekali biar habis!" marah Bing Huang yang memang tidak sabar itu.

"Maaf." Sui Yao menggaru kepala yang tidak gatal. Susah bila ada orang atasan yang panas baran macam Bing Huang. Dia yang merupakan dari puak air terkenal sebagai Yao paling tenang dan sabar. Ini kerana puak air memang begitu sifatnya. Tapi sampai saat dia meletus, mereka akan menjadi lebih menakutkan dari puak demon yang lain.

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Where stories live. Discover now