P29: Form 6

6.4K 143 20
                                    

       

"fiq, kau dapat offer study dari mane2 IPTA tak?" tanya aku kepada syafiq semasa kami sedang bekerja di hotel..

"IPTS je yang banyak.. banyak surat offer semuanya dari IPTS, ade tu siap call aku lagi suruh masuk kolej dorang" kata syafiq sambil mengelap pingan

"ooo aku dapat offer masuk form 6, aku ingat aku nak masuk ar" kata aku

"wei susah doh form 6.. kalau kau tak lulus nanti, membazir masa je ar" kata syafiq

"bukan ape, kalau aku masuk form 6 nanti aku leh terus wat degree.. tak yah nak wat diploma lagi" kata aku..

"sukati kau la, aku pun tak tau nak study lagi ke atau nak keje terus.. bila pikir balik,cam malas je nak belajar.." kata syafiq

"lantak kau ar.." jawab aku kemudian mengangkat pingan2 yang sudah di lap syafiq ke luar untuk di susun di 'buffet line'..

Dah hampir 3 bulan lebih aku bekerja sebagai waiter di hotel ini, dalam waktu itu aku hanya memyibukkan diri dengan kerja.. aku tak fikir langsung tetang perkara lain,..

badrul, setelah dia berpindah di johor, aku tidak dapat menghubunginya, aku cuba berkali-kali menghubungi dia, tapi tak berjaya.. dia kini telah lenyap sama sekali dalam hidupku..

Pukul 4 petang waktu kerja aku pun tamat.. aku pulang dengan menungang motor.. malam ni gaji masuk.. jadi dalam kul 9 malam nanti aku pergilah cucuk duit.. lagi pun lusa aku akan berhenti kerja.. aku nak masuk form 6..

Pukul 9 malam, aku keluar ke stesen Petronas yang berdekatan ke rumah aku.. kat petronas ni ade mesin ATM, jadi aku keluarkan duit, guna mesin ni jela.. time tengah beratur tu. .aku asyik terfikirkan samada aku patut masuk ke tingkatan enam atau tidak.. hmmm nak masuk ke tak nak ni..adehh

"Assalamuallaikum khuzairi, awak pun ade kat sini ek..." tetiba aku terdengar suara memanggil aku dari belakang..

"Waalaikumsalam, eh hidayah.. lama tak jumpa awak ar..awak buat apa kat sini?"

"nak guna mesin ATM la, tak kan nak beli ikan plak.. hehe" katanya tertawa kecil.. aduhh sayang, kau memang tetap cun lah dayah, walaupun dah lama aku tak jumpa kau, tapi kau makin bertambah cun lah!!

"hehe awak buat apa sekarang? result SPM macam mane?" tanya aku

"ermm ok2 jela.. saya nak masuk form 6 nanti" katanya

"betul ke ni? Saya pun nak masuk form 6 gak.. awak nanti sekolah kat mane?" tanya aku dengan nada excited..

"kat sekolah ------- , mulanya ingat nak masuk sekolah Dol Said, tapi jauhla.. saya dah pindah kat kawasan sini semula.. ayah saya dah berhenti kerja kat tempat lama dia bekerja.. sekarang dah mula bekerja di Telekom kat MiTC.."

"ooo eh sama lah dengan saya.. saya pun nanti masuk form 6 kat sekolah tu gak, awak aliran apa?"

"aliran sastera"

"laa sama ar dengan saya.. saya pun aliran sastera gak.." kata aku..

Selepas je kami mengeluarkan duit.. kami sempat berborak sekejap sebelum dia pulang menaiki kereta.. aku lak balik ke rumah.. niat hati nak keluar enjoy.. yela gaji dah masuk la katakan.. tapi..aku nak simpan duit ni,sebab nak guna bagi masuk form 6 nanti.. gaji aku separuh di beri pada mak aku, dan separuhnya aku simpan..

Aku kini bersekolah di tingkatan 6.. yup,memang betul, hidayah pun bersekolah bersama dengan aku.. di kesempatan ini aku mula mendekati hidayah.. aku ingin memiliki hidayah..

Lama kelamaan akhirnya setelah 2 bulan aku berkawan rapat dengan dia.. akhirnya aku meluahkan hasrat hati aku untuk ingin memiliki dia,

"hidayah, awak free tak malam ni?" tanya aku semasa di dalam library

"free la kenapa?" kata hidayah sambil menyusun buku di rak

"kita keluar nak?"

"pergi mana?"

"Mahkota Parade ke"

"ok"

"betul ni?" aku macam tak percaya je hidayah bersetuju..

"betul lah" katanya sambil tersenyum kepada aku..

Setelah selesai menonton wayang, kami berjalan berdua beriringan ke pintu keluar.. inilah waktunya, waktu bagi aku luahkan hasrat hati aku ini..

"hidayah sebenarnya ade benda yang khuzai nak cakapkan"

"ape dia?"

"janji dengan khuzai, yang hidayah jangan marah k"

"tak la, cakap lah"

"sebenarnya dari form 2 lagi khuzai dah suka pada hidayah, Cuma khuzai tak berani luahkan je.."

"ooo..."

"khuzai sayangkan hidayah lebih dari seorang sahabat.. khuzai cintakan hidayah"

"sebenarnya hidayah pun sukakan khuzai"

Wah pucuk dicita ulam mendatang,. eh betul ke perumpamaan aku ni.. hehe akhirnya aku menjadikan dia kekasih hati ku.. Hidayah bersetuju, aku dan dia kini bergelar pasangan kekasih..

Hingga kini, aku mampu melupakan segala benda songsang yang ku lakukan dulu.. aku sudah tidak melakukanya lagi.. aku kini bahagia bercinta dengan hidayah..hidayah berjaya membuat aku tidak lagi pandang ke dunia songsang.. ye, memang aku akui memang aku ada wat pojek dengan hidayah.. sebab tu aku berjaya mengawal diri dari terus menjadi gay. hidayah berjaya membuatkan aku lupa pada badrul dan hairi bila aku bersama dengan dia..

Bersambung...

Apa akan jadi pada episod last? Adakah khuzairi akan kembali bersama badrul? Atau hairi? Atau terus bersama hidayah? Tunggu taw. Heheheh

Dark Side (Complete)Where stories live. Discover now