P18: Mungkin Dia Pun Sama

6.6K 154 7
                                    

       

Aku berjalan perlahan,tiada apa yang aku fikirkan sekarang. Sambil berjalan pulang aku menyanyikan lagu Akulah Kekasihmu dari AXL di dalam hati aku..sebenarnya lagu ni aku tujukan khas buat Badrul sebenarnya, dengan harapan dia akan memaafkan aku..aku tiba dirumah, selepas mandi dan makan aku masuk ke bilik untuk solat..handphone aku bergetar kuat.tandanya ada panggilan masuk..hatiku berbunga,mungkin Badrul menelefon aku..

"Assalammuallaikum,sihat?tengah buat apa"kendegaran suara di hujung talian...

"Waallaikumsalam,sihat,tak ade buat ape..sape ni?"tanya aku inginkan kepastian,dari suara yang ku dengar,aku tidak dapat menagagak suara siapa ni.sebab daripada pengamatan aku,suara itu bukan suara Badrul..

"tak kenal ke?ini abang khairul lah,khuzairi kat mane?malam ni free tak?"tanya Khairul

"kenapa?"

"abang nak ajak keluar lah..abang tak tahu tempat2 best kat melaka ni,abang harap khuzairi leh tunjukkan abang"

"hmm pukul berapa?"

"dalam pukul 8 malam ke"

"abang tunggu saya kat bus stop depan sekolah -----------"

"ok,nanti abang ambil k"

Talian di matikan..aku terbaring di katil..memandang syiling rumah..aku pun tak tahu kenapa aku boleh bersetuju untuk keluar dengan khairul..lelaki yang belum aku kenali sepenuhnya..aku tak pasti samada aku harus keluar bersama dengan khairul atau tidak.

"hai khuzairi,lama tunggu?"tanya khairul menjengah keluar dari tingkap pintu kereta wira yang berwarna merah..

"tak ade lah"jawab aku

"masuklah"ajak khairul

Aku melangkah masuk ke dalam..khairul memakai baju T-shirt hijau gelap dan berseluar jeans..

"abang kerja apa kat melaka ni?"tanya aku

"abang kerja dengan goverment"jawabnya

"yela kerja kat bahagian mana?"tanya aku lagi..

"kerja biasa-biasa je..kita pergi hotel abang dulu ek,dompet abang tertinggal pulak..nanti kalau nak belanja makan nanti tak leh bayar pulak"

"tak ape biar saya je yang payung abang"

"hehe tak yah la,khuzairi belum kerja lagi..abang risau lesen je..nanti tak pasal kena tahan lak"

Kereta berpatah balek ke jalan lain..kemudian dipandu masuk ke kawasan Tasek Ayer Keroh dan memasuki kawasan parking di D'Village Hotel..

"jomlah khuzairi ikut abang.."ajak khairul..

"tak pela bang,saya tunggu kat dalam kereta jela"

"jomlah masuk,nanti panas kalau tunggu dalam kereta ni"

Aku akur dan keluar dari kereta dan mengikut khairul ke biliknya..aku berjalan di belakang khairul..bilik khairul terletak di belakang kolam renang di tingkat satu..jauh gak nak berjalan ni..aku terhidu wangian yang dipakai khairul sama dengan wangian yang di pakai badrul..bilik khairul berkunci,khairul mengeluarkan kunci untuk membuka pintu sambil aku lak hanya memerhatikan kawasan sekeliling..

"jemputlah masuk"ajak khairul sebaik sahaja pintu dibuka,biliknya gelap,..

"abang duduk kat bilik ni sesorang je ke?"tanya aku setelah melihat biliknya gelap,aku mula rasa tidak sedap hati..

"yela,jom masuk.."ajak Khairul sambil menarik tangan aku..

"eh tak pela bang saya tunggu kat luar jela,lagipun bukannya lama."kata aku dalam keadaan berdebar..

"hmm ok lah"katanya lalu masuk ke dalam bilik.

Aku rasa gerun gak dengan khairul ni.. mane tau kalau khairul ni gay gak,tak pasal-pasal teruk aku dikerjakannya..

"dah jom kita pergi"kata khairul mengunci pintu biliknya..

Kami berjalan bersama tanpa sebarang kata-kata keluar dari mulut kami.

"khuzairi takut kat abang ke?"tanya khairul tetiba

"takut?tak ade lah..kenapa cakap macam tu?"aku bersuara sambil memandang dia

"tadi masa abang ajak masuk bilik,khuzairi tak nak plak"

"nak buat ape masuk,abang nak amek dompet kan lepas tu keluar balik,tak yah la saya menyibuk masuk sama"

"yela..kita minum kat mane?"tanya khairul

"kat taman muzafar shah,ayer keroh.kat kedai kawan saya"kata aku sambil menunjukan arah ke kedai kamal..kereta di parking kat depan kedai kamal..

"ehh khuzai,ape kau buat kat sini?"tanya kamal yang datang untuk ambil pesanan

"aku wat bodo je,nak minum la,ape lagi tak kan nak beromen dengan kau plak"kata aku sambil ketawa kecil

"abang nak minum apa?"tanya aku kat khairul yang dari tadi hanya memerhatikan aku dengan kamal berborak

"bagi abang teh tarik satu"

"aku lak,kau bagi... "

"horlick ais,aku tau ar..makan ape?"..kamal ni memang tau je ape minuman kegemaran aku..biasa ar,dah selalu lepak sesame la katakan.

"abang nak makan ape?"tanya aku kat khairul

"tak pela nanti abang order.."

"same ar dengan aku.."

Kamal berlalu setelah mengambil pesanan..aku memandang khairul yang dari tadi begitu asyik memandang kamal..err pelik ni..

"handsome gak kawan khuzairi ek"kata khairul dalam keadaan berbisik

"err lain macam je ni..kenapa abang minat kat dia ke?"tanya aku..

"sikit ar"

"abang ni gay ek?"

Khairul hanya menganguk..aku terkejut dan tergamam..memang sah jangkaan aku selama ini.. ni yang tak best ni..adehh macam mane aku nak lari dari dia ni..alamak ai..

"kenapa?khuzairi tak suka ke?"tanya Khairul sambil memegang lengan aku..

"bukanlah..saya ok je"kata aku sambil memegang handphone,wajah badrul bersama dengan aku ketika makan di McDonald menjadi wallpaper hp aku..

"sape tu,boyfriend ek?"tanya khairul sambil memandang aku

"err kawan baik saya"

"yela tu,tak payahla nak tipu abang"

"betul la"kata aku kepadanya,dia hanya tersenyum je..


Bersambung...

Dark Side (Complete)Where stories live. Discover now