Hujan masih turun renyai-renyai.. mata aku setia melihat rintik hujan yang jatuh ke bumi.. rintik air mata aku pun membasahi pipi ku.. setelah 2 tahun bercinta, hubungan aku dan hidayah akhirnya putus tempoh hari.. alasannya aku kini belajar di kolej yang jauh dari dia.. hidayah pula belajar di UPSI. aku yakin dia dah dapat penganti aku disana.. aku ingat lagi mesej terakhir yang di hantarnya kepada aku meminta aku melepaskannya, aku akur dengan kemahuannya.. aku lepaskan dia.. hmmm.. aku seakan-akan malas untuk bercinta lagi.. angin mula bertiup sepoi2 di samping hujan tetap turun dengan renyai..
Aku disini akhirnya.. aku kini hanya memfokuskan minda aku pada study je. sejak aku melangkah masuk ke kolej ni.. umpama aku kini berada di dunia baru..
Dunia baru, nafas baru, jiwa pun baru,.. aku dah malas nak fikir banyak ar.. aku hanya sibuk kan diri aku kini dengan pelbagai aktiviti, assignment dan tugasan lain..
So far aku berjaya melupakan hidayah dan segala perbuatan lalu aku... Cuma waktu ini, ketika aku berseorangan aku mula terkenang kembali.. air mata aku mengalir keluar.. hati aku sayu.. pilu sangat2.. dunia gay/plu yang aku kenali dulu bukannya indah seperti yang dikatakan badrul dan hairi.. memang indah bila bersama tapi amat sengsara bila berpisah.. aku menjadi ketagih seks songsang pun sebab terjerumus ke dalam dunia plu ini dulu.. aku yakin, aku kini berjaya mengawal nafsu liar songsang aku.. kekasih, baik lelaki atau perempuan semuanya sama, masing-masing berbeza tapi hakikatnya sama je perangainya... aku dah malas nak bercinta buat masa sekarang.. air mata aku bergenang dan mengalir keluar secara perlahan.. banyak dah perkara yang ku lalui.. disamping mencari kebahagian dan kesempurnaan hidup aku aku leka dan tidak sedar akan dosa2 yang dah aku lakukan..
Air mata aku kini berhenti.. aku berjaya mengawal emosi.. aku hanya memikirkan kini masa depan aku.. di kolej ini, di dunia baru ini, aku percaya yang aku mampu untuk keluar dari belengu ini, belenggu perasaan bersalah, sakit, kecewa, hampa, gagal dan duka dalam bercinta.. aku percaya di dunia baru ini aku akan mendapat nafas baru dan hidup baru yang lebih indah dan bererti.. aku bukannya sempurna, banyak salah yang aku lakukan, aku juga tidak lari dari melakukan kesalahan... hidup aku dulunya penuh dengan warna-warna hitam.. kini di sini,di dunia baru ini,aku dapat mencari sahabat yang sejati dan boleh membantu aku ketika susah seperti kamal dan syafiq.. aku sentiasa mengingati mereka.. pesan mereka pada aku dulu,
"khuzai, jangan bagi budak pijak pale kita, biar kita yang pijak pale dorang"
"tak guna nak berbudi pada orang yang tidak pernah menghargai dan apatah lagi membalas budi kita kembali"
Begitulah pesan mereka ketika aku di melaka sentral menaiki bas ke seremban sebelum menaiki KTM ke kolej aku..
"Wei khuzai!!" jerit Razif, Roomate aku
"wei zif.. terkejut aku.. bile kau sampai?" kata aku..bapak main sergah2 lak!
"hahaha baru je.. kau menungkan ape ni wei?? kau dah makan?" tanya razif.. sejak aku mula masuk kolej ini pada oktober tahun lepas.. dialah yang menjadi roomate aku.. best gak sebilik dengan dia ni.. kepale giler2 gak macam kamal dengan syafiq..
"belum lagi, sekarang dah pukul berapa?" tanya aku sambil memandang skrin telefon bimbit Nokia 3230 (zaman ni, hp ni la paling canggih wei korang. hahahaha). dah pukul 2.30 petang.. lama gak aku duduk di koridor ini.. dari pukul 11lebih tadi hingga sekarang...
"dah petang dah ni wei.. kalau kau belum makan,meh ar makan dengan aku sekali.. aku ada tapau nasi tadi.. banyak ni wei.. jomla makan sekali" ajak razif...
"ok," kata aku, aku bangun kerusi dan mengikutinya, razif memang balik kerumahnya tiap2 hujung minggu.. kalau tak de kelas je mesti dia balik rumah dia.. rumah dia dekat je.. lain lah aku.. jauh siot..sebab tu kalau balik pun sebulan sekali je.
Telefon bimbit aku tiba-tiba berdering.. ala sape lak ni.. ni mesti ijat, brade senior aku ni.. dia ni memang selalu pinjam laptop aku.. alasan nak taip assignment la. .tapi hampeh. .rupa-rupanya dia nak tengok movie dengan video2 blue yang ade kat dalam laptop aku..
"razif, kau masuk dulu ek, aku nak jawab call" kata aku sambil razif menganguk
"hello "kata aku
"hello" jawabnya
"sape ni?" tanya aku
"tak kenal ke??" kata seseorang yang tidak ku kenali di hujung talian
"nombor tak save la, sape ni?"
"cuba ingat betul2"
"wei aku dah kata aku tak kenal aku tak kenal lah, sape name kau ni wei?" kata aku yang dah hilang sabar..
"Badrul.."
T-A-M-A-T
ps; harap kawan2 semua enjoy baca karya aku ni. dah tamat la kisah khuzai di alam persekolahan ni
Jom sambung baca Dark Sides Vol.2 Kisah khuzairi di alam universiti. Cari dekat bio yer
YOU ARE READING
Dark Side (Complete)
Romance"kau yang ajar aku benda songsang ni!! Kau yang tarik aku kat dunia giler ni!! segalanya kerana kau!! Aku...aku..sebab hormat kat kau, aku hanya mengikut je..segala yang kau nak aku ikut!! Dari lelaki sejati aku jadi gay..semuanya sebab kau!!semuany...