P13: Sinar Kasih

7.3K 187 10
                                    


Loceng pun berbunyi..tandanya sesi persekolahan aku pada hari ini telah pun tamat..aku bengang betul dengan syafiq,presentation tadi aku yang kene buat,.aku tak kira,nota untuk presentation nanti biar dibuat pastu wat salinan untuk murid2 lain dalam kelas nanti..

"khuzairi, kau balek naik ape?"Tanya Hairi bila dia menghampiri aku

"jalan kaki"kata aku

"hmm jom naik kereta aku nak?jap lagi bapak aku datang amek,kau tumpanglah sekali"katanya

"eh tak payah la.aku balek jalan kaki je ar. Bukannya jauh pun"kata aku menolak perlawaan dia

"jomlah,.. kau tak sudi naik kereta dengan aku ke?"

"bukan tak sudi,tapi aku tak nak menyusahkan kau je"

"takde susah la,ape nak disusahkan,kebetulan rumah kau dekat dengan rumah aku..naik jela sekali"katanya.. akhirnya aku akur..aku menerima perlawaan dia..kami berjalan beriringan ke pintu gate sekolah..di sebelah bas stop aku ternampak sebuah kereta Honda civic warna hitam..

"jom naik"ajak Hairi sambil membuka pintu belakang kereta untuk aku..aku lihat seorang lelaki berumur dalam lingkungan 30an duduk di tempat pemandu..aku hanya senyum kepadanya..

"ayah, ini kawan baru ery, namanya khuzairi,duduk dekat dengan rumah kita"kata Hairi sambil memakai tali pinggang

"oo dah dapat kawan baru la,"kata ayah hairi sambil memandang aku

"saya khuzairi,pakcik sihat?"kata aku sambil bersalaman dengan nya..

"sihat,kalau hairi nakal dalam kelas,khuzairi bagitau je pakcik k"kata ayahnya sambil menghidupkan enjin kereta dan memandu menuju ke rumah dia..hairi hanya tersenyum je..

"terima kasih pakcik sebab tumpangkan saya"kata aku sambil bersalaman dengan ayah hairi..

"tak de ape..esok kalau nak ke sekolah,datang je sini,naik kereta dengan ery sekali"kata pakcik rasyid,ayah hairi..

"kalau senang datanglah rumah aku,boleh kita lepak2 sesama nanti"kata hairi sambil bersalaman dengan aku

"lepak je?belajar tak nak ke?" perli ayah hairi

"hehe ala ayah ni,kita belajar sekali lah nanti"kata hairi

"tak pe la pakcik,hairi..saya balik dulu la..terima kasih menumpangkan saya.. assalamuallaikum" kataku sambil mengatur langkah menuju ke rumah aku..

Aku tiba di rumah,aku masuk dan terus ke bilik air selepas membuka pakaian sekolah..emak aku tiada dirumah,,mesti pergi ke rumah Mak Cik Halimah yang terletak tidak jauh dari rumah aku..

Selepas selesai mandi,aku membuka tudung saji.. Ikan Tengiri masak lemak menjadi lauk ku buat makan tengahari ini..aku menceduk nasi didalam periuk..aku makan dengan penuh selera..maklumlah bukan selalu mak aku masak lauk sedap2..selalunya aku hanya makan Telur sambal atau kangkong goreng sebab mak aku hanya masak lauk sedap2 pun seminggu sekali.nak save bajetla katakan..

"Assalamuallaikum"kendengaran orang memberi salam di luar rumah.

"waailaikumsalam"jawab aku sambil memcuci pingan sesudah aku makan. Aku segera ke pintu masuk untuk melihat siapa yang memberi salam tadi.

"khuzairi,sihat?"Tanya badrul yang terpacul di depan pintu rumah aku lengkap berpakaian seragam sekolah.aku berjabat salam dengan nya

"abang nak ape?"Tanya aku dalam keadaan meluat melihat dia ni.

"hmm pagi tadi khuzai pergi sekolah naik ape?"

