MYA Arlisa seorang seorang gadis yang tidak mempunyai ibu bapa, ibu bapanya telah meninggal akibat kemalangan jalan raya semasa lepas sahaja menghantarnya ke sekolah, Mya Arlisa sendiri pun tidak sangka yang dia akan menjadi anak yatim piatu dan dia tiada siapa-siapa di dunia kecuali maksu dan keluarga maksunya.
Mya kini tinggal bersama maksu dan paksunya di kampung kerana arwah ibunya telah amanahkan dia kepada maksunya iaitu adik kepada arwah ibunya untuk menjaganya apabila mereka sudah tiada dan maksunya mengambil Mya untuk tinggal bersama mereka sebaik sahaja ibu bapa Mya meninggal.
Mya juga sering di buli oleh Amelia dan Amil iaitu sepupunya yang tidak suka akan Mya tinggal bersama mereka kerana bagi mereka Mya menyebabkan ibu dan ayah mereka selalu lebihkan Mya dan samakan mereka dengan Mya kononnya baik dimata ibu bapa mereka.
Mya juga mempunyai auranya yang tersendiri rupa paras yang menawan dan boleh membuatkan orang mahu melihatnya berkali-kali. Tutur katanya yang selalu lemah lembut apabila bercakap dengan orang sekelilingnya. Jujur kata orang kampung amat senangi dengan sifat Mya itu walaupun Mya selalu berkurung sahaja di dalam rumah.
Oleh kerana Mya lebih cantik daripada Amelia, Amelia mula berasa iri hati dengan sepupunya itu oleh kerana ramai lelaki di kampung mereka mahu berkenalan dengan Mya walaupun jarang sekali Mya keluar ke rumah kerana Mya lebih suka berkurung di dalam rumah daripada berkeliaran di luar. Sebab itulah Mya langsung tidak mempunyai kawan kalau sewaktu sekolah menengah itu dulu adalah Nina namanya selepas sahaja habis SPM Nina berpindah ke Kuala Lumpur atas kehendak ibu bapanya setelah itu mereka langsung tidak berhubung lagi entah Nina masih gunakan nombor yang sama atau sudah pun tukar nombor baru.
Leka termenung di kerusi luar rumah beberapa helai baju dilemparkan di atas pehanya. Mya mengangkat wajahnya memandang ke arah Amelia yang menyilang tangan ke dada.
"weh perempuan kau iron baju aku ni semua aku nak pakai baju ni esok kalau aku dapat tahu kau rosakkan baju aku ni semua siap lah kau, aku tak akan teragak-agak nak seterika badan dengan muka kau sekali"
Amelia terus berlalu pergi meninggalkan Mya yang duduk di atas kerusi. Daripada dia berangan begini lebih baik dia fikirkan alasan mahu berpindah keluar dari sini kepada Puan Marni nanti.
Mya hanya menurut segala kehendak sepupunya itu dia tidak boleh buat apa kerana dia sedar dia hanya menumpang sahaja di rumah ini, dia juga tak mampu nak beritahu kepada maksu dan paksunya tentang Amelia dan Amil yang selalu membulinya apabila ibu bapa mereka tiada di rumah, dia sedar siapa dirinya dan dia patut bersyukur kerana nasibnya dibela dengan baik.
Begini lah nasibnya setiap hari tinggal di rumah ini celik sahaja mata dia harus mencuci pakaian, memasak, Amelia dan Amil akan membulinya apabila Puan Marni dan Encik Khalid tiada di rumah apabila Puan Marni dan Encik Khalid ada di rumah mereka berdua itu akan melayannya dengan baik sekali seperti mereka amat rapat.
Mesti Puan Marni dan Encik Khalid fikir mereka itu baik-baik sahaja dengannya tetapi hakikat yang sebenarnya Amelia dan Amil tidak pernah langsung suka akan dirinya malah mereka berdua itu sangat membencikan dirinya lagi-lagi ibu bapa mereka selalu bandingkan diri mereka dengan Mya. Itu salah satu sebab kenapa mereka sangat membencikan.
"Mya!!!"jerit Amil dengan kuat dari dapur.
Cepat-cepat Mya bangun dari duduk. Bergegar satu rumah dengan jeritan nyaring Amil itu. Mesti ada sesuatu yang tak kena sebab itulah Amil menjerit kalah singa jantan kelaparan. Silap hari bulan dia boleh dapat kad OKU sebab masalah pendengaran telinga semua itu berpunca daripada Amil yang selalu menjerit sana sini bila bercakap. Sabar jelah dah nama pun menumpang di rumah orang turutkan sahaja kemahuan mereka.

ANDA SEDANG MEMBACA
Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]
RomansaMYA ARLISA-seorang gadis yang lemah lembut dan sopan. Siapa yang melihat gadis itu pasti akan tertarik dengan sifat dan rupa gadis itu. Dia juga seorang anak yatim piatu yang kehilangan ibubapanya sejak kecil lagi dan menumpang kasih sayang dari ibu...