P23: Mimpi

6.9K 160 9
                                    




Aku berjalan pulang ke rumah dengan kepala otak aku ni serabut memikirkan apa sebenarnya yang tak kena dengan hairi tadi..dia betul2 tak sihat ke,tapi kenapa dia tanya aku macam-macam pagi tadi..hmmm ni yang wat aku risau ni..

Malam tu aku tak jadi nak keluar dengan badrul..badrul mesej aku nak ajak keluar..tapi aku tak nak sebab aku nak jumpa hairi,nak tanya apa sebenarnya perkara yang dia nak ceritakan kat aku..jadi aku terpaksa tipu badrul yang aku pergi kenduri kat rumah busu aku..

"jemputlah masuk,mak dengan ayah aku takde,dorang g merlimau,kawan dia wat kenduri kawin..esok pun dorang tak de.."kata hairi,dari ayat yang aku dengar dari mulut hairi ni dah ok lah skit dia ni..mungkin betul katanya petang tadi,yang dia ni tak sihat..

"kau tak ikut sama?"tanya aku selepas duduk di sofa...

"esok aku ade tuisyen,jadi tak dapatlah nak ikut dorang"katanya sambil memasang tv..

"hmmm ape yang kau nak tanya aku petang tadi??"tanya aku,tak nak buang masa ar..aku asyik risau dari petang tadi duk memikirkan benda ni je..

"ala..lepak lah dulu,aku pun dah lupa apa yang aku nak tanya tadi"katanya sambil berbaring di sofa

"eh kau ni,dan-dan je ar..cakap je ar"

"wei kau nak tengok movie tak?aku ade cerita best ni,semalam aku beli,aku lum tengok lagi..kita tengok sesame ek"katanya yang berjalan ke dalam bilik dan keluar dengan membawa DVD..

"ala nanti jela,cepatlah tanya benda yang kau nak tanya aku"kata aku yang dah tak sabar2 lagi..

"aku nak tanya pasal badrul"...memang aku dah agak dah wei!! Memang aku kantoi pagi tadi!! Jantung aku berdegup kencang,peluh dingin mula mengalir..

"kenapa dengan dia?"tanya aku..menanti jawapan dari dia memang mendebarkan

"eh sejak bile kau pakai rantai ni?petang tadi aku tak perasan pun,hmm ni mesti abang badrul bagi kat kau ni kan.."aku hanya menganguk terkejut..alamak bertambah kantoi la,aku dah terbiasa memakai rantai yang badrul bagi aku dulu..aduss macam mane aku nak explain ni..

"hmm pagi tadi..aku perasan kereta dia"hairi start bercakap bila nampak aku diam terkedu-kedu..

"kenapa dengan kereta dia??"

"tak ade ape Cuma aku nak tanyalah.."

"tanya ape?"..adeh budak ni bikin suspen lak..aku dah mula cuak ni wei..

"mane abang badrul beli Sport Rim kereta dia?stylo siot..aku nak pasang ar kat kereta aku"..memang lahanat mamat ni..nak ku sengkeh je pale dia ni ar!!

"oo yang itu,aku ingat kau nak tanya ape ar tadi..entahlah aku pun tak tau ar mane dia dapat barang tu"kata aku sambil menyandar kat sofa..

"nanti kau tanya lah dia k,pastu gtau aku"kata hairi sambil berdiri dan menuju ke dapur..

Hairi datang membawa sebotol air sarsi dan semangkuk pop corn..

"jom kita tengok movie ni..hehe"katanya sambil menekan button di remote control..cerita nath pape ar budak ni pasang..tak salah aku citer White Chick...kelakar citer tu..lepas je aku tengok hairi gelak ketawa,hati aku mula tenang...dah tak fikir pasal perkara pagi tadi..

"dah pukul berapa ni?"tanya aku bila citer tu dah habis..

"dah pukul 12 lebih..kenapa?"tanya hairi sambil memakan pop corn

"ooo dah lewat ni beb,aku kene balik ni.."

"ala rileks ar,awal lagi ni.."

"tapi aku kene balik gak wei.."

"kau tido jela kat sini,"

"hmmm ala.."

"tak pela kalau kau tak sudi"

"ok la,aku tido kat umah kau malam ni..alamak ai.. kau ni.."aku memang cukup lemah kalau ade budak merajuk ni..nak tak nak aku bersetuju jela dengan hairi

Malam tu aku tidur di ruang tamu,walaupun  Hairi seboleh-boleh ajak aku tidur denganya di dalam bilik dia..macam biasa ar,aku ni memang tak leh nak tidur kalau tidur kat rumah orang..puas ku cuba paksa pejamkan mata tapi,tak leh gak tidur..jam di dinding berbunyi menandakan dah pukul satu..mata aku ni masih segar..

"tolong!!"

"tolong.!!"tetiba aku dengar ada suara orang meminta tolong..alamak aii.. ape la pulak ni..aku menjadi takut!,dah la aku tidur sesorang kat ruang tamu ni..adooii aii takutnya aku..

"janganlah..tolong!!"suara orang meminta tolong itu semakin sayup kedengaran..makin lama menjadi kuat..

"tolong wei.."aku yang tak berapa nak berani ni,memberanikan diri mencari dari mana datangnya suara itu..suara itu makin kuat kedengaran bila aku menghampiri bilik Hairi.

Aku memulas tombol pintu bilik hairi,dalam keadaan mata ku terpejam,aku memetik suis lampu..err takut ar wei,sebab tu aku pejamkan mata..hehe

"hairi.kenapa ni?"kata aku bila nampak hairi meronta-ronta..

"wei kau kenapa ni wei.."kata aku sambil menepuk-nepuk badan hairi..

"khuzai tolong aku wei..aku takut sangat ni wei"tetiba hairi terus memeluk aku kuat-kuat..

"wei tak de pape ar..kau mengigau ni"kata aku sambil mengusap-usap rambut hairi..

Ntah pape ar budak ni..ni mesti kes tido tak basuh kaki ni,pasal tu tido mengigau ni..pape ar..wat takut aku je la..

"aku takut la khuzai,ada orang nak cekik aku tadi.."kata hairi tercungap-cungap..

"dah la,tak ade pape ar,kau mimpi je tadi,dah tarik nafas panjang2 pastu sambung tido balik k"kata aku sambil memegang bahunya..,mukanya berpeluh-peluh,walaupun kat bilik dia ni ade air-cond yang terpasang..

"aku takutlah khuzai,kau temankan lah aku,kau tidurlah kat sebelah aku"katanya

"ala..tak ade ape la..dah lah kau g sambung tido balik k"

"aku takut ni,tolongla wei,temankan aku tido,kalau kau ade kat sini,aku tak takut sangat"

Aku terpaksa bersetujulah dengan hairi..aku baring di sebelahnya dan cuba memejamkan mata seperti mana hairi memejamkan mata dengan mudah..hmmm dingin...sepi..sunyi...dan...adehh mata gua dah start nak...aku terlelap akhirnya..


Bersambung...

Next chapter best cket taw. Akan ada aksi2 (korang pk la sendiri). tapi dengan siapa tu? tunggu eh. heheheh

Dark Side (Complete)Where stories live. Discover now