P12: Teman Baru

8.2K 227 3
                                    

Previous Chapter:

"wei lahabau,kau dah taler jubo aku sampai berdarah kau boleh banyak tanya pulak!! Mampos kau ar!! Aku naik bas je ar"

"aku mintak maaf sebab berkasar dengan kau..tapi aku betul2 sayang kat kau"katanya memujuk aku

"pale bapak kau sayang..kau tibai jubo aku sampai kuar darah kau kata sayang..wei dah lah wei..kau jalan sekarang atau aku balik naik bas je"

**********************************************************************************

Pagi isnin itu aku tidak menanti badrul untuk mengambil aku..aku melangkah laju ke sekolah..setelah semingu cuti..kelas bermula seperti biasa. Semua kerja sekolah sudah ku siapkan kecuali kerja rumah Matematik Tambahan je.. sebab susah sangat nak buat..jadi malas la aku nak siapkan..aku tiru Shidah jela nanti..aku memandang tempat duduk hidayah.kosong.memang benar lah hidayah tidak lagi bersekolah disini.aku menjadi tidak bersemangat bila melihat dia tiada lagi disini..

"Bangun,Selamat Pagi Cikgu" ucap Azizul selaku ketua kelas..semua berdiri dan mengucapkan benda yang sama kepada Cikgu Rahimah,Cikgu yang mengajar subjek Fizik merangkap cikgu kelas aku..

"baiklah,semua duduk..hari ini cikgu nak perkenalkan kamu semua murid baru yang baru dipindah masuk ke dalam kelas kita..silakan" kata cikgu sambil melambai keluar,aku tidak menghiraukannya.aku sibuk melayan perasaan.memikirkan apakah ada peluang untuk aku bersama dengan Hidayah.

"perkenalkan diri kamu"cakap cikgu rahimah

"Assalammuallaikum, nama saya Mohamad Hairi Bin Rasyid. Dulu saya bersekolah di Sek.Men.Keb.Malim,sekarang belajar kat sini sebab keluarga saya baru je pindah di ------ -----"terang budak lelaki yang bernama Hairi

"Malim??"serta merta aku memandang budak laki tu..sekolah tulah Hidayah pergi..dia dah pindah ke sekolah malim..

"baiklah kamu boleh duduk di sebelah Fariz"tunjuk cikgu Rahimah kepada budak itu tempat duduk kosong di meja sebelah fariz..

"baiklah kelas,kita sambung kat mane kita berhenti minggu lepas iaitu Pantulan Cahaya.."kata cikgu Rahimah..dah start dah membebel la dia pasal topic tu..argghh bosannya..aku asyik memikirkan hidayah.tanpa menghiraukan budak baru atau memikirkan pasal badrul..fokus aku kini hanya pada hidayah

"Cikgu,saya keluar dulu ek"pinta syafiq kepada cikgu Kamarul yang mengajar subjek Sejarah,.waktu cikgu kamarul ni selepas waktu mengajar cikgu rahimah tadi...

"kamu ni keluar awal kamu bertugas ke?"

"bertugas la cikgu..jom khuzai"kata syafiq sambil mengajak aku keluar dari kelas.. memang adatlah bagi segelintir pengawas kat sekolah aku akan keluar awal pada waktu Rehat untuk makan dan mula bertugas bila murid2 lain keluar makan pula pada waktu rehat..

"saya g dulu cikgu..cikgu nak kirim pape ke?hehe"usik aku kat cikgu kamarul..memang cikgu kamarul ni sporting je..sekepala lak dengan budak2 dalam kelas aku..

"tak pela,kamu kirim salam je la ye.."balas cikgu kamarul sambil di sambung hilai tawa oleh murid2 lain dalam kelas..

Banyak perkara yang aku sembangkan bersama syafiq..sepanjang cuti semingu lalu,aku langsung tidak berjumpa atau melepak dengan dia..