"jalan kaki"

"kenapa tak tunggu abang?"

"buat ape?"

"biar abang hantarkan khuzai ke sekolah"

"saya dah lambat tadi,saya malas nak tunggu abang"

"ok,tapi tadi masa balik sekolah khuzai jalan kaki gak ke"

"tak ar,saya naik kereta kawan"

"kereta siapa?"

"kawan baru,dia budak baru,hari ini baru dia masuk kelas saya,dia ajak saya naik kereta dia,saya ikut je la"

Badrul terdiam sebentar..dia memandang tepat ke arah aku..aku hanya menundukkan muka..tak berani nak bertentangan mata dengannya..

"lama abang tunggu tadi,nak dekat sejam,rupanya khuzai naik kereta kawan."katanya dalam nada perlahan.sayu dan lembut,selembut tiupan angin..

rambut badrul yang agak panjang dibahagian depan tersisir dan sekali sekala menutup matanya yang kuyu dan agak sepet..cukup kacak rupa badrul ini bila ku amati dengan teliti.kulit mukanya putih bersih.ade janggut sejemput di dagunya,walaupun badrul ni menghisap rokok,tapi bibirnya tetap merah semerah buah epal..bila ku tatap mukanya betul2..hati aku berasa tenang dan.. argghhh tidak!! Aku dah jatuh cinta kat dia!!.

"saya tak tahu yang abang nak amek saya,jadi saya ikut jela Hairi tadi."kata aku

"ooo hairi namanya.lelaki ar ni,"kata badrul sambil memandang ke arah keretanya yang di letakkan di bawah pokok rambutan di depan rumah aku..

"kenapa ni?? Macam tak suka je"kata aku mula rasa bersalah..tapi kenapa aku ada perasaan begitu padanya..aku makin tak paham la dengan diri aku ni..

"malam tadi kenapa tak balas mesej abang?"..baru aku teringat,ye,memang malam tadi badrul ade menghantar mesej kat aku.bukan satu tapi 8 mesej yang dihantarnya..

"bukan tak nak balas,tapi kredit tak ade,sebab tu tak dapat balas"kata aku memberi alasan

"tapi,bukan baru kelmarin ke abang topupkan rm30,tak akan dah habis,khuzai mesej dengan sape??"nada badrul mulai tinggi

"err..khuzai telefon kawan semalam,Tanya pasal presentation BM"tipu aku

"betul ni?"Tanya badrul dengan mengangkat kening kirinya sambil mukanya serius,,macho.memang itulah badrul,kalau serius sikit je,mukanya automatic jadi macho..

"betul sayang"kata aku memujuknya

Badrul menghampiri aku lalu memeluk aku sambil menguncup pipi kanan aku..wei,giler ar,dah la wat benda ni kat luar rumah,wat kantoi dengan orang nnt..malu aku siot..

"abang balik dulu k,petang nanti abang topupkan khuzai lagi.."katanya sambil mencapai tangan aku untuk bersalaman dan mencium tangan aku..lalu berjalan ke arah keretanya,sebelum dia masuk kedalam keretanya,dia melambai2 tanganya kepada aku..

Aku melambai kembali.. hati aku berbunga gembira. Entah kenapa bila aku ingat dan kenang kembali segala budi,jasa dan pengorbanan yang dia buat kepada aku,aku lupa pada peristiwa malam lalu yang amat perit bagi aku untuk lalui..aku mula merasakan sayang kembali kepada badrul..tepat pada pukul 4petang,topup berjumlah rm30 ringgit masuk kedalam akaun prepaid aku..jumlahnya kini menjadi rm54 ..sebenarnya,aku tipu badrul,kredit aku masih banyak lagi..Cuma ketika itu aku sibuk melayan perasaan.aku tak mahu digangu,sebab itu aku tak membalas mesej yang dihantarnya..

Bersambung...

Ps: harap korang puas hati. Hehhee

Dark Side (Complete)Where stories live. Discover now