P20: Tanda Ikatan

6.9K 162 5
                                    

"Assalamuallaikum"sapa badrul ketika keluar dari pintu kereta

"Waallaikumsalam"jawab aku serentak dengan hairi

Badrul bersalaman dengan hairi dan kemudiannya bersalaman dengan aku,aku mencium tangan badrul.. hairi hanya memerhatikan aku..

"kawan khuzai ke?"tanya badrul kepada hairi

"ye,..hairi...ni abang angkat khuzai ke?"

"ah'ah.. badrul"kata badrul sambil menjeling ke arah aku..

"tak pelah khuzai,aku balik dulu"kata hairi sambil bersalaman dengan aku dan badrul

"ok.."kata aku melihat hairi berlalu pergi..badrul hanya berdiam diri sambil memerhatikan hairi berjalan pulang ke rumahnya..kami memerhatikan hairi berjalan pulang hingga hilang dalam kegelapan malam..

"masuk dalam kereta"kata badrul sambil berjalan ke arah pintu kereta

Aku hanya mengikut dia tanpa sebarang kata-kata keluar dari mulut aku..

Ketika di dalam kereta aku hanya memandang badrul,rindu aku sangat-sangat untuk menatap wajahnya..walaupun sehari tidak bertemu tapi rindu kat hatiku ini tidak tertahan-tahan..

"kita nak kemana ni bang?"tanya aku,namun tiada jawapan dari badrul..mukanya serius sepanjang perjalanan yang aku tak tahu kemana tujuannya..

Aku rasakan masa berlalu begitu panjang..badrul terus membisu seribu bahasa..kereta dipandunya dalam kelajuan sederhana..aku hanya tekun memerhatikan badrul.malam ni badrul hadir,disebelah aku,namun aku rasakan begitu jauh jaraknya dengan aku..sesekali badrul mengeluh panjang..aku tak berani nak bersuara lagi..kereta kemudiannya menjadi perlahan dan semakin perlahan..akhirnya berhenti..laut..kenapa badrul berhenti di sini..

Badrul keluar dari kereta..aku pun ikut keluar sama..angin bertiup sepoi-sepoi bahasa..tidak terlalu kuat namun dingin hingga menikam tulang..aku mengikut badrul yang berjalan di tepi pantai dan akhirnya berhenti untuk duduk di batu besar..dia memandang aku..

"khuzai,kau betul-betul cintakan aku?"tanya badrul

"ye"jawab aku pendek lalu duduk di sebelahnya

"tapi kenapa kau layan aku macam nak tak nak je?"tanya badrul sambil memeluk tubuhnya..memang dingin sekali angin laut pada malam itu..

"maafkan saya,benda ini terjadi begitu pantas,susah bagi akal dan diri saya untuk menerimanya,tambah-tambah lagi brade yang nak kenal dengan saya,datang dengan mengejut,saya jadi serba salah,belum sempat saya nak terangkan kat abang pape,abang pergi begitu sahaja.. "kata aku sambil menunduk..

"apa yang khuzai rasa kat abang sekarang?"tanya badrul

"sayang"jawab aku ringkas

"kenapa tak cinta?"tanya dia lalu memandang aku

"saya ni layak ke bercinta dengan abang?"tanya aku kembali

"kenapa tanya macam tu?"

"saya tak tau ar..saya sayang kat abang..kalau ikutkan hati,memang saya cintakan abang tapi kalau ikutkan pada kepale otak ni,benda ni tak leh diterima akal.."kata ku,angin bertambah kuat..dan kemudian menjadi perlahan,kadang-kadang ada seketikanya tidak langsung bertiup..