"khu,aku dengar cerita hidayah dah pindah sekolah,betul ke?"Tanya syafiq sambil mengunyah roti sandwich yang dibelinya tadi

"hidayah pindah ke sek.Malim..aku jumpa dia aritu kat Shell.. dia bagitau aku lah.."kata aku sambil minum air horlick ais..

"hmm k"jawabnya ringkas

"abang,budak ni tak pakai lencana sekolah,saya nak denda dia tapi dia tak nak bayar"kata hakim,pengawas junior merangkap adik angkat aku..

"kau ni kacau je ar aku tengah makan..pehal ni?" cakap aku sambil memandang hakim..

"ni hah budak ni"kata hakim sambil menunding jari ke arah budak baru dalam kelas aku

"eh kau,kau ni budak baru kan kat kelas aku.."kata syafiq

"hakim,dia ni abang tau..aku tau la kau tu tinggi dan besar.tapi budak ni lagi besar pangkat dia taw tak"tegas aku kat hakim..

"oo tapi dia tak nak bayar denda"balas hakim

"dia ni budak baru,sebab tu dia tak pakai lencana.,dah kau pergi jaga sana kat lorong koperasi tu..yang ni biar aku handle"kata aku kat hakim sambil menunding jari kat lorong koperasi..kat situ memang ramai yang seludup makanan ke dalam kelas..

"duduk ar..kau jangan amek ati bro,biasa ar,pengawas baru..paham2 je la"kata aku sambil menjemput dia duduk kat kerusi kosong di depan aku..

"hehe tak pe..hal kecil je,.Hairi name aku"katanya menghulurkan tangan untuk berjabat dengan aku..

"aku Khuzairi,"kata aku sambil berjabat tangan dengannya

"aku Syafiq"kata syafiq lak..

"kenapa kau pindah kat sini?"Tanya syafiq..

"rumah mak aku dah siap dah kat ------ ------ tu pasal aku pindah duduk kat kawasan sini. Jadi nak tak nak,aku terpaksalah bersekolah disini"kata Hairi..

"rumah kau kat ne?sebab rumah aku kat area situ gak"Tanya aku

"kat sebelah kedai runcit yang kat depan dia ada public phone"kata hairi

"oo kiranya rumah yang baru siap tu rumah kau la..rumah aku lak dekat2 situ gak..selang 2 rumah dari rumah kau."kata aku..

"Korang lepak ar..aku nak pergi jumpa cikgu Ismadi..dia nak jumpa aku kat Library"kata syafiq sambil berdiri dari kerusi

"pukul berapa kau masuk kelas nanti?kau jangan lambat lak,nanti ade presentation siot"kata aku mengingatkan syafiq..

"Entah la,kalau lambat kau jela yang present nanti"kata syafiq berlalu pergi

"Wei bodoh,kau jangan main giler ar.. asyik aku je yang present..malas ar"kata aku..sambil syafiq berlalu pergi dari meja makan menuju ke Library.

"Presentation ape?"Tanya Hairi

"Presentation BM nanti..Pasal novel Putera Gunung Tahan"kata aku sambil membelek buku nota kecil,lalu ku simpan di kocek baju ku.. hari ni aku tak bertugas..aku setakat memerhatikan pengawas junior menjalankan tugas.. ape yang tak kena,aku akan tegur dan nasihatkan sahaja.. hairi hanya memerhatikan sahaja cara aku bertugas.. dia hanya mengikut aku, maklumlah budak baru. Mane ade member lagi..jadi dia hanya ikut jela aku sepanjang masa rehat..

"esok jangan lupa taw,bawak buku nota sejarah..aku nak salin nota yang cikgu bagi tadi aku tak sempat salin ar"kata aku kepada Mastura.. awek ni memang terer ar sejarah,selalu dapat A1 je time exam..

"yela"jawabnya ringkas sambil memasukan buku2 teks kedalam beg..

Bersambung...

Ps: jgn lupa tekan star & komen. Hehehe

Dark Side (Complete)Where stories live. Discover now