"khuzairi,abang sayangkan khuzairi dah lama tau ark..sejak khuzai jadi adik angkat abang lagi,hati abang ni dah mula menyukai khuzai,abang bertambah minat kat khuzai bila khuzai layan abang baik,bukan abang sorang je tapi dengan semua orang,dah lama dah abang perhatikan,budak-budak lain semuanya ambil kesempatan pada khuzai,tapi khuzai tak kisah,malah bila time dorang susah,khuzai bantu setakat yang termampu,ingat tak dulu khuzai pernah cakap kat abang bila abang tanya kenapa biarkan dorang hina khuzai mudah2 je,khuzai cakap,khuzai memang marah tapi pada masa yang sama khuzai kesian,sebab apa yang dorang hina tu bukan setakat menghina khuzai malah menghina ciptaan Tuhan,"kata badrul dengan panjang..

Aku hanya tersenyum.hati aku benar-benar tersentuh.tak sangka lak badrul ni masih ingat lagi setiap kata-kata aku dulu..adehh memang jiwang la badrul ni.

"abang suka khuzai bukan pada luaran khuzai tapi dengan sikap merendah diri khuzai,bekas awek abang pun tak bersifat macam khuzai,walaupun jantina kita sama,dan benda ni memang dilarang sama sekali tapi,abang tak mampu nak menolaknya,rasa sayang dan cinta abang pada khuzai amat menebal"katanya sambil datang melutut di depan aku..

"abang amat baik pada saya,dalam waktu terdekat ni banyak sangat perkara yang berlaku kat saya,dari dulu lagi abang ajar saya macam-macam benda,tapi sekarang abang ajar saya untuk bercinta dengan abang,hakikatnya saya ni tak pernah bercinta,.."

"sebab itu abang nak khuzai bercinta dengan abang"

"bang,memang saya sukakan abang,dari dulu lagi,sejak jadi adik angkat abang lagi abang dah layan saya baik,sebab tu saya sukakan abang,tapi sekarang.."

"sekarang khuzai sayangkan abang?"tanya badrul sambil memandang tepat ke mata aku

Aku terdiam..

"bukan"akhrinya aku bersuara..

"habis tu?"tanya badrul smabil mengerutkan dahinya..

"khuzai cintakan abang"kata aku sambil menatap jauh ke dalam matanya

"abang pun cintakan khuzai sangat-sangat!!"jerit badrul tetibe..

"saya cintakan abang lebih dari abang cintakan saya!!"jerit aku lak,lantak ar,lagipun time tu xde orang kat tepi pantai tu,jadi aku berani la jerit kuat-kuat..

"Sayang,..sudikah kalau khuzai jadi boyfriend abang?"tanya dia sambil tersenyum manis hingga menampakkan lesung pipit..cara dia ni memang dah macam nak melamar je hehehe..

"hmm jap ek nak pikir jap"kata aku dengan nada bergurau

"alaa sayang ni.."jawab badrul dalam nada manja

"hehehe,...ok la sayang, hehehe"kata aku sambil menghulurkan tangan aku kat dia..dia menyambut dan menarik aku ke badannya maka berpelukanlah kami..

Bahagia. Itulah yang boleh ku cakap time tu..hubungan aku dengan badrul menjadi rapat dan hingga kini terjalin hubungan cinta..

Selepas je badrul menghantar aku pulang ke rumah,aku membelek rantai yang dia sarungkan kat leher aku tadi..katanya rantai ini sebagai tanda ikatan percintaan kami..pada rantai itu terdapat sebentuk cincin,dan badrul pun ade rantai yang sama,badrul pesan kat aku,pakai rantai ni setiap masa..tapi aku malas ar,yela tak kan kat sekolah pun nak pakai rantai,kalau kantoi nanti nescaya kena rampas..aku cakap kat dia yang aku hanya akan pakai rantai ni lepas sekolah..tengah aku baring atas katil sambil belek2 rantai tu,tetibe je handphone aku berbunyi...


Bersambung...

ps: korang mesti ada moment macam ni kan. time ni la orang kata kentut pon bau wangi... hehehe. tapi kenangan aku dengan dia ni, aku takkan lupa sampai bila-bila.

Dark Side (Complete)Where stories live. Discover now